Thursday, September 07, 2017

Perang Besar Rafizi Lwn Latheefa, Namun Azmin Kusai Pusingan..


Alamak...ayam sabung PKR bergasak saling londeh dan sela

LAWAK memang lawak.Ini bukan fitnah atau cerita yang dicpita oleh Barisan Nasional untuk conteng arang dimuka puak pembangkang. Satu Malaysia tengah syok menyaksikan gelanggang saling londeh dan selak yang dibuka oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ahli Majlis Pimpinan PKR Latheefa Koya.

Kedua mereka dikenali sebagai ayam sabung PKR - seorang pengatur segala macam strategi parti dan seorang lagi kaki bercakap. Dengar cerita kalangan orang PKR sendiri jenuh cari lubang cacing untuk sorok muka kerana malu dengan cerita pertikaian terbuka antara mereka berdua.

Siapa sangka masih ada dendam yang membara dan belum beres antara orang besar PKR gara-gara gerakan ' Langkah Kajang' pada tahun 2014 yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kena tendang oleh partinya sendiri.

Ingat lagi semasa episod itu bermula semua pimpinan PKR nampak seolah bersatu hati membuat kenyataan yang indah-indah belaka untuk 'mengsucikan' gerakan itu dimana Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail diletak bertanding dalam pilihanraya kecil di Kajang.

Ini selepas wakil rakyat masa itu Lee Chin Cheh letak jawatan untuk beri laluan dengan rancangan asal untuk untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar tidak boleh bertanding kerana ada kaitan dengan kes liwat di mahkamah dan akhirnya Wan Azizah jadi bidan terjun bertanding.

Bagaimanapun langkah itu kantoi bila Istana Selangor menolak pencalonan Wan Azizah dan bulan jatuh ke riba Datuk Seri Azmin Ali yang kemudiannya dilantik ke jawatan itu.

Langkah Kajang dikatakan satu kesilapan besar PKR kerana ia bukan saja mencetuskan pertikaian dalaman malah ia menjadi punca utama keretakan hubungan dengan PAS yang menentang usaha singkir Khalid. Arkitek Langkah Kajang tidak lain tidak bukan ialah Rafizi.

Semua orang PKR tahu Rafizi dan Latheefa Koya selalu berlaga angin dan tidak dalam satu kem. Latheefa Koya juga diketahui adalah penyokong Azmin manakala Rafizi tidak.

Aneh..tapi ini cerita benar. Ramai pemerhati politik yang hairan melihat gelagat Rafizi yang kebelakangan ini galak membuat kenyataan panjang yang mendedahkan pekong dalam parti itu ekoran kehangatan isu usaha Azmin hendak terus berunding mengurat kerjasama PAS.

Rafizi nampak tidak gemar usaha itu dan mau satu kongres khas adakan bagi membolehkan ahli parti membuat keputusan rasmi mengenainya. Ini dikatakan mendorong Anwar ' muncul dari penjara' membuat kenyataan mengakui beliau yang meminta Azmin menerajui usaha itu untuk elak pertandingan tiga penjuru masa PRU14.

Isu tidak berhenti di situ. Bekas bos Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan turut masuk daun komen kata beliau bimbang pada kemungkinan pertandingan tiga penjuru. Rafizi telah bikin Latheefa Koya angin satu badan bila mendakwa Ambiga ada main peranan dalam usaha singkir Khalid.

Khamis... Latheefa Koya  tembak Rafizi kaw-kaw menerusi tulisan di laman facebooknya. Membaca tulisanya mendedahkan bagaimana cacamarba pergelutan dalaman PKR semasa Langkah Kajang.

Jika betul dakwaannya...kita boleh faham mengapa PAS cukup marah dengan Langkah Kajang yang membawa keretakan hubungan. Kini semua orang tunggu apa pula jawapan Rafizi pada dakwaan itu yang gambarkan strateginya Langkah Kajang bukan saja kamtoi tetapi pencetus pelbagai masalah dalaman.

BERIKUT IALAH TULISAN LATHEEFA KOYA: 

I restrained myself from speaking so as not to have public spats. But this boy, sticking to the true Ponorogo strategy continues to issue press statements in total breach of party discipline & damaging the party everywhere- he's been getting primetime news in tv3 for the whole of last week.

No political party can tolerate this kind of destructive element within the party. 
I have now decided to reveal the truth about this fellow. Here's some truths Malaysians didnt know.

Episode 1: 
Kajang Move- OOPS I DIDNT THINK OF THAT! This budak geng ponorogo is a deceiver.

Yes- the architect of the fatal kajang move is now trying push the blame on people like Ambiga who had opposed it then.

He can't fool me- I was there throughout the whole sorry episode.

Why did Kajang Move happen? - because he wanted to make sure Azmin Ali who was then already an Adun would not be MB. We could have avoided the terrible mess that happened bcoz of it, and

Anwar would have been still with us now, if not for his Kajang move.

Instead he and his sidekick secretly planned it all, none of this was ever brought for approval to party meeting. Even the political bureau knew nothing of it! They convinced Anwar that both parties ie

DAP and PAS have agreed. When in fact PAS had never agreed! His sidekick went to Kelantan and claimed to have gotten the blessings from Nik Aziz. In fact, Nik Aziz had asked for a dossier with all the details as to why TSKI must be removed be given to him. Instead, this joker and his sidekick decided to go on a roadshow with the dossier. For this his sidekick was sued and had to pathetically apologise in court!

But one thing for sure- PAS's President Hadi never agreed. What did this budak do then? He immediately revealed that prior to GE-13, Hadi never wanted Anwar Ibrahim as PM and that in fact Hadi wanted KuLi.

This so-called revelation was unnecessary, infuriated Hadi. This was the beginning of bad blood between Pas and Rafizi.

A small public forum was held - at UBU. Pro Kajang Move people and anti Kajang Move, like PSM fellas were there. Although we didnt agree, in true spirit of comradeship, we went there in solidairty for him. He cldnt convince the critical crowd and shed tears. After that, we went to bangsar for tea at Devi's corner.

There I asked him- hey what if DSAI is convicted (because during that time, prosecution's appeal against anwar's case was still being fixed for case management). You know what his answer was? "OOPS I DIDNT THINK OF THAT!" Will he now deny saying that to me??!
At that time, Ambiga had openly criticised the Kajang Move and strongly advised against it. Rafizi then pretended to apologise publicly and claimed he will explain to the public. Now, the tune is all changed.

He claims now like a really sly cunning fellow that Ambiga also gave him some documents, to insinuate that Ambiga partook in the removal of Khalid Ibrahim - when in fact he knows very well she was never involved in that or any other party plans or agenda.- 7/9/2017 (AD)

Komen Weblog Ibnu HasyimAzmin masih kuasai  usai pusingan..

4 comments:

Cik Minah said...

Biarlah mereka bertekak. Dalam keluarga, hari-hari bertekak,
tapi air dicencang takkan putus. Bersyukurlah, mereka bukan
pemimpin UMNO yang setiap jam kena istihar taat setia
1000000000000000000000000000000000000000000000000000000%
kepada NAJIB, tapi hati di dalam bagai digaru. Purak-purak
bingung, hati di dalam siapa yang tahu", kata arwah SM Salim.

Anonymous said...

yg paling memalukan ialah bila bertekak sesama rakan dlm pakatan..ada Tok Lobai yg lari dr perjuangan dan sanggup mengkhianati AMANAT yg di ungkapkannya semata mahu ber UG dgn musuh politik.

PALING MEMALUKAN

Anonymous said...

Bagus2. Kasi buka seluar bau semua. Biar nampak pekungbkudis nanah oanau n segala haprak kat diri masing2. Ego n bangang menguasi diri. Ingatkan bole jadi parti alternatif ganti kerajaan yg ada tapi skrg duk beperang dama sendiri. Bodoh yg tak bole diajar. Harap aje kelulusan tinggi2. Gaduh oun biarlah diam2 sama sendiri n jumpa kat meting. Ini sebar kat media kasi tgk sapa punya kudis lago cantik. Kalau jadi kejaan agaknya tiap hari.kuar kat tv gaduh n buat live pidato bahas n soal jawab live telecast. Bodoh punya pembangkang semua pemimpin nak cakap semua nak tunjuk hebat. Rakyat makin menyampah nak sokong korang dgn sikap kebanganngan yg teramat. Akhir kata muak bosan meluat n oergi mampos dgn korang. Kekalkan kerajaan yg ada lebih baik n selamat.

reda gamal said...

ليس من السهل الحصول على شركة متميزة ومتخصصه لعملية التنظيف ومكافحة الحشرات ونقل العفش وغيرها من الخدمات فشركتنا رائده في هذا المجاال وجعل منزلك راقي وجميل حيث يتوفر لدى شركتنا عمال فلبيين وغيرهم متميزون وعلى درجه كبيره من الكفاءه والخبره كما ان شركة ركن الشروق يتوفر لديها افضل المعدات واحداثها التي تجعل الشركة متقدمه عن غيرها وجعل امور المنزل من تنظيف او مكافحة او نقل امر سهل وراقي في العمل عزيزي العميل نتمني منك الاسراع الينا وطلب الخدمة التي تريدها وسوف يصل اليك فريق على درجه كبيره من التميز والخبره والسرعه في العمل اتصل بنا ولا تتردد نصلك اينما كنت شركة تسليك مجاري بابها
شركة مكافحة حشرات بابها
شركة نقل عفش بابها

شركة تنظيف خزانات بابها
شركة تنظيف بالطائف

شركة نقل عفش بالطائف




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails