Wednesday, January 31, 2018

Kami Di K'tan Bersedia Untuk Berlawan.. -Datuk Mohd Amar.

Pas tidak bimbang berdepan Amanah dan PKR di Kelantan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS bersedia menentang mana-mana parti yang cuba merampas kerusi di Kelantan. Foto: Astro AWANI/SHAHIR OMAR

KOTA BHARU: Pas Kelantan tidak bimbang untuk berdepan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat untuk bertanding di hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Kelantan. 


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas bersedia menentang mana-mana parti yang cuba merampas kerusi di negeri itu. 

"Kami di Kelantan bersedia untuk berlawan dengan mana-mana parti. Tidak kira dua atau tiga penjuru, kami tetap bersedia untuk menghadap mereka," katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.. 

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut memaklumkan akan menentang calon dari PKR yang berhasrat untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen dan DUN Kelantan. 

Walaupun baru-baru ini Pas Kelantan menyambung dan melantik Ahli Majlis Daerah dari pimpinan PKR kawasan dan seorang penyelia DUN Ketereh, PAS tetap akan berdepan dengan PKR sekiranya mereka meletakkan calon dari parti tersebut. 

Sebelum ini, Pakatan Harapan terutamanya Amanah dan PKR menyatakan hasrat untuk bertanding di hampir kesemua kawasan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails