Monday, January 29, 2018

7 Peminat Bola Sepak Ditembak Mati. Bahaya Dadah Arak?


Gambar tragedi pembunuhan tersebut.

SUKAN 

MONTERREY: Sekurang-kurangnya tujuh orang yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah rumah di Monterrey, sebuah hab perindustrian di timur laut Mexico, maut ditembak.
Sumber berkata insiden terbaharu itu menambah angka pembunuhan membabitkan penonton pertandingan bola sepak di negara terbabit yang mencatatkan 25,000 kematian tahun lalu.
Ia mencecah rekod tertinggi dalam tempoh dua dekad.
Dalam serangan itu, empat penyerang bersenjata memakai hud memasuki rumah di bandar raya itu dan mengancam 20 orang yang sedang menonton perlawanan bola sepak, kata sumber di pejabat pendakwa raya.
Sebahagiannya diarah ke bilik air dan ditembak, kata sumber yang memetik kenyataan saksi.
Seperti kebanyakan daerah lain di Mexico, Monterrey berhadapan keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun ini.
Pada 2006, kerajaan melancarkan operasi antidadah yang disifatkan pengkritik cuma membawa kepada lebih banyak pembunuhan dan serangan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan seperti kebanyakan daerah lain di Mexico, Monterrey berhadapan keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun ini. Pada 2006, kerajaan melancarkan operasi antidadah yang disifatkan pengkritik cuma membawa kepada lebih banyak pembunuhan dan serangan.
Kerana itulah Islam dari dulu mengharamkan arak yang memabukkan. Dadah termasuk sebahagian daripada arak.

1 comment:

ted manoff said...

Betullah apa yg ibnu tulis tuu..yg nii saya sokong tulisan ibnu..mexico mmg terkenal dgn jenayah dadah dn mereka juga ada buat video2 utk bunuh mangsa..sama2 kita ambil ikhtibar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails