Sunday, September 03, 2017

Myanmar, 2.600 Kediaman Di Rakhine Dibakar.



PINGGAN MANGKUK pecah dilihat di sebuah rumah yang hangus dibakar di perkampungan Islam Myo Thu Gyi dekat bandar Maungdaw, utara Rakhine pada 31 Ogos lalu.-AFP

RAKHIne, mYANMAR – Lebih 2,600 buah rumah di negeri Rakhine, barat laut Myanmar yang didiami penduduk Islam Rohingya rentung akibat dibakar.
Situasi itu disifatkan keganasan terburuk melibatkan etnik Rohingya dalam tempoh beberapa dekad.
Kira-kira 58,600 penduduk Rohingya melarikan diri daripada keganasan di Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh, demikian menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Pegawai-pegawai Myanmar menuduh pemberontak Rohingya yang dikenali sebagai Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) bertanggungjawab membakar kediaman penduduk awam itu.
ARSA mengaku menyerang lebih 30 pos polis dan sebuah pangkalan tentera pada minggu lalu sekali yang mencetuskan serangan balas tentera Myanmar.
Namun, pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berkata, tentera Myanmar melakukan pembakaran dan pembunuhan untuk memaksa mereka keluar dari negara itu.
Penindasan terhadap kira-kira 1.1 juta etnik minoriti Rohingya merupakan cabaran paling besar kepada pemimpin Myanmar, Aung San Su Kyi.
Barat menuduh Su Kyi gagal membela nasib etnik minoriti tersebut. – Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails