Monday, January 29, 2018

BR1M: Tun M Kata Haram, DAP Kata Teruskan. Sama-sama Celaru..



PULAU PINANG – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi mengumumkan Pakatan Harapan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika berjaya menumbangkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa kononnya BR1M yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tahun 2012 itu selari dengan dasar kerajaan DAP Pulau Pinang.
“Jika Pakatan Harapan menang PRU14, BR1M akan diteruskan,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Guan Eng mengulangi pengumumannya itu susulan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi dakwaannya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah dan membayangkan ia haram disentuh oleh umat Islam baru-baru ini.
Selain Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan lain turut mengutuk pemberian BR1M oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat dan melabelkan bantuan itu sebagai dedak.
Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bermula 13 Julai tahun lalu semata-mata untuk menghasut orang Melayu supaya mengundi parti pembangkang dalam PRU14.
BR1M mula diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan selepas melaksanakan agenda rasionalisasi subsidi yang menjimatkan perbelanjaan negara.
Subsidi yang dapat dijimatkan itu kemudian dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk program pembangunan rakyat dan pemberian bantuan bersasar seperti BR1M. – Mynewshub.cc
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ikut puak-puak tu, celaru habis.


13 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

https://www.malaysiakini.com/news/12991

M'sia sememangnya negara Islam, kata Dr Mahathir

Pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang diberikan oleh dunia Islam atau bukan Islam sudah mencukupi untuk negara ini dianggap sebagai negara Islam, kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Menurut laporan Bernama , Perdana Menteri berkata jumlah besar daripada umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

Sambil menyatakan alasan lain sebenarnya tidak perlu untuk membuktikan Malaysia ialah negara Islam, Dr Mahathir berkata kerajaan boleh menunjukkan bukti jelas bahawa segala ajaran Islam yang mampu dilaksanakan oleh pemerintahan di Malaysia telahpun dilaksanakan.

Anonymous said...

MAHATHIR KATA MALAYSIA NEGARA ISLAM. DAP KATA ORANG ISLAM PERLU HORMAT HAK ORANG ISLAM UNTUK MURTAD.

Anonymous said...


http://m.utusan.com.my/berita/politik/video-rafizi-dedah-kekayaan-anak-anak-tun-mahathir-tular-1.463546


Video Rafizi dedah kekayaan anak-anak Tun Mahathir tular
30 Mac 2017 12:51 AM

41
KUALA LUMPUR 29 Mac – Rakaman video yang memaparkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didapati ditular serta dikongsi oleh beberapa laman web dan media sosial tempatan.



Dalam rakaman berdurasi selama 1 minit 15 saat itu, Rafizi dalam satu ceramah menceritakan mengenai kekayaan anak-anak Dr. Mahathir iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani yang turut tersenarai antara orang terkaya di Malaysia.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut mendakwa, anak-anak bekas Perdana Menteri itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” katanya yang dipetik daripada rakaman tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar rakaman video itu.

Rakaman itu turut dikongsi oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Facebook beliau dan blog www.pru14.tv, selain pernah disiarkan di dalam Buletin Utama TV3 beberapa hari lalu.

Pada 1 April ini akan berlangsung debat bertajuk Kekayaan Anak-anak Mahathir antara seorang lagi anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dengan bekas Pegawai Khasnya, Haris Che Mat.

Anonymous said...

BR1M yang di beri oleh Najib dari sumber yang di ragui dan di beri umpama memberi dedak. Almarhum sendiri mempersoalkan cara pemberian BR1M. Bagi syarat pulak mesti sokongan kerajaan kleptokrasi.

Jika PH menang BR1M terus di beri bukan sebagai dedak tapi hak rakyat yang bermaruah.

Ini kerana berbagai langkah mengatasi ketirisan dan keborosan diatasi dan dalam masa memulihkan pendapatan rakyat.. dapat lagi bantuan.

Sekarang rakyat dapat bantuan sebab pendapatan rakyat rendah dapat untuk menampung barang keperluan. Nanti rakyat dapat jugak tapi bukan lagi bantuan tapi bonus atau wang untuk berbelanja (makan angin). Di beri tanpa syarat.

Anonymous said...

http://www.azmykelanajaya.com/2017/09/video-rafizi-kekalkan-tuduhan-mahathir.html#.Wm68jqiWbIU

Video Rafizi Kekalkan Tuduhan Mahathir Mengaut Kekayaan Negara?

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dan anda boleh rujuk di dalam video di bawah.
Sehingga ke saat ini Rafizi tidak pernah menarik balik dakwaan yang dilemparkan olehnya di pentas ceramah pakatan rakyat.

Rafizi turut mendakwa, anak-anak Mahathir itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang, beliau menyerang dan menuduh Mahathir dengan pelbagai pertuduhan salah guna kuasa sehingga turut mengeluarkan sebuah buku semata-mata menuduh Mahathir bertanggungjawab terhadap kehilangan wang rakyat RM30 bilion melalui aktiviti perjudian forex Bank Negara. Sehingga artikel ini aakj tulis, Lim Kit Siang belum lagi menarik balik segala pertuduhannya selama ini terhadap Mahathir.

Malah paling hina, Anwar juga menyerang Mahathir di dalam isu duit rakyat hilang RM30 bilion sedangkan ketika beliau sebagai Menteri Kewangan, beliau mengaku tentang kerugian Bank Negara dan mempertahankan Mahathir. Bila Anwar dipecat dan menubuhkan parti politiknya sendiri, Anwar menyerang Mahathir berhubung skandal kehilangan duit rakyat yang bukan sedikit jumlahnya itu.

Rakyat boleh menilai ini sajalah maruah manusia yang menjadikan politik hanya semata-mata untuk memenuhi tembolok masing-masing. Rakyat hanya berada di bibir mereka ketika berceramah sahaja. Hakikatnya, merekalah haiwan politik yang mengamalkan politik haiwan - Keluarga dan kroni diutamakan, rakyat di pinggirkan.

Dan rakyat menunggu kenyataan terbaru Lim Kit Siang, Anwar dan Rafizi serta mana-mana pemimpin pakatan haran jadah terhadap semua pertuduhan mereka selama ini terhadap Mahathir. Manalah tahu apabila menyertai pembangkang maka Mahathir menjadi MAKSUM!

Anonymous said...

PASAL SKANDAL2 MAHTAHIR TU, ANWAR DAN RAFIZI KATA MEMANG ANWAR TERBABI.

SOALAN 1 UNTUK MACAI2 PAN PENJILAT TEGAR ROKET

TAKKAN ANWAR DAN RAFIZI BOHONG KOTTT. KORANG JUGAK KATA ANWAR N RAFIZI BERCAKAP BENAR

SOALAN 2

TAKKAN MINTA MAAF SAJA KOT. BAGI BALIK LA DUIT TU. ITU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT PH. ITU PUN KALAU ANWAR N RAFIZI CAKAP BENAR


SOALAN 3

ANAK TAUKE BEER TAU KA HALAL HARAM

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN DIATAS

PASAL SKANDAL2 MAHTAHIR TU, ANWAR DAN RAFIZI KATA MEMANG MAHATHIR TERBABIT.

SOALAN 1 UNTUK MACAI2 PAN PENJILAT TEGAR ROKET

TAKKAN ANWAR DAN RAFIZI BOHONG KOTTT. KORANG JUGAK KATA ANWAR N RAFIZI BERCAKAP BENAR

SOALAN 2

TAKKAN MINTA MAAF SAJA KOT. BAGI BALIK LA DUIT TU. ITU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT PH. ITU PUN KALAU ANWAR N RAFIZI CAKAP BENAR


SOALAN 3

ANAK TAUKE BEER TAU KA HALAL HARAM

Anonymous said...

orang yang dapat hidayah dan orang yang berharap sangat pada Allah tidak akan sesekali meninggalkan agama nya.

Orang yang menyanjung sangat pada seseorang kerana kedudukan dan ilmu nya, akan menjadi lemah dan hilang arah apabila orang yang memimpin nya menjadi cakap nya lain, buat nya lain.

Jika tidak mahu berlaku nya murtad, mereka yang di beri amanah oleh Allah perlu menjaga disiplin ilmu dan tingkah laku..

Anonymous said...


Dalam parti suci pun bercelaru. Sorang cakap macam ini, seorang lagi nafikan.

Kejap akan bekerjasama dengan UMNO. Besok nya, PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Kejap Allah yang menentukan siapa layak jadi PM. Sekor lagi kata, sudah tentu lah yang Hadi jadi PM.

Amanat Hadi lagi lah celaru..

Anonymous said...

1. sendiri dah jawab. Itu lah jawapan nya.

2. nak pulang macamana? Dakwa lah macam kes terowong..

3. itu soalan yang kena jawab ialah orang yang kena tuduh.

Jangan emosi sangat.. tau.

Anonymous said...

Bagi hang yg tak celaru adalah golongan anti Islam

https://www.ismaweb.net/2018/01/22/pemimpin-bersih-kata-al-quran-kitab-cetak-rompak-rasulullah-sesat-lapor-portal/

Pemimpin Bersih Kata Al-Quran Kitab Cetak Rompak, Rasulullah Sesat, Lapor Portal



BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ekstremis Kristian, Clement Chin menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak di mana 70 peratus isi kandungan yang dicedok daripada cerita-cerita lama sebelum kewujudan Islam, lapor menara.my.

Memetik tulisan ekstremis itu dalam laman Facebooknya, dia yang turut terbabit dalam himpunan Bersih mendakwa al-Quran telah berulang kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun bagi menjadikannya bermelodi dan mudah untuk dihafal.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran? Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70 peratus cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” tulis ekstremis itu yang dirangkaikan kepada seorang pengguna lain bernama Abdul Basit Abdul Azeez.

Memetik laporan menara, Clement yang terbabit mengedar Bible dengan memasukkan ke dalam laci meja di hotel-hotel ketika berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.

Ekstremis Kristian itu berkata, apa yang dilakukan umat Islam adalah tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.



“Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.

“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, ‘O Hubal, meninggilah’,” kata ekstremis itu.

Masih tidak berpuas hati, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas itu mempersoal pula penggunaan kalimah Allah, yang sememangnya hak mutlak milik umat Islam.

Clement menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.

“Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu”.

“Dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan Ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik, kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”

“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Makkah di mana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar,” katanya.

Anonymous said...

Parti Islam PAS memberi kebebasan bercakap kepada pemimpin dan ahli PAS untuk menyuarakan pendapat, masalah dan teguran dalam kerangka Islam. Perbezaan pendapat dalam PAS adalah satu kebaikan untuk PAS.

Inilah prinsip brainstorming untuk mendapat keputusan terbaik dalam kerangka Islam.

Malangnya barua-barua buruk kepala mencipta fitnah kononnya wujud kerjasama antara PAS dan parti keris sedangkan kerjasama yang wujud adalah diantara kerajaan PAS dan kerajaan BN bukan antara parti


Sebaliknya abang besar dan tuang punahsihat parti kafir harbi BiaDap mengamalkan pemerintahan berkuku besi di mana setiap pemimpin bawahan dan ahli BiaDap diwajibkan bersikap robot dan zombie yang mematuhi semua perintah abang besar dan tuang penasihat secara membabi buta.

Akibatnya, pemimpin-pemimpin dan kroni rejim BiaDap bebas melakukan 66 skandal yang amat merugijan rakyat. Contoh : Parti BiaDap mendakwa kos kertas kerja ialah RM300 juta sedangkan kos sebenar ialah lebih kurang RM80 juta sahaja. Wang baki RM220 juta masuk ke dalam poket siapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails