Wednesday, September 06, 2017

'Saya Bertanggungjawab' Rugi BNM Itu -Nor Mohamed Yakcop


Hasil carian imej untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

PUTRAJAYA –  Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini berkata memang berlaku kerugian urus niaga mata wang pada tahun 1986 sehingga 1993.

Katanya kesilapan telah berlaku tetapi BNM telah mendapat pengajaran daripada pengalaman pahit itu dan pengajaran itu terbukti amat penting dalam membantu menggubal dasar-dasar untuk mempertahankan negara daripada serangan terhadap mata wang dalam Krisis Kewangan Asia 1997/1998, menyelamatkan ratusan bilion Ringgit wang negara dan jika tidak sudah pasti hilang.

Nor Mohamed, 70, yang menyertai BNM pada September 1968 dan dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus Jabatan Perbankan dua tahun selepas itu, berkata beliau tidak pernah pada bila-bila masa di antara 1986 dan 1993 ada berbincang dengan menteri kewangan dan perdana menteri mengenai transaksi tukaran asing Bank Negara.
Beliau bagaimanapun tidak ingat jumlah kerugian atau keuntungan dalam transaksi urus niaga mata wang pada tahun berkenaan.
“Memang tidak dinafikan. Juga tidak boleh dinafikan saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang. Saya terima hakikat saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang dan telah meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia.
“Pada ketika itu, pada saya ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan dalam khidmat saya selama 25 tahun kepada negara, menerusi Bank Negara Malaysia,”katanya dalam kenyataan saksi pada hari kelima prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang atau forex dialami Bank Negara pada 1990-an.
Nor Mohamed berkata perkara paling penting adalah pengalaman bertahun-tahun di unit forex telah terbukti amat berguna kemudiannya dalam menyelamatkan Malaysia daripada kesan teruk krisis kewangan pada 1997/1998, jika tidak tentunya mengakibatkan kerugian bernilai berbilion Ringgit Malaysia. – BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails