Wednesday, September 06, 2017

Pensyarah UTeM Direman 5 Hari Salahguna Kuasa RM52,000?



Pasangan tersebut dibawa keluar dari mahkamah selepas tahanan reman ke atasnya dibenarkan hari ini.

MELAKA - Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000.

Perintah reman ke atas suspek yang juga berusia 35 tahun dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh Melaka, Analia Kamaruddin. 
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas dua suspek tersebut di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 11.05 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Kedua-dua suspek yang masing-masing memegang jawatan sebagai pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan kira-kira pukul 2 petang semalam.
Penahanan pasangan itu dibuat selepas disyaki telah menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 hingga Jun 2016. - K! ONLINE
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails