Wednesday, April 04, 2018

Bukti Lagi, UMNO Gagal Didik Moral, Pemimpinnya Positif Dadah Di Disko..


Imej yang berkaitan

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap kes seorang Ketua UMNO Bahagian ditahan di sebuah pusat hiburan di ibu kota kelmarin sesuatu yang mendukacitakan dari segi moral.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri turut mengakui kejadian itu boleh beri kesan kepada BN di kawasan berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bercakap dalam sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, di Kuala Krai, Kelantam pada Selasa, beliau berkata hal berkenaan akan dibincangkan oleh pimpinan BN.
“Dari segi perundangan dan penguatkuasaan walaupun kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum hukuman dijatuhkan mahkamah, namun dari segi moral ia amat mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.
“Sudah pasti ia memberi kesan dan menjejaskan kawasan tersebut, namun kita akan berusaha supaya organisasi parti serta rakyat tidak pula terjejas,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Terdahulu, beberapa portal berita tempatan melaporkan ketua UMNO Bahagian berkenaan bersama-sama beberapa orang rakannya ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan ternama di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.
Ujian air kencing yang dikendalikan oleh pihak polis kemudian mendapati mereka sebagai positif dadah. Operasi berkenaan turut disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sementara itu pejabat UMNO bahagian berkenaan dilaporkan telah mengundang wartawan untuk memberi penjelasan mengenai isu panas tersebut pada sidang media pagi Rabu.
Ini lagi bukti, UMNO gagal didik moral rakyat Malaysia, pemimpinnya positif dadah ditemui di tempat Disko. Guru (pemimpin) kencing berdiri, murid (rakyat) kencing berlari pecut! (IH)
Di situlah perlunya parti Islam menjadi payung dalam politik Malaysia.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

1 comment:

Anonymous said...

Balaci-balaci dedak roket sibuk menjaja fitnah untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana mereka dan towkay dedak mereka tahu PAS berpotensi untuk memenangi PRU 14.

Komen-komen balaci yang berunsur fitnah jelas membuktikan balaci dan pemimpin mereka sangat terdesak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails