Kajian terbaharu dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan mendedahkan 212 kilometer persegi kawasan pusat ibu kota bakal ditenggelami air sedalam 10 meter sekiranya taufan terbabit mencetuskan gelombang air pasang.

Tambah pihak berkuasa, beberapa daerah yang menjadi hab hiburan dan perniagaan serta stesen kereta api dijangka turut terjejas.Dalam pada itu, zon timur Tokyo berdekatan Sungai Arakawa akan ditenggelami air selama lebih seminggu jika gelombang air pasang yang meningkat di Pelabuhan Tokyo melepasi tebing sungai.

Kerajaan Tokyo kini merancang langkah pemindahan dan mengkaji bagaimana mereka akan menghantar mesej amaran kepada penduduk tempatan. - AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung