Wednesday, April 04, 2018

DAP Terus Retak: “Saya Tidak Akan Berundur”. Tan Seng Giaw Lwn DAP?


KUALA LUMPUR – “ Saya tidak akan berundur,” kata Dr Tan Seng Giaw, 75, anggota Parlimen Kepong sejak 1982 apabila ditanya sama ada beliau akan terus mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tan, anggota DAP sejak 1979, berkata beliau tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya selama lapan penggal itu.
“Saya tidak akan berundur, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat ketika berusia 75 tahun, tambahan pula Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang berusia 92 tahun masih lagi menjadi penasihat Pakatan Harapan,” kata pakar kulit itu kepada Bernama.
Dr Tan yang akan menyambut ulang tahun ke-76 pada 24 Mei ini berkata: “Ada pihak yang menyatakan usia saya sebegini sudah terlantar di hospital, patut berehat di rumah, tidak perlu lagi peduli sama hal-hal politik, cukuplah dengan lapan penggal, bersaralah, kata mereka kepada saya.
“Namun, pedulikanlah apa mereka cakap terhadap saya. Nak cakap saya tua ke, saya masih lagi kuat dan berupaya untuk membantu rakyat. Rakyat masih lagi mahu berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat saya sebagai wakil rakyat dan mereka masih lagi percayakan saya,” katanya menepis dakwaan yang beliau antara yang akan digugurkan oleh DAP bagi memberi laluan kepada muka baharu.
Pengerusi DAP Selangor selama lima tahun pada 1982 hingga 1987 itu, bagaimanapun berkata: “Terpulanglah kepada pimpinan parti (DAP), apakah mahu pilih saya bertanding lagi atau tidak.
“Saya masih bekerja seperti biasa dan masih berminat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kepong,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula melibatkan diri dalam politik pada usia 34 tahun dengan menyertai Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas) pada 1976.
Beliau pertama kali bertanding pada pilihan raya umum (PRU) 1978 bagi kerusi Parlimen Kepong atas tiket Pekemas, namun kalah dalam pertandingan empat penjuru. Tan Tiong Hong daripada parti Gerakan menang pada PRU itu dengan majoriti 2,228 undi.
Dr Tan, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang pernah berkhidmat sebagai pakar perubatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1971 hingga 1972, berkata pada PRU ke-13 yang lepas beliau mengalami keadaan yang sama.
Kononnya nama beliau akan digugurkan daripada bertanding, tetapi akhirnya beliau tetap diberi mandat oleh partinya untuk mempertahankan kerusi parlimen Kepong.
Dr Tan mempertahankan kerusi parlimennya dengan undi majoriti sebanyak 40,307, dengan mengalahkan dua pencabarnya, iaitu Chandrakumanan Arumugam daripada PPP dan calon bebas Yee Poh Ping.
“Kita tidak boleh mengagak apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, cumanya pada masa sekarang saya masih mampu lagi untuk meneruskan perjuangan saya di kawasan Parlimen Kepong,” katanya.
Dr Tan berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar’, dan “sebagai wakil rakyat ataupun pemimpin, apa jua kenyataan yang diutarakan perlu disokong dengan bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.
“Saya sentiasa bercakap atas dasar kebenaran. Apa yang dilontarkan saya akan memastikan ia berfakta dan berbukti, bukannya menghentam dengan membuta tuli ataupun semata-mata bagi kepentingan diri,” katanya.
Beliau berkata dengan prinsip-prinsip tersebutlah beliau sentiasa mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pengundi di kawasannya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah lawan orang budiman dan berpenglaman.. Tandanya DAP terus retak.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Tengok Dr Tan. Macho kerana kebenaran (Saya puji Dr Tan bukan DAP). Cuma bandingkan dengan pemimpin PAN dibuli dengan kawan2 PH bila diberi kerusi cenonet aajeerr. Mat Sabu setakat sugul. Din Pudu pula tangkap nangis. Al maklum takut dengan DAP katakan!!!

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2018/01/09/mengapa-mat-sabu-salahuddin-ayub-menangis-ketika-konvensyen-ph/amp/

Mengapa Mat Sabu & Salahuddin Ayub Menangis Ketika Konvensyen PH ?

AIDCNews -09/01/18 –Mengapa Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Salahuddin Ayub menangis ketika Konvesyen Pakatan Harapan (PH) Ahad lalu.

Persoalan itu ditimbulkan oleh blog Revolusi Habib yang mendapat sumber dalaman bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi Amanah itu tidak gembira dengan pengagihan kerusi PH.



“Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan.

“Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN (Amanah) membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan.

“Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan.

“Walau bagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut.

“Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan,” dedah blog itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Amanah supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).

“Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Amanah yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.

Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, Amanah mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails