Saturday, February 03, 2018

Di S'pura Sandwic Tiada Babi, Tapi Tiada Sijil Halal – Amaran MUIS




UMAT Islam dari Malaysia yang berkunjung ke Singapura dinasihatkan agar tidak membeli roti sandwic dijual di puluhan restoran popular antarabangsa Subway di republik itu.

Menurut laporan agensi berita tempatan MediaCorp, premis makan segera itu yang terkenal dengan pelbagai jenis sandwich bagaimanapun “sudah menunjukkan minat untuk mendapatkan pensijilan halal bagi cawangannya”.
Demikian pengesahan daripada pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi catatan dalam laman Twitter kendaliannya, HalalSG kelmarin sebagai penjelasan kepada kemusykilan masyarakat Islam dari luar negara.
Namun agensi berkenaan menyatakan bahawa pihaknya sudahpun mengadakan “beberapa rundingan” dengan pengurusan Subway Singapura “untuk membantu restoran tersebut untuk membuat persediaan sewajarnya”.
Justeru, MUIS menambah, setakat ini pihaknya “masih belum menerima sebarang permohonan bagi sijil halal daripada Subway” dan memberi peringatan kepada masyarakat Islam supaya membuat pertimbangan sendiri.
Ini termasuk mengelakkan daripada membeli makanan dijual di Subway walaupun sekadar menikmati beraneka sandwic tanpa hidangan daging lembu atau ayam yang dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.
Menjawab soalan MediaCorp, Subway tampaknya enggan memberikan jawapan pasti. Ia setakat menyatakan: “Buat masa ini 60 cawangan kami tidak jual daging babi. Terus ikuti perkembangan Subway di Facebook dan laman kami.”
Pada Rabu lalu, Subway juga memuat naik senarai cawangan restorannya yang tidak lagi menjual daging babi. Ini termasuk di cawangan Bugis Junction, Causeway Point, Punggol Plaza, Downtown East dan Jurong Point.
Tinjauan MediaCorp melalui platform media sosial tempatan mendapati, Subway Singapura mengalu-alukan ramai anggota masyarakat Melayu/Islam namun tidak pula memaparkan maklumat mengenai pensijilan halal MUIS.
Seorang netizen menggunakan nama Erma Hirwan dengan nada tanda tanya menyatakan: “Adakah ini bermakna kita tidak perlu lagi seberang ke Johor Bahru untuk menikmati Subway setelah ia halal (di sini)?”
Seorang lagi pengguna siber tempatan dengan nama El Chico Bueno, pula melahirkan rasa gembiranya jika pihak Subway berjaya memohon sijil halal: “Yay! Akhirnya saya boleh makan Subway di Singapura.”
Meskipun ramai yang menyambut baik pengumuman itu, terdapat sebahagian masyarakat meluahkan rasa tidak setuju dengan perubahan tersebut kerana ia bermakna menu tertentu yang disediakan Subway akan dimansuh.
Hidangan terbabit yang lazimnya mengandungi babi atau haiwan ternakan tidak disembelih mengikut hukum syarak bakal digantikan dengan daging halal sebagai memenuhi keperluan syarat ketat MUIS.
Ling Chua, meninggalkan komen di laman Facebok Subway dan berkata: “Nampaknya saya perlu berhenti menjadi pelanggan di cawangan (Subway) Toa Payoh. Sanwic kegemaran saya ialah Italian BMT. Selamat tinggal Subway!
Seorang lagi warga siber bukan Islam, Victor Ling yang marah dengan langkah pihak pengurusan restoran itu berkata: “Tiba masanya untuk kita memboikot Subway. Saya gemarkan daging babi.”
Di tengah-tengah perbahasan hangat tentang sama ada Subway perlu mendapatkan sijil halal atau tidak, terdapat juga saranan yang menyatakan bahawa ia boleh mewujudkan sebahagian restoran dengan sijil halal.
Manakala sebahagian cawangan yang lain masih lagi kekal tanpa sijil halal dikeluarkan MUIS. Ini supaya ia dapat memenuhi keinginan dan cita rasa pelbagai pelanggan majmuk di Singapura.
Sekiranya Subway meneruskan rancangannya tersebut, ini bermakna ia akan menjadi restoran halal sepenuhnya setelah sekitar 12 tahun bertapak di Singapura. (IH/Agensi)

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails