Wednesday, January 03, 2018

Dr Mahathir Mohon Maaf Kepada Kit Siang



KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa permohonan maaf Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad ditujukan khas kepada Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan rakan dalam parti itu.


Katanya, tindakan itu dilakukan kerana Dr Mahathir memerlukan sokongan DAP untuk mencapai cita-citanya kembali menjadi Perdana Menteri seperti dikehendaki anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM.

“Akhirnya matlamat menghalalkan cara. Buat apa pun, cara mana pun janji matlamat mesti tercapai. Banyak dilakukan Dr Mahathir ketika jadi Perdana Menteri dulu sangat ditentang pemimpin pembangkang termasuk Kit Siang.

“Tetapi pada hari ini, semua mereka itu tiba-tiba menikus dan terpaksa berdiam diri. Mana prinsip perjuangan mereka? Boleh percaya ke jenis pemimpin seperti ini.

“Mereka seperti cakap tak serupa bikin. Apabila ternampak saja ada peluang, prinsip diletakkan di kepala lutut,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permohonan maaf Dr Mahathir dalam ucapan penggulungannya sempena perhimpunan agung PPBM di Pusat Konvensyen Ideal, di Shah Alam, kelmarin.

Dr Mahathir,93, menyifatkan dirinya sebagai manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan, justeru mengemukakan permohonan maaf secara terbuka ketika mengakhiri ucapan dasar.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menjelaskan permohonan maaf itu tidak bermakna dirinya terbabit dalam melakukan kesalahan, sebaliknya bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau dikaitkan dengan sebarang peristiwa. (TKO)



Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

10 comments:

Anonymous said...

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad


KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad#ixzz536TCx382
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

http://mymassa.blogspot.my/2016/02/cara-baru-dap-halau-melayu-dari-pulau.html


CARA BARU DAP HALAU MELAYU DARI PULAU PINANG


Melihat pada situasi sekarang begitu banyak kemusnahan penempatan dan pengugatan perniagaan kaum Melayu, ini lah caranya halus yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan penempatan Melayu.
Mereka akan menerima dan mengunakan pendatang asing terutama dari Bangladesh dan mereka dibenarkan memiliki lesen dan premis perniagaan dalam masa yang sama mereka merobohkan gerai atau premis perniagaan orang Melayu.



Ini lah tektik yang mereka gunakan, apabila kerajaan mahu menaikkan levi baru yang tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kritikan mereka terhadap kenaikkan levi tersebut jelas membuktikan motif mereka yang terbeban dengan levi baru tersebut, kerana ia akan membebankan kewangan mereka untuk mengimport seramai mungkin pekerja asing dan melakukan ‘etchnic cleansing’.
Dari sudut lain mereka di lihat seolah-olah membantah kemasukkan pendatang asing kononnya boleh menimbulkan pelbagai masalah, tetapi bila kerajaan membuat sekatan dan mengenakan syarat-syarat tertentu mereka juga yang mengkritik kerajaan.

Jelaslah ktitikkan pembangkang bukan untuk kepentingan negara tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk menguasai dan berkuasa.

Anonymous said...

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/cara-baru-dap-halau-melayu-dari-pulau.html


CARA BARU DAP HALAU MELAYU DARI PULAU PINANG


Melihat pada situasi sekarang begitu banyak kemusnahan penempatan dan pengugatan perniagaan kaum Melayu, ini lah caranya halus yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan penempatan Melayu.

Mereka akan menerima dan mengunakan pendatang asing terutama dari Bangladesh dan mereka dibenarkan memiliki lesen dan premis perniagaan dalam masa yang sama mereka merobohkan gerai atau premis perniagaan orang Melayu.

Ini lah tektik yang mereka gunakan, apabila kerajaan mahu menaikkan levi baru yang tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kritikan mereka terhadap kenaikkan levi tersebut jelas membuktikan motif mereka yang terbeban dengan levi baru tersebut, kerana ia akan membebankan kewangan mereka untuk mengimport seramai mungkin pekerja asing dan melakukan ‘etchnic cleansing’.

Dari sudut lain mereka di lihat seolah-olah membantah kemasukkan pendatang asing kononnya boleh menimbulkan pelbagai masalah, tetapi bila kerajaan membuat sekatan dan mengenakan syarat-syarat tertentu mereka juga yang mengkritik kerajaan.

Jelaslah ktitikkan pembangkang bukan untuk kepentingan negara tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk menguasai dan berkuasa.

Anonymous said...

https://www.malaysiakini.com/news/337379

Pemimpin DAP pula label Zakir Naik sebagai ‘setan’

Kehadiran pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik terus mendapat kecaman pelbagai pihak dan terbaru, Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelarnya sebagai ‘setan’.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

image: https://mk-cdn.mkini.net/991/82b11f4c6c2aabeb56e9f31448eef4a6.jpeg

Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’.

Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.

“Beliau (Zakir) adalah pendakwah Islam dan tidak mempunyai apa-apa tetapi kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan Islam.

“Dia (Zakir) telah diharamkan di Kanada dan UK untuk kuliahnya. Malah, beberapa umat Islam di India telah menggelarnya sebagai pendusta, seorang yang separuh benar dan penyampai kebencian,” tulis Ramasamy

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususunya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.

Ramasamy ( bawah, kanan ) dipercayai mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC.

image: https://mk-cdn.mkini.net/808/583860d47c9b267b14b9b6ff380e2470.jpg

Program pertama Zakir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Beliau berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di beberapa universiti berhubung perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadirannya di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Undang kemarahan umat Islam

Bagaimanapun status Ramasamy itu mengundang kemarahan warga maya yang beragama Islam dan mereka bertindak mengecamnya.

Pemilik akaun Zack Rahim berkata Ramasamy adalah individu yang bertanggungjawab menghalang Zakir dari menyampaikan dakwahnya di dalam negara ini sehingga memaksa polis menghalangnya daripada berdakwah.

“Antara orang (Ramasamy) yang bertanggungjawab berjaya membuatkan pihak berkuasa batalkan program intelektual Dr Zakir Naik. Malah digelarnya ‘satan’ ke atas seorang yang mempunyai al-quran di dalam otak dan akalnya, juga punya segala kitab lain.

“DAP, PKR, AMANAH serta kerajaan Pulau Pinang dan seluruh Pakatan Harapan bertanggungjawab dengan kenyataan ini sebab Dr Ramasamy bukan pemilik kedai nasi kandar atau kedai emas Jalan Bonus. Beliau timbalan ketua menteri Pulau Pinang,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Muhammad Sufian menyarankan Ramasamy menyertai program Zakir.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/337379#Xqc5p0UQAwby9Dq8.99

Anonymous said...

Di awal Tahu 90an Hadi Hadi pernah mengatakan Lim Kiat Siang adalah umpama ubat yang dah tamat tempoh tetapi mereka berbaik semula pada PRU seterusnya sehingga PRU 13. Seakarang mereka bergaduh lagi terutama untuk menghadai PRU 14.Ini adalah cerita pemimpin politik yang pandai berpolitik dan mungkinkah mereka akan berbaik semula pada tahun kedepan,cuma ALLAH yang tahu.

Anonymous said...

Kenapa anda perlu tolak PAS.
1.Undi PAS adalah undi untuk UMNO.
2.Najib selaku Lanun Bugis dan isterinya selaku Bomoh akan terus berkuasa dan akan terus memudaratkan negara dan rakyat.
3.PAS selalu dikencing UMNO dan pastinya akan terus dikencing.
4.RUU355 Hanya permainan PAS dan ia telah terkubur kerana pengkhiantan dari pemimpin PAS sendiri.
5.Amanat Hadi yang sesat belum ditarik balik oleh Hadi sendiri jadi ini menunjukan beliau adalah pemecah penganut islam sebenarnay.
6.PAS akan terus kehilangan Royalti Minyak jika terus bersama UMNO.Sekiranya PAS bersama PH perundangan berkaitan royalti minyak boleh dipinda untuk kebaikan Kelantan,Terengganu ,Serawak dan Sabah sekiranya PH mentadbir negara.

Anonymous said...

Nampaknya barua-barua dedak ternakan parti kafir harbi roket semakin terdesak untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam apabila PRU14 semakin hampir.

Selama ini barua-barua dedak cap roket telah gagal membuktikan semua dakwaan karut mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana dedak cap roket menjamin kamu masuk neraka.

Anonymous said...

Anon 3:48 pm adalah contoh penjilat pemimpin parti kafir harbi yang memusuhi Islam dan menindas umat Islam.

Penjilat dedak roket ini tidak memperdulikan tentang berpuluh kampung Melayu Islam yang telah dirobohksn oleh rejim kafir harbi roket.

Yang penting bagi penjilat roket ini ialah bekalan dedak cap roket setiap bulan.

Anonymous said...

Woi kaki kencing ternakan sifu banglo terlajak diskaun, simpanlah sedikit bodoh kamu .... jangan tunjukkan semua kebodohan kamu.

Anonymous said...

Nasi kangkang Jenama Bulan keluaran Datin Mah Enterprise untuk di jual.Untuk penyokong PAS dan UMNGOK anda dapat diskaun %50.Kebaikan nasi kangkang ini ialah otak anda akan jadi bijak setaraf dengan Panglima Bugis dan Zahid Komidi.Anda juga akan selalu terbayang wajah Datin Mah yang cantik jelita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails