Tuesday, April 03, 2018

Fatwa Baru? PAS Bukan Parti Islam, Kerana Campur Dengan Bukan Islam.


Oleh Zainal Salleh 

Entah berpandu fatwa mana dan oleh siapa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS bukan sebuah parti Islam’.


Nampaknya, beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan Islam. 

“PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir. 

“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.

  

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS. Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN).



Bagaimanapun Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.



Jika diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya, PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan Cina, DAP. Ini bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan “ketidakIslaman” DAP.


Logik Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam. Jika setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir dapat?


Mahathir mahu PPBM dilabel Melayu-Islam

Yang jelas Mahathir bukan sahaja iri hati jika PAS diterima mutlak memperjuangkan dasar politik Islam. Ini akan dengan sendirinya memberi PAS peluang monopoli aura Islam. Ini secara automatik pula memburukkan lagi natijah persaingan tiga penjuru dalam PRU14.

Sebenarnya Mahathir amat mahu menyelitkan, malah, mengikat jalur politiknya dengan jenama Islam. Ini akan mendekat PPBM dengan hati pengundi Melayu-Islam. Namun PAS sudah mendahuluinya. Lantas, tumpuan beliau ialah menidakkan perjuangan Islam PAS.

Mahathir sedar perjuangan PH cacamarba. Ada yang mahu Islam Liberal (dan ada menamakan diri mereka Muslim Demokrat) dan ada pula yang mahu ‘menumpang kekuatan ekonomi bukan Melayu’.

Ketidakpastian imej rakan-rakan kongsi PH ini bagi Mahathir ini hanya akan menguntungkan Umno-BN dan PAS.

Sebab itu, beliau berusaha mengikis imej dan aura Islam PAS. Namun yang memeningkannya ialah, PAS kini bersedia pula bekerjasama dengan Umno. Malah PAS secara terbuka dan’merestui’ kerja-kerja makruf Umno selama ini. 
Dalam mendepani dilema ini timbul cerita kononnya PAS mendapat suntikan dana politik daripada Umno. Mahathir dan PH segera menggunakan rangkaian politiknya serta ‘kuasa asing’ untuk melemah dan memperlekeh kerja ta’awun PAS dengan Umno.

Secara kebetulan atau memang sesuatu yang terancang, ada pihak luar yang ‘membantu’ memburukkan imej PAS dengan mendakwa PAS mendapat bantuan kewangan daripada Umno. Tohmah sebegini mungkin boleh melarutkan lagi imej Islam PAS.

Keadaan politik PAS ini cuba dikalutkan lagi oleh dakwaan kononnya kajian dan penyelidikan saintifik menunjukkan PAS tidak akan menang satu pun kerusi Parlimen dalam PRU14.

Ini adalah usaha meremeh dan menakutkan PAS. Matlamat utama ialah ‘menghasut’ pengundi Melayu-Islam bahawa PAS sudah ‘kelong”

perjuangannya kerana bekerjasama dengan pihak kafir.
Yang pasti hujah itu dangkal dan murahan. Namun bagi Mahathir itu hanya helah pilihan raya dan sekaligus menegaskan bahawa beliau dan partinya ‘lebih Islam’ berbanding PAS.

Namun PAS tidak mudah termakan umpan Mahathir. Strategi lapuk Mahathir langsung tidak dilayan. PAS amat istiqamah pada falsafah perjuangannya – matang dan sejahtera.

Mahathir berharap PAS latah dan bersilang ego dengannya di hadapan khalayak umum. Ini tentu menjanjikan publisiti untuknya tidak mati. Malang bagi Mahathir tahap pemikiran ahli dan pemimpin PAS sudah jauh meningkat. Yang kelihatan tidak matang ialah beliau sendiri.

Benar kata presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang konsisten pada Dr Mahathir dan konco-konconya ialah, mereka sebenarnya tidak konsisten. Bersenggama dengan musuh politik hari dan kemudian bermusuhan esoknya adalah corak politik Mahathir. (Antarapos)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, walau pernah jadi PM puluhan tahun, mungkin dia tidak tahu apa yang tidak tahu. Berobat dan bertaubatlah!
  
Lihat juga.. 

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

37 comments:

Anonymous said...

Di akhir zaman ini, MahaFiraun yang menentang ajaran Islam telah buat lawak bodoh berlapis-lapis dengan melabelkan parti PAS sebagai parti bukan Islam walaupun PAS telah menjadikan Al-Qur'an , Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan Islam yang dibawa olwh PAS.

Maka kita tidak akan terkejut jika MahaFiraun mungkin membuat lawak bodoh berganda-ganda konon semua parti sekular liberal dan kafir harbi dalam pakatan wayang adalah parti 'Islam' walaupun pakatan ini menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Adakah tuan kerusi pakatan wayang mempunyai masalah mental?

Anonymous said...


Orang Melayu Islam tidak mudah lupa bahawa si dinosaur tua bangka yang bernama mahafiraun pernah menentang dan menghina ajaran Islam dari dulu hingga sekarang.

Walaupun dunia kata porrah dan kubur kata mari, dia bersekutu pula dengan puak munafik sekular liberal dan kafir harbi menentang ajaran Islam.

Tidak pernahkah dia terfikir bahawa pada suatu masa nanti dia akan mati dan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya?

Bertaubatlah sebelum terlambat kerana taubat Firaun di waktu sakaratul maut telah ditolak oleh Allah.

Anonymous said...

ted manoffik,

Mana bukti?

Anonymous said...

Ted manoffik dari dulu anti perjuangan islam dia ni sebenarnya tahu akan kebenaran islam dan perjuangan menegakkan negara islam oleh pas tapi dah memg kerja dia untuk memutarbelit faktar sebenar macam yahudi mengunakan kebenaran al quran untuk diputar belit supaya islam ni nampak jahar tapi dah berapa ramai pemutarbelit al quran akhirnya memeluk islam sebab memutarbelit kebaikan jadi keburukan jadinya moga ted manoff dapat hidayah dan berjuang bersama2 pejuang islam untuk menegakkan negara islam malaysia. Kita doakan moga puak penentang dapat hidayah utuk kembali kepada perjuangan islam yang sebenarnya. Ted cari lagi fakta berkenaan kebenaran walaupun untuk diputar belit sebab kebenaran tetap benar. Ameeen

Anonymous said...

Tad tak baca amanat tghh sebenarnya

Anonymous said...

Aku dah biasa mencabar penjaja-penjaja fitnah seperti kamu ted manoffik untuk menunjukkan bukti tetapi penjaja fitnah tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong dakwaan karut mereka terhadap PAS.

Jawapan bodoh berganda-ganda puak penjaja fitnah termasuk kamu ted manoffik ialah google sendiri.

Inilah jawapan paling bodoh untuk menegakkan benang basah.

Kita faham jawapan googlelah sendiri bererti barua-barua pakatan wayang seperti kamu tidak mempunyai bukti.

Anonymous said...

Amanat Hanipa @ AyahPAN tak mau dengar. Ada ka buat perumpamaan diri dengan Tuhan

Anonymous said...

PAS itu UMNO dan UMNO itu PAS, kedua parti ini tidak layak mendapat undi pada PRU14 nanti. Lanun Bugis suka makan rasuah dan duit rakuat. Hadi pula selalu ponteng di Parlimen .

Mohammad Azren said...

PAS+UMNO+CIA= Jokowi tengah buat apa?.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Woi kayu 10:30 pn ternakan parti kafir harbi roket, mengapa kamu diam membisu seperti syaitan bisu ( memang syaitan pun) setiap kali pemimpin sekular liberal dan kafir harbi kamu terlibat dalam rasuah dan ponteng sidang parlimen?

Kayu ini adalah contoh barua-barua terencat akal ternakan DA-Pig yang suka buat tuduhan tanpa bukti.

Anonymous said...

PAS dan UMNO adalah parti kontol terbesar di Malaysia yang sentiasa stim dan ghairah. Kedua parti ini amat takut pada DAP parti cina yang kecil. Kalau sebut DAP pastinya orang PAS dan UMNO kecut telur dan hilang nafsu seksnya.

Mohammad Azren said...

UMNO+CIA+$+AGEN 007= PAS+FITNAH+PECAHBELAH
Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Azreen mabuk todi + mahligay + puakagay + ikan mabuk tuba + kluangay = LGBT ternakan roket.

Anonymous said...

Komen 10:38 pm ditulis oleh pesakit mental tahap 4.

Anonymous said...

Penyokong PAS dan UMNO adalah buta, tuli dan bebal. Sekiranya keburukan pemimpin mereka diketengahkan, mereka menganggap ia satu fitnah padahal ia adalah suatu yang realiti dan ramai orang yang tahu.

Anonymous said...

azreengay + puakagay + mahligay + kluangay + ikangay + dedak roket + daun ketum + todi + fitnah = LGBT ternakan Rejim pengganas Israel

Anonymous said...

Kayu 10:44 pm ternakan harbi roket, mana bukti?

Dakwaan kamu tanp bukti membuktikan kamu adalah kepala bapak pandusta.

Anonymous said...

Nasi kangkang keluaran Putrajaya Enterprise untuk dijual. Untuk penyokong UMNO dan PAS anda dapat diskaun 90%.Kelebihan nasi kangkang ini ialah dapat membuat otak anda cergas dan cerdas.Anda juga akan pastinya selalu terbayang betapa cantiknya Datin Mah.

Mohammad Azren said...

Umno guna pitih hancurkan PAS. Pemimpin PAS terperangkap dengan permainan CIA dan Umno. Sambutan Majlis anjuran PAS pun semakin hambar.Kes Audio pun, pimpinan PAs sekadar memberi hujah penafian yg kurang menyakinkan kecuali ahli yg tidak kritis dalam menafsirkan situasi mungkin akan percaya.Tidak kah kalian merasa apa yang aku rasa? Bahawa PAS akan senasib dengan hikayat kisah lebai malang kempunan makan kenduri.. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Penyokong PAS dan UMNO memang tergolong bebal, bengang, buta, tuli dan lamban. Bukti kebodohan pemimpin mereka sentiada ada dari hari ke hari namun mereka tidak menyedarinya seolah2 mereka hidup dalam hayalan.

Mohammad Azren said...

MSO tanya, tabung ayam simpan bawah katil ke. Jangan tabung meletup dah lah. Berterabur ahli pas nanti. PAS!PAS!. Dah dekat PRU 14 ni, macam-macam musibah melanda. Entah-entah doa mustajab selama terkena pada diri sendiri.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Barua dedak roket 10:52 pm ini adalah bomoh nasi kangkang tetapi malangnya bomoh ini telah termakan nasi kangkang sendiri sehinggakan dia menjadi bodoh berganda-ganda sehingga dia percayakan cerita dongeng ciptaan sifu evangelis roket 100%.

Anonymous said...

Azrengay adalah jenama batu api terbaru keluaran pakatan wayang enterprise. Di gunakan untuk membakar masyarakat .

Anonymous said...

Karangan cerita dongeng di atas telah dikarang oleh pesakit mental 10:59 pm ternakan panipu yang memang bebal, buta, tuli dan lembam.

Anonymous said...

Kasihan barua dedak roket 10:59 pm kerana beliau telah disahkan gila tahap 4.

Maka tidàk hairanlah semua komennya mengadungi pelbagai dakwaan karut terhadap PAS.

Maklumlah orang gila menulis komen 10:59 pm. Ketawa pun sama level dengan pesakit mental kronik.

Anonymous said...

Semakin hampir PRU 14, barua-barua ternakan parti kafir harbi roket menjadi semakin gila kerana sifu banglo mahu hancurkan parti lawan seperti PAS hancur musnah dalam sekelip mata maka sahlah barua dan pemimpin roket sama-sama gila.

Pergi ke pekan membeli gula,

beli gula bersama salak,

barua roket memang gila,

bulan mengambang sibuk menyalak.

Anonymous said...

Mari 2 datang ke Putrajaya, dedak dari Jiby menanti anda. Penyokong PAS jangan lupa nanti anda tertinggal dan salahkan Ahmad Maslan atau Salleh Said Keruak kerana tak dapat info.

Anonymous said...

Pengumuman penting:

Semua barua roket dikehendaki beratur di banglo terlajak diskaun untuk menerima bekalan dedak rokey yang terakhir kerana semua bekalan dedak roket akan tamat selepas PRU 14 kerana pakatan wayang akan kalah dalam PRU.

Semua barua dinasihatkan mohon jawatan jaga parking haram

tenkiu.

Anonymous said...

Kepanasan nampak puak2 penentang islam. Teruskanlah menabur fitnah kerana pas sebagai parti memperjuangkan islam makin digeruni oleh puak2 penentang islam.

Anonymous said...

Azren ni sebenarnya ketandusan isu sebab tu merapu. Bacalah amanat hj hadi bagi betul2 faham lepastu rumuskan untuk buat fitnah baru.

Anonymous said...

Tak sabar nak tunggu fitnah terbaru puak penentang islam yang akan disebar dan diulas oleh mohammad azren dan rakan2.

Anonymous said...

Penyokong pas tak bersama umno tapi penyokong pan bersama umno terbukti dari komen2 kitar semula dari pengomem2 pan yang guna apa yang umno dah guna dari dulu. Pas tetap perjuangkan islam kamu perjuangkan apa. Bukti tiada apa yang kamu fitnah pada pemimpin pas bagi pemimpin umno semua dah tahu jadi malu lah guna idea konon pas bersama umno dah berapa tahun guna benda yang sama aja. Dah mati akal ke kamu semua wahai pengomen puak penentang islam.

Anonymous said...

Kesian pada pengomen puak penantang islam entah apa2 yang dikomemkan. Ambiklah amanat hj hadi tu baca betul2 cari kelemahannya lepastu putarbelitksn macam tun m dan berapa puluh tahun dok guna idea yang sama. Kami tetap perjuangkan islam lagi banyak fitnah lagi kami istikomah

Anonymous said...

Azren ni dok ulang fitnah yang sama aja bukti bukan setakat takda tapi bagi mereka fitnah perlu disebarkan bukti tak perlu. Husam dah buat laporan polis dengan sprm kes audio buat sendiri selagi tak terbukti itu adalah fitnah lebih malang lagi husam buat fitnah azren sebar fitnah. Pandai azren cari makan pukul keliling. Dengan umno dia makan dengan pandap dia makan kaya2.

Anonymous said...

Bukti umno tu mungkin sebab rakyat dah tahu tapi ternyata puak penentang islam tiada bukti pada pemimpin pas jadi gabungan mentap bukan pas umno tapi puak penentang islam dan umno sebab sama2 banyak sekendel dan sealiran lagi sama2 memusuhi pas dari dulu kini dan selama2nya.

Anonymous said...

Sapa tak kenal mso sekejap pro umno sekejap pr sekarang ph dan puak2 penentang islam. Orang fisik kalau dia sampaikan berita kena cari bukti dulu kalau tidak itu fitnah. Bernapsu betul puak penentang islam ni memfitnah dan menghentam pas tapi dengan umno teman lagi mesra.

Anonymous said...

Wah betapa bodoh dan bangangnya barua dedak roket seperti azren yang menjadikan kaki fitnah sebagai sumber berita.

Maja tidak hairanlah azren sentiasa menulis dan menyebarkan berita palsu untuk memfitnah PAS.

azren ini adalah contoh penulis upahan dedak roket yang cuba berlagak pandai tetapi semua fitnah ciptaannya menunjukkan dia bodoh berganda-ganda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails