Monday, January 29, 2018

Mengundi Adalah Wajib. Kalau Parlimen Tergantung? -Presiden PAS

Hasil carian imej untuk kempen Undi rosak


PAS menentang keras kempen undi rosak yang menjadi tular di laman sosial dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama dan negara.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya untuk mengundi.

"Memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar, bermakna ia adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang Islam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks PAS Perlis di Kangar, semalam.

Beliau mengulas mengenai kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan 'ProtesPRU' yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai kemungkinan berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada pihak menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, Abdul Hadi berkata PAS akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi.

"Kalau berlaku (Parlimen tergantung) kita akan bergantung kepada parti yang kukuh dan teguh... yang mudah menerima agenda Islam," katanya.

Sabtu lalu, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata Parlimen tergantung tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.

Katanya jika keadaan itu berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat.
- Bernama



12 comments:

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...


Undi PH = Undi DAP
UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2018/01/22/pemimpin-bersih-kata-al-quran-kitab-cetak-rompak-rasulullah-sesat-lapor-portal/

Pemimpin Bersih Kata Al-Quran Kitab Cetak Rompak, Rasulullah Sesat, Lapor Portal



BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ekstremis Kristian, Clement Chin menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak di mana 70 peratus isi kandungan yang dicedok daripada cerita-cerita lama sebelum kewujudan Islam, lapor menara.my.

Memetik tulisan ekstremis itu dalam laman Facebooknya, dia yang turut terbabit dalam himpunan Bersih mendakwa al-Quran telah berulang kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun bagi menjadikannya bermelodi dan mudah untuk dihafal.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran? Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70 peratus cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” tulis ekstremis itu yang dirangkaikan kepada seorang pengguna lain bernama Abdul Basit Abdul Azeez.

Memetik laporan menara, Clement yang terbabit mengedar Bible dengan memasukkan ke dalam laci meja di hotel-hotel ketika berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.

Ekstremis Kristian itu berkata, apa yang dilakukan umat Islam adalah tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.



“Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.

“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, ‘O Hubal, meninggilah’,” kata ekstremis itu.

Masih tidak berpuas hati, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas itu mempersoal pula penggunaan kalimah Allah, yang sememangnya hak mutlak milik umat Islam.

Clement menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.

“Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu”.

“Dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan Ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik, kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”

“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Makkah di mana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar,” katanya.

Anonymous said...

Dan Haram hukum nya memberi undi pada pemimpin yang makan dan salah-guna duit rakyat.

Dan Haram juga hukumnya kerana memberi undi pada pemimpin yang menjadi calon kepada parti yang jual agama.

Dan haram mengundi calon yang terima dedak.. atau apa jua hadiah seperti 2 kereta mewah.

Dan haram memberi undi pada pada calon yang akan ponteng dan jadi pasu bunga. Dan hanya tahu berkecuali.

UNDI LAH PAKATAN HARAPAN DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH DAN YANG BERJUANG DEMI AGAMA DAN RAKYAT.

Anonymous said...

KATAKAN TIDAK KEPADA PH. UNDI PH UNDI DAP DAN DAP ANTI ISLAM

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

BADAN2 UGAMA, ISMA, PAS, JAMAAT TABLIGH, GPMS DIMUSUHI TETAPI ATHEIST DISANJUNGI

TOLAK PH. SAY NO TO PH

http://www.ismaweb.net/2017/11/29/apa-sudah-jadi-dengan-hanipa-maidin-pemimpin-parti-pan/

Apa Sudah Jadi Dengan Hanipa Maidin Pemimpin Parti PAN’
BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – “Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?”

Demikian persoalan dilontarkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berikutan kontroversi pemimpin parti PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berhubung isu membela ateisme.

Beliau turut berasa hairan dengan pendirian Hanipa sebelum ini, terutama ketika berada di dalam PAS, yang begitu lantang memperjuangkan hukuman bunuh ke atas umat Islam yang murtad.

Bagi, Dr Kamarul, Hanipa kini bukan sahaja tidak lagi berani memperkatakan mengenai kemurtadan anak muda Melayu atau penyebaran ateisme di kalangan mereka, malah mengatakan ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah bahawa ateisme dilindungi Perlembagaan Malaysia adalah menyimpang daripada fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.

“Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, menurut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.

“Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang,” katanya.

Mengimbau kembali suatu masa dahulu, Dr Kamarul berkata, ketika Hanipa masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an.

“Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membandingkan tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?

“Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.

“Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian,” katanya.

Anonymous said...

DIPETIK DARI WEBSITE ISMAWEB. ISMA ADALAH GERAKAN ISLAM MODERAT

https://v2.ismaweb.net/2015/02/puak-kafir-dalam-dap-janganlah-melampau-lampau/


Lagi-lagi mereka – puak-puak rasis dan ekstrem DAP – mempertikaikan cara hidup umat Islam.

Apakah kita bangsa Melayu dan umat Islam hendak didik anak-anak kita cara hidup Islam pun kena ikut apa kata puak-puak yang masih kafir itu?

Demikianlah betapa rasis dan ghairahnya puak-puak DAP sejak kebelakangan ini mahu menjadikan Islam mengikut acuan mereka, sedangkan yang memerintah negara ini adalah orang Islam.

Apa akan jadi kepada Islam sekiranya puak-puak kafir ini dibenarkan memerintah Malaysia? Boleh jadi masjid di seluruh negara tidak dibenarkan langsung melaungkan azan?

Boleh jadi mereka akan mengharamkan khutbah Jumaat atau teks khutbah itu mesti mendapat kelulusan puak-puak jahil dan sombong itu terlebih dahulu sebelum dibacakan?

Adakah si kafir seperti ini yang bangsa Melayu Islam dalam PAS dan PKR mahukan?

KAFIR???

Kenapa saya membahasakan mereka itu sebagai ‘kafir’?

Selama ini bangsa Melayu dan Islam di Malaysia merujuk orang selain Islam dengan panggilan ‘orang bukan Islam’ kerana mahu menjaga hati dan perasaan mereka atau dalam kata lain, orang Melayu kaya dengan budi bahasa. Jadi untuk menjaga hati dan perasaan mereka, kami tidak menggunakan perkataan ‘kafir’ agar mereka tidak tersinggung.

Namun, kita sajakah yang mahu menjaga hati mereka? Bagaimana pula dengan mereka? Hanya kerana ingin menjaga hati mereka kita sebagai umat Islam terlupa bahawa istilah yang tidak boleh ditukar dan sememangnya disebut berkali-kali dalam al-Quran ialah ‘kafir’, tiada yang lain kecuali kafir.

Dalam surah al-Fath ayat 26, Allah Taala berfirman yang bukan saja menyebut mereka itu orang kafir, malah menyebut juga sikap sombong dan angkuh yang ada dalam hati mereka. Firman Allah bermaksud: “(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang KAFIR itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam)…”.

Allah tidak berfirman “….ketika orang-orang yang bukan Islam….”.

Dan dalam surah At-Taubah ayar 123 Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang KAFIR musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu….”.

Lalu, puak-puak kafir inilah yang mahu umat Islam mendidik generasi Islam masa kini mengikut acuan jahiliah.

Kita berpesan kepada muda mudi Islam mengenai aurat dan cara berpakaian pun mereka masuk campur. Demikianlah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan teks khutbah yang bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’ dan dikeluarkan minggu lalu, lalu dikritik oleh EXCO Pulau Pinang daripada DAP, Chong Eng. Dia dilaporkan mendakwa bahawa penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘menghukum’ golongan itu atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada serangan seksual.

Jika puak-puak ini dibenar memerintah negara, mungkin wanita Islam dilarang memakai tudung, hijab atau purdah atau niqab. Sekarang ini pun sudah ada syarikat-syarikat milik puak-puak seperti ini yang enggan mengambil wanita Islam bertudung, apa lagi berhijab, bekerja di firma mereka.

Lihatlah betapa rasisnya mereka. Tetapi mereka menuduh pula umat Islam yang mempertahankan agama sendiri daripada gangguan mereka sebagai rasis dan ekstrem.

Anonymous said...

HUJAH2 ISMAWEB SUDAH MAMPU MEN-JAM-KAN SELURUH HUJAH2 PH TERUTAMA GOLONGAN - PAN-CHO-CHAI

Anonymous said...

Takde sapa nk peduli saranan hadi bewang tu,kesian sungguh lebai malang kena kencing!

_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

Ano January 29, 2018 at 5:22 PM

Komen lu orang sudah tak peduli. He he he. tak ada hujah & bodoh..
he he he

Anonymous said...

KEMPEN UNDI ROSAK ADALAH TIPU MUSLIHAT MUSUH ISLAM UNTUK MENGURANGKAN UNDI UMAT ISLAM DALAM PRU14 SUPAYA PARTI KAFIR MENCAPAI KEJAYAAN BESAR DAN PARTI ISLAM DAN PARTI PIMPINAN MELAYU ISLAM BOLEH DIKALAHKAN DENGAN MUDAH !

SIAPA RUGI, SIAPA UNTUNG?

Anonymous said...

Jumlah anak-anak muda Cina mendaftar undi lebih ramai dari anak muda Melayu.

Dah lah jumlah anak muda Melayu sikit, undi protes pulak dengan undi rosak.

Bila kerusi Wakil Cina ramai.. tuduh pulak macam-macam.. anti kafir lah.. barua DAP lah..

Cakap kat Lobai Hadi, yang wajib itu pada yang daftar... yang tak daftar tak wajib sebab tak ada kesalahan mengikut undang-undang.

Mungkin kena buat undang-undang kasi Rotan laah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails