Tuesday, April 03, 2018

'Hari Menghukum Umat Islam'', Rakyat M'sia DiUK, AS Diancam.

Hasil carian imej untuk punish a muslim


Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) diingatkan supaya berhati-hati berikutan penyebaran ancaman ‘Hari Menghukum Umat Islam’.
Risalah itu disebarkan dalam media sosial sejak kebelakangan ini sebagai kempen menyeru melakukan keganasan terhadap umat Islam pada hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa dan polis di kedua-dua negara itu memberi jaminan ke atas keselamatan warga Malaysia di sana.

“Pihak berkuasa berjanji sedang menyiasat ancaman yang berbaur ugutan dan tidak menyenangkan itu.

“Malah mereka juga bersedia untuk bertindak tegas sekiranya mana-mana individu umat Islam diancam dalam apa jua bentuk perbuatan sekali pun,” katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di AS dan UK supaya segera mendaftarkan diri dengan mana-mana misi diplomatik Malaysia yang ada di kawasan berdekatan.

Rakyat Malaysia di kedua-dua negara itu diminta supaya mematuhi segala peraturan dan arahan yang dilaksanakan pihak berkuasa polis dari semasa ke semasa demi menjamin keselamatan diri dan ahli keluarga.

Rakyat Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut dan bantuan Konsular Malaysia di negara terbabit dinasihati menghubungi perwakilan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Washington D.C beralamat 3516, International Court N.W atau talian 1(202)572-9700 atau emel mwwashington@kln.gov.my. Satu lagi alamat Konsulat General Malaysia di New York 313, East 43rd Street, New York 10017 atau telefon (1-212)490 2722/23. 

Warga Malaysia di UK pula boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di London beralamat 45-46 Belgrave Square, London SW1X 8QT atau talian 00(44207) 235 8033 atau emel mwlondon.kln@1govuc.gov.my.

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-keras tindakan individu dan organisasi yang menggalakkan kebencian sebegitu. Malaysia memuji usaha dan segala langkah pihak berkuasa yang mahu menjamin keselamatan dan menangani sebarang ancaman berkenaan.

Kementerian Luar menerusi Perwakilan Malaysia di negara berkenaan akan terus memantau ancaman ini dan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan warga Malaysia terpelihara.

Difahamkan, pada Mac lalu, risalah-risalah rancangan ‘menghukum’ Muslim di negara itu telah diedarkan melalui pos di bandar-bandar utama dan di media sosial yang mencadangkan cara untuk menyakiti orang Islam dan memberi mata ganjaran bagi ‘hukuman’ tertentu.

Malah polis British yang menyiasat surat itu menganggap ia sebagai satu tindak balas terhadap beberapa siri serangan yang dicetuskan oleh pihak ISIL di Eropah di mana empat daripadanya berlaku di UK pada tahun 2017.- MalaysiaGazette
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram Umat Islam Bersekongkol Dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Anonymous said...

Orang-orang kafir boleh hidup dengan aman di negara umat Islam Malaysia.

Umat Islam belum tentu boleh hidup dengan aman di negara kafir yang tidak menghormati hak kebebasan beragama untuk umat Islam.

Kebebasan beragama yang dilaungkan di Eropah, Amerika Syarikat, China Komunis, Myanmar , India dll hanyalah retorik dan propaganda sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails