Monday, September 04, 2017

PPBM, PAN, Parti Tumpang Semangkuk, Kerana Itu.. -Datuk Dr Puad Zarkashi



TAK perlu cerdik pandai untuk buat kesimpulan bahawa apa yang berlaku dalam PKR semenjak dua menjak ini kerana dua parti yang ditubuhkan oleh pembangkang untuk menarik sokongan Melayu/Islam gagal berbuat demikian.
PAN dan PPBM yang sebelum ini diharap untuk menggantikan peranan PAS menarik sokongan kepada Pakatan Harapan gagal berbuat demikian, bahkan hanya dianggap 'parti tumpang semangkuk' menyebabkan sebahagian pemimpin PKR yang realistik masih berat hari nak lepaskan PAS.
Menurut Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi tujuan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengadakan rundingan 'pintu belakang' dengan PAS kerana ia menyindir PPBM dan PAN bahawa mereka tidak semampu PAS untuk menarik sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan.
"PPBM dan PAN hanyalah parti tumpang semangkuk,"ujar beliau dalam satu kenyataan yang diterima Agendadaily.
Jelas Puad, walaupun Azmin akur keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menolak kerjasama dengan PAS, tetapi surat terbuka Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada   27 Ogos lalu telah melebarkan perang saudara antara dua kelompok besar dan berpengaruh dalam PKR.
Katanya, krisis tersebut mendedahkan betapa takutnya PKR kepada pertandingan tiga penjuru.
"Pada pandangan kumpulan Azmin, Selangor first national second. Tetapi Rafizi menuduh, Azmin mahu menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar,"katanya.
Rafizi sebelum ini mendedahkan antara pemimpin PKR yang setuju berunding dengan PAS selain Azmin, ialah N Surendran, Xavier Jeyakumar, Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Kamaruddin Jaafar dan Saifuddin Abdullah.
Manakala kumpulan yang tidak bersetuju adalah Saifuddin Nasution, Johari Abdul, Fariz Musa dan Nik Nazmi.
Menurut Puad, kumpulan Azmin nampak lebih kuat tapi kelebihan kumpulan Rafizi ialah mereka lebih dipercayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Anwar mendakwa dia merestui perbincangan pintu belakang Azmin bersama PAS.
"Lagi pun Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sudah tentu memihak kepada kumpulan Rafizi sebab Azmin sebagai Menteri Besar sering membelakangkan pucuk kepimpinan PKR dalam membuat dasar di Selangor,"katanya.
Krisis dalam PKR ini merisaukan beberapa pihak yang pro pembangkang termasuk bekas Pengerusi Himpunan Bersih 2 Datuk S.Ambiga.


Hasil carian imej untuk gusti DAP/pas
Hasil carian imej untuk gusti DAP/pas
Setelah letih membantu Pakatan Harapan untuk mensabotaj kerajaan melalui lima kali perhimpunan BERSIH, sudah tentu Ambiga merasakan sumbangan mereka adalah sia sia kerana perang saudara berterusan dalam PKR.
"Pembangkang mengharapkan pilihanraya diadakan awal. Kekuatan Pakatan Harapan ialah (pandai) berbohong... mereka sedar pembohongan tidak boleh bertahan lama. Lama kelamaaan apabila dakwaan mereka tidak boleh dipertahankan dan dibuktikan maka rakyat akan  mempersoalkan kredibiliti pembangkang,"ujar Puad.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah yang betul iaitu tidak memperdulikan politik persepsi pembangkang dan terus berusaha menempa kejayaan negara dalam pelbagai bidang.
"Sebaliknya pihak pembangkang semakin penat berbohong. Pembohongan mereka makan diri. Sebab itu PAS meninggalkan Pakatan. Sebab itu PPBM dan PAN tidak mendapat sambutan. Sebab itu hingga ke hari ini parti berkenaan tidak berani memgumumkan jumlah sebenar keahlian mereka.
"Natijahnya, kerana kehabisan modal untuk berbohong dan ulang tayang pembohongan yang tidak lagi laku, perang saudara bukan sahaja berlaku dalam PKR tetapi sedang merebak ke dalam DAP, PAN dan PPBM. Kesudahannya perang saudara dalam Pakatan Harapan. Jangan hairan, DAP akan mengambil jalan sendiri di PRU ke 14 nanti,"katanya. (4/9/2017 AD)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

2 comments:

Anonymous said...

JOM....KITA TUKAQ
UMNO DAN PECINTA UMNO KITA HUMBAN JAUH2.
INI KALI LAH....

Anonymous said...

Hidup PAN

Ini KaLIPAN

Hei hei hei FOOK U

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails