Tuesday, April 03, 2018

Bukti Dr M Terlalu Tua, Lupa Beza Sunnah &Sunat.


Kamarul Zaman

KUALA LUMPUR – Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan antara sunat (sebagai salah satu daripada hukum syarak taklifi yang lima) dengan sunnah yang menjadi sumber syariat paling utama selepas al-Qur’an membuktikan Pengerusi Pakatan Harapan itu telah terlalu tua untuk kembali jadi Perdana Menteri.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau pernah dikritik kerana memberi fakta seperti itu tentang Mahathir sebelum ini, tetapi kenyataan terbaru Mahathir mengenai Islam kelmarin membuktiikan hujahnya dalam wacana anjuran Sinar Harian baru-baru ini adalah benar.
“Kenyataan saya bahawa Mahathir terlalu tua untuk kembali menjadi Perdana Menteri sangat berasas.
“Kalau tidak mana mungkin Datuk Dr Mohd Asri yang diketahui umum mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau boleh mendedahkan bagaimana Mahathir sudah lupa penjelasannya di London mengenai perbezaan antara sunat dan sunnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam menjelaskan bahawa dakwaan Mahathir kononnya tidak berdosa untuk umat Islam tidak mengamalkan sunnah nabi adalah silap.
Mohd. Asri malah berkata, beliau sendiri pernah menjelaskan perkara itu kepada Mahathir di London sebelum ini dan menganggap mungkin Mahathir telah terlupa mengenainya hingga menulis semula pandangannya yang silap tentang sunnah.
“Dulu dia dah tanya saya secara peribadi. Saya telah jelaskan maksud ini kepada dia di London. Tapi saya ingat dia terlupa barangkali, dia tulis balik. Bila dia tulis balik, saya rasa nak kena perbetul,” kata Mohd. Asri.
Kamarul bagaimanapun mempersoalkan mengapa Mohd. Asri kurang berani mengulas semua aspek yang tidak betul dalam penulisan terbaru Mahathir mengenai Islam tersebut dan hanya terhad kepada satu aspek sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


3 comments:

Anonymous said...

Mahafiraun kepala bapak jahil murakkab mempunyai pengikut terencat otak seperti azren ! Eloklah tu mahafiraun cipta fitnah, azren dedak roket pula sebarkan fitnah. Bila mati, dua ekor ini masuk neraka jika tidak bettaubat.

Mahafiraun dan azren berpisah tiada bagai iblis dengan syaitannya.

Anonymous said...

Bersangka baiklah kita kepada mereka doakan yang baik2 pada tun dan azren kesiankan mereka. Moga tun sempat bertaubat dengan taubatnya tun akan membawa kebaikan pada pengikut2nya ameeen

Anonymous said...

Mat sabu marah gelar mahafiraun pada tun sebab dia yang cipta selagi diguna selagi itu sahan dapat kat mat sabu. Mat sabu belum tarik lagi gelaran yang dia beri pada tun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails