Monday, January 29, 2018

14 Resolusi Sidang Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis.



PUTRAJAYA: Berikut adalah Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis yang diadakan di sini, selama dua hari bermula semalam.

1. Merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas penganjuran persidangan sebagai satu keprihatinan kepada Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa yang berdepan pelbagai ancaman kesan keputusan Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan Presidennya, yang mengiktiraf Al-Quds sebagai ibu negara Zionis.

2. Mengecam keganasan dan tindakan melampau Zionis yang menahan dan menyekat ulama Palestin untuk hadir ke persidangan ini. Negara Islam diseru menganjurkan pelbagai persidangan dan perjumpaan untuk membantuAl-Quds, Masjid Al-Aqsa serta penduduk Palestin sebagaimana dilakukan Malaysia.

3. Menzahirkan penolakan terhadap kenyataan Presiden AS yang diibaratkan seperti menjolok sarang tebuan dan bertegas bahawa Al-Quds adalah ibu negara Palestin dan ia adalah hak seluruh umat Islam. Persidangan juga bertegas ke atas kenyataan ini kerana ia bukan sahaja tidak patuh syariat, bahkan melanggar undang-undang serta bercanggah dengan perjanjian dan perundangan antarabangsa kerana ia adalah perjanjian daripada pihak yang tidak berautoriti.

4. Menghargai pendirian jumhur ulama yang membantah kenyataan Presiden AS berkenaan isu Al-Quds. Persidangan juga menggesa seluruh negara Islam meneruskan pendirian mereka untuk terus melakukan penentangan.


5. Menegaskan bahawa haram bersekongkol dengan sebarang usaha yang dibentuk dengan kerajaan Zionis sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pengetahuan dan juga media, secara langsung mahu pun tidak. Persidangan menyeru untuk memutuskan segera sebarang bentuk hubungan yang wujud secara langsung dengan kerajaan Zionis atau pihak yang ada kaitan dengan Zionis di pelbagai peringkat, sama ada bidang politik atau ekonomi. Persidangan menyeru untuk menyenaraikan mana-mana individu dan organisasi yang mendapat sebarang bentuk bantuan daripada Zionis, seterusnya memberi amaran kepada mereka serta memutuskan hubungan dengan mereka.

6. Memberi perhatian penuh terhadap Memorandum Ulama Dunia dalam berhadapan dengan neutralisasi secara holistik. Persidangan juga menyeru para ulama, ahli politik dan pihak yang berautoriti supaya memberi perhatian dan komitmen dari sudut pemikiran, budaya dan pendidikan, selain menggesa biro pelaksanaan dibentuk bagi tujuan memboikot neutralisasi hubungan Zionis dengan negara Islam.

7. Menuntut pihak berkuasa Palestin agar bersatu-padu dengan gerakan pembebasan dan menghentikan segala bentuk hubungan dan perjanjian antara rejim Zionis dan pentadbiranAS.

8. Menggesa negara Islam supaya bersatu-padu dalam memperkasakan ruang perdagangan dan ekonomi, antaranya menyokong projek wakaf, penempatan, pendidikan dan aktiviti lain.

9. Menghargai usaha yang dilakukan antara Malaysia-Turki dengan institusi Al-Quds dalam penganjuran pelbagai persidangan ke arah memperkukuh usahasama dengan seluruh negara Islam dari segala aspek termasuk sosial, ekonomi, kebudayaan, agama dan sebagainya.

10. Memberi penghormatan kepada saudara Islam di Palestin yang melaksanakan kawalan di Al-Quds dan Al-Aqsa, serta kepada para mujahidin di Palestin. Persidangan juga menzahirkan rasa hormat kepada para tahanan khususnya kepada keluarga AsySheikh Raid Solah yang berada dalam tahanan rejim Zionis. Persidangan menegaskan bahawa para ulama dan pendakwah berdiri dalam satu saf bersama dengan mereka dalam menghadapi rejim Zionis sehingga mencapai kemenangan dan pembebasan dengan izin Allah.

11. Persidangan juga menolak sebarang perjanjian termasuk Perjanjian Oslo dan persepakatan lain yang tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.

12. Menyeru sektor pendidikan di setiap negara untuk menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran, serta dibantu oleh saluran penerangan secara holistik dalam mempertingkatkan kesedaran mengenai Al-Quds.

13. Mencadangkan 2018 diisytihar sebagai Tahun Al-Quds dan menyeru umat Islammenyediakan pelan tindakan untuk membebaskan Palestin melalui pembentukan jawatankuasa bersama antara badan ulama dan institusi mereka bagi melaksanakan pelan berkenaan secara menyeluruh.

14. Menyeru agar dilancarkan program di bawah anjuran para ulama untuk memberikan kesedaran sehingga terbebasnya Palestin di arena tempatan dan antarabangsa. Persidangan juga menyeru supaya satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk memastikan segala tindakan dan keputusan ini dapat dijalankan. (IH)


5 comments:

Anonymous said...

Woi ibenu! Mahkamah putuskan bahwa adik beradik yg peluk islam tk sah, dimana hadi bewang? Kenapa tk buat demo dn ketah unit amal utk berguling dpn mahkahmah! Jilake ibenu!!



_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

di baitul maqdis depa berjuang sehingga mati. di malaysia kita bantu mereka dengan FESTIVAL AQSA. hebat ular mak

Anonymous said...

Woi barua dedak cap roket, mengapa kamu sibuk tanya orang lain sedangkan kamu dan abang besar roket kamu belum lagi buat demo dan kerah barua-barua dedak cap roket berguling atas highway depan mahkamah. Cilaka lu !

Walk the talk man !

Anonymous said...

Wah anjing kurap 9:37pm ternakan abang besar dan tuang punahsihat parti kafir harbi DA-Pig sudah kenyang makan dedak rejim pengganas Israel bersama abang besar dan tuang punahsihat DA-Pig.

Sebab itulah anjing-anjing buruk kepala bercawat ekor ternakan rejim pengganas Israel sibuk menyalak menghina ulama Islam dan usaha membela rakyat Palestin yang sedang ditindas, dirompak dan dibunuh oleh pengganas Yahudi Zionis.

Jika Hitler masih hidup, sudah pasti anjing kurap ini , abang besar dan tuang punahsihat akan menjilat kaki Hitler.

Ptuii !

Anonymous said...

PERSAMAAN ANTARA REJIM PENGGANAS ISRAEL DAN REJIM BIADAPIG:

(1) Melaksanakan penghapusan etnik di Palestin dan di PP.

(2) Sibuk mencipta fitnah untuk memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan umat Islam di Palestin dan Msia sedangkan rejim pengganas Israel dan rejim Biadapig adalah kepala bapak pendusta, pembohong, kakikencing dan penyamun.

(3) Terlibat dalam pelbagai skandal rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin dan kroni rejim.

(4) Menindas dan merobohkan perkampungan Palestin dan Melayu Islam dengan menggunakan alasan 'pembangunan' konon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails