Sunday, April 01, 2018

Menuntut Kembalikan Kedaulatan Islam berkaitan Politik &Pemerintahan..



DIPKI atauDeklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam 2018 yang diadakan buat julung kalinya oleh sebuah Sekretariat DIPKI dengan kerjasama NGO-NGO Islam dan Menara.my adalah bertujuan supaya umat Islam Malaysia menuntut kerajaan dan semua pihak berkaitan dengan politik dan pemerintahan negara menyatakan kesetiaan kepada Raja dan negara dengan tujuh penegasan akujanji selaras dengan lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong memelihara Agama Negara pada setiap masa. 

Demikian maklum balas yang diberikan oleh Pengarah DIPKI 2018, Hj Zainal Zainuddin kepada Menara.my berkenaan dengan majlis yang sedang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini. 

“Deklarasi ini juga adalah satu usaha bersifat bottom-up sebagai mewarnai hati budi ummah yang menuntut dikembalikan kedaulatan Islam dalam negara sebagaimana terpasak dalam Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan negara dan dititah-lafazkan oleh DYMM SPB YDP Agong ketika mengangkat Sumpah Jawatan sebagaimana termaktub dalam Perkara 37 Fasal 1, Jadual Keempat dengan Kalimah 

“Wallahi, wabillahi Watallahi” untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa.” 

Berikut adalah Tujuh Tuntutan Umat Islam yang diberi penegasan semasa deklarasi yang sedang berlangsung; 

  1. Berpegang teguh kepada prinsip KEDAULATAN ISLAM dalam Perlembagaan Persekutuan. 
  2. Menghormati prinsip-prinsip Agama Islam sebagai Agama Negara. 
  3. Menunaikan kewajiban yang tersurat atau tersirat bagi memelihara KEDAULATAN ISLAM. 
  4. Mengambil langkah positif dan proaktif secara berintegriti ke arah menyemarak dan memperkukuhkan KEDAULATAN ISLAM. 
  5. Mengambil langkah aktif bagi mencegah dan menghakis sebarang bentuk perencanaan atau kegiatan berbentuk ancaman terhadap KEDAULATAN ISLAM.
  6. Menjauhi dan menolak sebarang bentuk kritikan yang bersifat penghinaan atau memperlekeh kesucian agama Islam dan mengambil tindakan drastik untuk menghalang dan menghakisnya. 
  7. Menyemai semangat menghormati KEDAULATAN ISLAM dan Rukunegara di kalangan rakyat Malaysia dan di persada global. 

“Demi sesungguhnya Deklarasi ini adalah kesungguhan rakyat yang menuntut 7 perkara utama berkenaan dikembalikan oleh semua political players sedia ada dan Ahli Pentadbiran negara. 

Hanyanya dengan cara itulah dapat dijamin pasak asas kewujudan negara yang diwarisi sejak turun temurun daripada Kesultanan Melayu Islam Melaka sebagaimana diperakukan oleh dunia akademik semasa.”

Read more at: https://www.menara.my/dipki-2018-ummah-menuntut-dikembalikan-kedaulatan-islam/



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

7 comments:

Anonymous said...

Semakin didedahkan semakin terbukti yg prinsip PAS adalah Islam dan prinsip DAP adalah anti Islam. Pakatan dipunyai oleh DAP maka orang Islam wajar menolak Pakatan Harapan

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram Umat Islam Bersekongkol Dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Anonymous said...

Barua dedak roket sedang meroyan sakan menulis pelbagai fitnah tanpa sebarang bukti untuk memburuk-burukkan PAS .

Maka tiada perbezaan antara barua dedak roket dan pesakit mental.

Anonymous said...


Balaci-balaci ternakan parti kafir harbi roket adalah seperti anjing menyalak bukit PAS, bukit PAS tak runtuh, anjing roket pula yang sawan gila babi.

ubaidillah said...

salam, didantara Si Fasiq sbahgiannya yg dok dlm UMNO-BN, tp lgi bahaya si Lihai lintah yg bergabung dg Evangelis DAP-90% memenuhi ciri2 Harbi, Jka Najib jual maruah dn Tanah Melayu, Mahathir-DAP akan jual raja dn Melayu sekali pakai jual kilo aja, ckup la Melayu Patani dn Champa sebagai pelajaran yg ckup berharga.

Anonymous said...

Kita orang-orang yang bertamadun ingin bertanya kepada semua balaci-balaci ternakan parti kafir harbi roket yang telah membuat pelbagai dakwaan karut yang tidak berasas terhadap PAS:

MANA BUKTI?

Ketiadaan bukti menunjukkan semua balaci roket adalah penjaja fitnah yang hina dan terkutuk dan tidak tahu malu.

Woi balaci roket, cermin diri kamu sendiri sebelum memfitnah PAS ketana semua keburukan dan kejahatan terdapat pada kamu sendiri.

Anonymous said...

Ted manoff lama tak berkomen alhamdulilah sihat lagi. Ok sepanjang dan sebanyak fitnah memg tidak dibuktikan dari para penfitnah kami tunggu jugak bukti tuduhan dan yang terbaru audio nik abdul dengarkata dah anta kepada pakar tapi husam kata tidak pasti suara sapa tapi telah dijaja fitnah. Kami tunggu bukti dari semua pemimpin penentang perjuangan islam dimalaysia supaya kami boleh buang sipelaku seperti yang kami telah buat pada muktamar 2015 yang lalu. Kamu taat pada allah bukan pemimpin sebab maknusia ada napsu dan kita semua adalah hamba allah yang maha berkuasa. Timbalan presiden dan pemimpin profisional pun kamu buang sebab yang penting islam bukan pemimpin. Kami tunggu bukti dan buat dakwaan cepat ni dah nak pru jangan lepas pru senyap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails