Wednesday, January 31, 2018

Kes Ridhuan, Perlu Selesai Ikut Islam. -Ust Dr(H) Mohd Ali Jamil.



DEWAN Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) merasa terpanggil berkongsi rasa prihatin dan bimbang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Dalam hal ini, DUPWP tidak berhasrat mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang telah menetapkan keputusan tersebut. Cuma, sebagaimana banyaknya pandangan yang dikemukakan pada hari ini, timbul kebimbangan bahawa kes ini akan menjadi rujukan di masa akan datang. Ia bakal menjadi polemik yang mengeruhkan keharmonian agama dan perpaduan kaum di negara ini.
Dalam konteks negara ini, Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Bahkan Mahkamah Syariah pindaan pada Perlembagaan Persekutuan 1988 dengan memasukkan perenggan 1A Perkara 121 di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Bagaimana umat Islam yang mengikuti perkembangan kes ini boleh berdiam diri dari memberi pandangan bahawa kedudukan perenggan 1A Perkara 121 seperti tidak terpakai dalam kes yang berlaku semalam. Semangat yang terkandung dalam Perenggan 1A Perkara 121 adalah tidak lain bagi memelihara umat Islam di negara ini serta mengangkat kedudukan agama Islam di negara ini. 

Dalam maksud yang lain, kedudukan Mahkamah Sivil tidak dipertikaikan, tetapi dalam masa yang sama kedudukan Mahkamah Syariah perlu dijulang dan dihormati sebaiknya. Bagaimana nantinya kes ini berpanjangan dengan banyak lagi tuntutan dari pelbagai pihak yang akhirnya jika kes ini dirujuk, ia akan menyebabkan kerugian dan kekalahan kepada umat Islam. Ia menjadi ketakutan kepada ibu bapa yang mahu memeluk Islam, kerana bimbang kehilangan hak terhadap anak-anak, serta tidak mempunyai kuasa untuk membawa anak-anak bersama memeluk Islam. 

Dalam konteks dakwah, keputusan ini membantutkan hasrat murni mereka yang mahu memeluk Islam kerana bimbang halangan dan kehilangan terhadap keluarga, isteri dan anak-anak.

Justeru, DUPWP mengharapkan campurtangan kerajaan dengan memastikan polemik ini tidak berpanjangan dengan penyelesaian terbaik untuk umat Islam. Kita tidak mahu Islam dipandang hina, diperlekeh dan direndahkan sehingga ianya tidak ada nilai dalam sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam. 
UST DR (H) MOHD ALI JAMIL
Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan 


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

Anonymous said...

YG GEMBIRA DALAM HAL NI ADALAH PAKATAN HARAPAN. BAGAIMANA PKR MELALUI NURUL IZZAH ADALAH PRO MURTAD SEPERTI YG DIDEDAHKAN OLEH CHE DET

http://pakdin.my/bebas-pilih-agama-kenyataan-bodoh-melampau-tun-mahathir/

Bebas Pilih Agama… Kenyataan Bodoh, Melampau – Tun Mahathir
Posted onMonday, November 12, 2012 -11-12 10:18:42'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orangbukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampaitiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lainnak tukar mereka punya hal lah.

“Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat Ahad.

Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Anonymous said...

DAP PULA MENYOKONG ORANG ISLAM UNTUK MURTAD

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

PAN PULA AMAT MEMIHAK KEPADA GOLONGAN YG TAK PERCAYA TUHAN

http://www.ismaweb.net/2017/11/29/apa-sudah-jadi-dengan-hanipa-maidin-pemimpin-parti-pan/
‘Apa Sudah Jadi Dengan Hanipa Maidin Pemimpin Parti PAN’
BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – “Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?”

Demikian persoalan dilontarkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berikutan kontroversi pemimpin parti PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berhubung isu membela ateisme.

Beliau turut berasa hairan dengan pendirian Hanipa sebelum ini, terutama ketika berada di dalam PAS, yang begitu lantang memperjuangkan hukuman bunuh ke atas umat Islam yang murtad.

Bagi, Dr Kamarul, Hanipa kini bukan sahaja tidak lagi berani memperkatakan mengenai kemurtadan anak muda Melayu atau penyebaran ateisme di kalangan mereka, malah mengatakan ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah bahawa ateisme dilindungi Perlembagaan Malaysia adalah menyimpang daripada fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.

“Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, menurut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.

“Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang,” katanya.

Mengimbau kembali suatu masa dahulu, Dr Kamarul berkata, ketika Hanipa masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an.

“Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membandingkan tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?

“Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.

“Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian,” katanya.

Anonymous said...

TOLAK PH DEMI MENJAGA AKIDAH ANDA. KENYATAAN2 DIATAS MENUNJUKKAN BAHAWA PH ADALAH MESRA MURTAD

Anonymous said...

Hanya Badan2 Islam, NGO2 Islam, Isma, PAS dan Jamaat Tabligh perihatin dalam isu ini.

PAN (Berserta Abim, Ikram dan Wadah) kirim salamlah. Nanti mengamuk pulak Abuya Abu Jahal yg Bersemayam di Penang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails