Monday, April 02, 2018

Sihatkah Tun M Untuk Tadbir Negara? -Tunku Abdul Aziz


Tunku Aziz Tunku Ibrahim bercakap pada sidang media berkenaan menyanggah kenyataan Tun M di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor. foto IMRAN FAKHRI, 15 MAC 2018 


KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Haran, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memberi ‘keyakinan’ serta jaminan dirinya benar-benar sihat untuk terus mentadbir negara seandainya menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.
Pada 27 Mac lepas, bekas Naib Presiden Transparency International (TI), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah meminta Tun Mahathir mendedahkan status kesihatan beliau yang didakwa telah di masukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 47 kali dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Jelas Tunku Aziz, pendedahan tentang keadaan jantung serta kesihatan Tun Mahathir yang dikatakan ‘bercita-cita’ besar untuk terus meneraju negara pada usia 92 tahun sebenarnya membimbangkan dan menjadi persoalan adakah beliau benar-benar sihat untuk meneraju kepimpinan nombor satu.
 Tun Dr Mahathir Mohamad

“Saya rasa persoalan saya ini sangat penting dan seharusnya perlu di jawab oleh beliau kerana ianya melibatkan kepentingan negara. Rakyat perlu tahu tentang keadaan kesihatan beliau dan saya pasti anda boleh menjawabnya dengan telus serta ikhlas.
“Sekiranya seseorang seringkali keluar masuk hospital kerana status kesihatan yang membimbangkan, adakah beliau boleh memikul tanggungjawab yang begitu besar sehingga mentadbiar sebuah negara? Kami perlukan jawapan,” katanya hari ini.
Tambah Tunku Aziz yang juga merupakan bekas Naib Pengerusi DAP sebelum ini, Tun Mahathir perlu tampil memberi penjelasan berhubung pendedahan beliau pada 27 Mac sekiranya dakwaan tersebut tentang kesihatan beliau itu tidak benar.
“Kita semua tahu tentang bagaimana cepatnya Tun M memberi respon terhadap pelbagai dakwaan serta persoalan yang di lemparkan kepada beliau, adakah pertanyaan saya ini boleh di jawab oleh beliau supaya kita tidak berterusan bimbang dengan tahap kesihatannya.
“Atau adakah pembangkang mungkin mempunyai ramuan ajaib yang membolehkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini sembuh dari penyakit jantungnya? Jika tidak, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menerima hakikat kerajaan kita akan di tadbir dari atas katil IJN pada satu masa kelak,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Tunku Aziz turut memberi peringatan kepada Mahathir supaya tidak ‘main-main’ kerana apa sahaja tindak tanduknya melibatkan kepentingan jutaan rakyat di negara ini.
“Ini bukan perkara main-main atau jenaka. Ini bukan melibatkan agenda peribadi beliau sebaliknya rakyat negara ini.
Sejak pengumuman beliau untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri seandainya pembangkang berjaya menawan Putrajaya, kita terus di selubungi pelbagai jenis perasaan. Kita mohon sedikit pencerahan dari pihak beliau,” tegasnya. (MG)
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails