Thursday, April 05, 2018

Umum Calon ‘Tanpa Kerusi’. Hebatnya PKR!

 Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan bersama Calon Angkatan Muda Keadilan pada Majlis Pengumuman Calon Angkatan Muda Keadilan PRU-14 di Pusat Khidmat Rakyat PKR Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – PKR mengumumkan empat nama daripada orang muda parti itu untuk dinamakan sebagai calon PRU-14 malam tadi. Bagaimanapun, keempat-empat calon berkenaan tidak dinyatakan kerusi samada untuk bertanding kerusi Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu majlis di Setiawangsa sebentar tadi. Nama yang disebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Fadzil.

Fahmi ketika ditemui berkata, dia sendiri belum tahu lagi dimana dia akan bertanding. Jawab Fahmi; ‘Saya akan bertanding di tempat saya buat kerja’. Calon Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Fadzil pada Majlis Pengumuman Calon Angkatan Muda Keadilan PRU-14 di Pusat Khidmat Rakyat PKR Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 APRIL 2018

Desas-desus kuat menyatakan Fahmi akan diberikan kerusi Lembah Pantai, milik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Nik Nazmi akan bertanding di kerusi Parlimen Setiawangsa milik BN. Dua lagi calon PKR yang akan bertanding pada PRU-14 adalah Naib Ketua Pemuda PKR, Sandrea Ng Shy Ching dan Ketua PKR Sabah, Raymond Ahuar.

“Belum masanya menyatakan mana mereka bertanding tetapi kita sudah bincang untuk letak empat calon ini di kawasan mana,” kata Wan Azizah pada sidang media selepas mengumumkan nama calon parti PKR Fasa Pertama di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Setiawangsa, Jalam Rampai Niaga. MalaysiaGazette

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Yang dah sah nak bertanding ramai, kerusiny ciput adalah PAN. Yang tu buat Mr President Sayu dan Timabalan Presiden tangkap nangis. Partinya mestilah PAN. Jangankan Mazlan Aliman, Mike Sabu dan Mahfuz tak tau dapat bertanding ke tidak.

TAPI APA2 PUN SEMANGAT KHADAM DAN FANANTIK TERHADAP DAP YANG ANTI ISLAM TETAP DIUTAMAKAN WALAUPUN PAN DIBULI TANPA HAD DAN BATAS

http://mymassa.blogspot.my/2018/01/salehuddin-ayub-menangis-amanah-kl.html

SALAHUDIN AYUB MENANGIS, AMANAH KL HILANG SEMANGAT, PKR SELANGOR MENGAMOK

Seronok juga melihat cara parti-parti dalam Pakatan Harapan memfaraidkan sesama mereka 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS sewaktu PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dahulu.

Paling menyedihkan tentulah AMANAH yang para pemimpinnya sebelum ini berdegar-degar melaungkan ke seluruh negara kononnya AMANAH akan mengambil-alih tempat PAS di dalam Pakatan Rakyat dahulu dengan menandingi kerusi-kerusi yang PAS tandingi.

Walhasilnya, daripada 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS yang PAS tandingi dahulu, AMANAH hanya diberikan 25 kerusi sahaja (38%), berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, 4 kepada PKR dan 1 kepada DAP.
Markah 38% yang diperolehi oleh AMANAH ini adalah bukti nyata kegagalan awal AMANAH di dalam misi yang dilaung-laungkannya untuk kononnya menggantikan peranan PAS di dalam Pakatan Harapan dengan konsep Islam Rahmatan lil ‘Alaminnya.

Agihan kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia ini menunjukkan betapa AMANAH diperbudak-budakkan oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sehingga menyebabkan pemimpin AMANAH meluahkan kekesalan mengenai mereka terpaksa berkorban.

Keluhan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hasan, di dalam portal berita Free Malaysia Today, mencerminkkannya: “Hanya Amanah yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri.”

Kata Aminolhuda mengenai agihan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Kita (AMANAH) korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana.”
Begitu juga dengan agihan kerusi Parlimen di Johor dalam mana Aminolhuda berkata: “Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada AMANAH hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA.”

Turut dibangkitkan oleh Aminolhuda adalah pengorbanan AMANAH “yang ke depan membentuk Pakatan Harapan”, “menjadi tonggak Pakatan Harapan di Johor”, “isytihar Johor negeri barisan depan AMANAH” tetapi terpaksa menyerahkan Johor kepada PPBM.

Begitu juga dengan pendedahan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, di dalam portal
berita The Malaysian Insight, bahawa Konvensyen Pakatan Harapan hampir sahaja tidak mampu dilangsungkan bila timbul kebuntuan di dalam agihan kerusi tersebut.
Kata Khalid, kebuntuan yang berlaku ekoran ketegasan semua parti mempertahankan kerusi masing-masing ini hanya berjaya dipecahkan sekali gus membolehkan konvensyen itu dilangsungkan setelah AMANAH setuju menyerahkan kerusi Titiwangsa kepada PPBM.
Kesemua ini mendedahkan mengenai ketidaktegasan para pemimpin AMANAH memperjuangkan kepentingan mereka sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai bagaimana konsep Islam Rahmatan lil ‘Alamin dapat diperjuangkan oleh AMANAH.

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

Anon 9:40 adalah khadam Pakatan. SEISAPA YGENOLAK DAP AKAN DIKATAKAN SEBAGAI RASIS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails