Tuesday, April 03, 2018

Kemelut Tun M, Yusof Rawa, Agung &Dr Mujahid -Dr Kamarul

Hasil carian imej untuk Dr Mahathir, Yusuf Rawa, DrMujahid

Membaca wawancara Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun 2017, jelas tergambar kebencian membuak-buak yang tersemat di dalam dada beliau terhadap PAS sejak dulu hingga kini.

Bila ditanyakan mengenai kedudukan PAS di dalam dunia politik Malaysia sekarang, Tun Dr Mahathir menjawab: 

Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Dr Mahathir, Yusuf Rawa, DrMujahid

“PAS adalah pengacau, ia sentiasa menjadi pengacau, ia tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Apa yang PAS buat untuk Islam kecuali untuk melemahkan orang-orang Islam? Mereka tidak menubuhkan universiti Islam, bank Islam, Takaful atau Tabung Haji untuk memudahkan haji, sebagai contoh. Semua ini tidak dibuat oleh PAS.”

(Teks sebenar jawapan Tun Dr Mahathir di dalam bahasa Inggeris: “PAS is a spoiler, it has always been a spoiler, it has never achieved anything. What has PAS done for Islam except to weaken the Muslims? They did not create the Islamic university, Islamic banking, the Takaful or Tabung Haji to facilitate haj, for example. All these were not done by PAS.”)

Sebenarnya, kecaman berterusan Tun Dr Mahathir terhadap PAS ini tidak hanya terkena kepada pemimpin PAS sahaja, malah turut terkena kepada pemimpin AMANAH juga kerana mereka sendiri sebelum ini lama berada di dalam PAS di samping saudara terdekat mereka pernah menjadi pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden dan/atau Mursyidul Am PAS.

Malangnya, tatkala pemimpin AMANAH seperti Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa cepat-cepat memprotes tulisan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, bila tulisan Wan Saiful memberikan imej yang agak negatif terhadap ayahanda beliau, Almarhum Haji Yusof Rawa, yang merupakan bekas Presiden dan bekas Mursyidul Am PAS, tiada sebarang teguran pernah dibuat oleh pemimpin AMANAH ke atas Tun Dr Mahathir bila kritikan Tun Dr Mahathir turut melibatkan nama baik mereka atau saudara terdekat mereka sendiri.

Datuk Dr Mujahid, yang merupakan Naib Presiden AMANAH, malah dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan sebagai berkata pada 8 Jun lalu bahawa “PPBM dan Tun Dr Mahathir penting kepada pakatan pembangkang”, bahawa “undi yang diperlukan untuk menang pada pilihan raya nanti boleh didapatkan melalui Tun Dr Mahathir” dan bahawa “PPBM akan membolehkan kita capai puncak – iaitu menjadi Kerajaan Persekutuan”.

Besar sungguh rupanya bahana impian untuk menjadi Kerajaan Persekutuan kepada pemimpin AMANAH seperti Datuk Dr Mujahid ini sehingga beliau langsung tidak malu untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir walaupun tempias kritikan berkali-kali Tun Dr Mahathir terhadap PAS turut terkena kepada beliau dan ayahanda beliau sendiri, apatah lagi bila Tun Dr Mahathir sendiri merupakan musuh ketat ayahanda beliau.

Sepanjang beliau memimpin PAS, khususnya selaku Presiden dan Mursyidul Am PAS, apa yang tidak pernah dikatakan oleh Almarhum Haji Yusof terhadap Tun Dr Mahathir? Banyak sekali rekod sejarah yang tercatat mengenai kecaman-kecaman Almarhum Haji Yusof terhadap Tun Dr Mahathir ini, sama ada di dalam ucapan, kenyataan atau tulisan beliau.

Lebih jauh lagi, Almarhum Haji Yusof, selaku Presiden PAS (waktu itu masih dikenali sebagai Yang Dipertua PAS), pernah pada 11 Julai 1988 menulis sepucuk surat mewakili PAS kepada Yang di-Pertuan Agong waktu itu, iaitu Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj, bagi merayu Baginda dan Raja-Raja Melayu yang lain supaya bertindak segera bagi menyelamatkan negara dan rakyat daripada mala petaka ciptaan Tun Dr Mahathir.

Kepada Almarhum Haji Yusof, Tun Dr Mahathir adalah pencipta “keadaan zalim dan tindakan ganas politik yang keterlaluan” dan “orang yang lupa kepada amanah Allah SWT”, tetapi kepada anakanda beliau, Datuk Dr Mujahid, Tun Dr Mahathir-lah yang akan memenangkan beliau dan rakan-rakan beliau sekali gus membolehkan mereka capai puncak.


FB
Dr Kamarul Yusoff

XOXO - Semasa ini Mujahid masih guna lampin pasal itu dia bodoh dak ikut politik cara ayahnya yang kekal dengan PAS...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/





Lihat juga.. 

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...


Mangkuk ayun ternakan parti kafir harbi roket adalah barua-barua dedak roket yamg bencikan ilmu dan fakta sehinggakan mereka hanya psndai mengutuk dan menghina peribadi Dr Kamarul kerana mereka gagal menafikan semua hujah Dr Kamaru telah yang berdasarkan fakta.

Mangkuk ayun ini meletakkan otak mereka pada lutut mereka dan meletakkan selipar jepun dalam kepala mereka menyebabkan mereka bersikap emosional srcara membabi buta dan mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional.

Semua komen dan hujah mangkuk ayun tidak mempunyai nilai akademik atau moral kerana semua komen tersebut mengandungi pelbagai fitnah yang tidak berasas untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Jika Dr Kamarul berbahas dengan mahafiraun, kita yakin Dr Kamarul akan menang kerana Dr Kamarul menggunakan fakta sedangkan mahafiraun menggu akan jawapan standard mahafiraun iaitu ' saya tak ingat' ' saya lupa'. 'saya tak tahu' di samping pelbagai u-turn yang membingungkan puak pakatan wayang sendiri.

Anonymous said...


Iman tidak boleh diwarisi. Jika bapa pejuang Islam, anak belum tentu akan menjadi pejuang Islam. Maka bapa perlulah mendidik anak menjadi pejuang Islam.

Adalah malang jika anak buat u-turn untuk bersekongkol dengan musuh Islam menentang ajaran Islam.

Hidayah milik Allah maka beruntunglah manusia yang mendapat hidangan dari Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails