Tuesday, April 03, 2018

Tanda PAS Makin Kukuh Di K'tan. 100 Umno/PKR Masuk PAS



KOTA BHARU: Minggu ini semakin ramai ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama dan menyertai PAS. Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli PKR menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mereka diketuai mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor dari Dun Nengiri. 
Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. 
“Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini. – HARAKAHDAILY 3/4/2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara tanda-tanda PAS makin kukuh di Kelantan.


UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

2 comments:

Anonymous said...

Ketahuilah kamu penyokong PAN lebih ramai dari penduduk benua asia. Malay dikatakan penduduk PAN bersamaan dengan jumlah penduduk benua asia, eropah dan afrika.

Kami ada bukti Audio untuk mengesahkan ini. Video atau foto kami tak da.

Tick Manop Penyokong Sumbu Ajaib

Anonymous said...

Alhamdulillah. Semakin ramai umat mula menyokong perjuangan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails