Tuesday, September 05, 2017

Kerja Ini Lebih Hina Dari 2 Penari Bogel Itu..



DUA gadis Thailand yang menari bogel dalam satu video lucah, kini berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun. Thanyakan Rojin, 23, dan rakannya, Kanthicha Buranon, 21, hanya menutup bahagian sulit mereka dengan patung mainan dan puting silikon di dada mereka.

Video berkenaan telah ditonton lebih sejuta kali selepas ia dikongsi di media sosial bulan lepas. Selepas video itu tersebar, pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-duanya. Menurut Thanyakan, dia melakukan aksi memalukan itu bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya yang miskin.

“Saya tidak mahu melakukannya tetapi saya perlukan duit untuk menyara keluarga saya. Saya juga ingin memohon maaf kerana memberikan contoh yang buruk kepada golongan muda.
“Perkara ini akan menghantui saya selama-lamanya,’’ kata Thanyakan.

Thanyakan dan Kanthicha juga memberitahu polis mereka melakukan tarian itu untuk media sosial dan sebagai balasan mendapat wang daripada beberapa syarikat.

Aksi itu dirakamkan pada 23 Ogos lalu.

“Kami membuka baju untuk mendapatkan perhatian dan itu bermakna lebih banyak duit,’’ kata Kanthicha yang mahu menggunakan wang terbabit untuk menghantar adiknya ke universiti.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, "Kami membuka baju untuk mendapatkan perhatian dan itu bermakna (dapat) lebih banyak duit.." Kata penari bogel itu. 

Di Malaysia pun ada. Mereka pakai baju atau pakaian yang londeh sana londeh sini, pun untuk menarik perhatian atau menjadi popular.. Dan itu pun bermakna dapat lebih banyak duit..

Tapi ada yang lebih teruk dari semua itu lagi, apabila pemimpin yang dipilih rakyat terlibat dengan rasuah, walau berselindung di balik beli rumah untuk kegunaan sendiri, samada dari parti pembangkang atau parti kerajaan. Mereka juga telah melacurkan diri yang lebih teruk dari 2 penari bogel tadi. Lacur yang merampas wang rakyat begitu lebih hina lagi.

Na'auzubillahi minzalik..


Untuk lebih jelas lihat juga artikel ini...

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah shim.. ko di landasan yg betul. Kembali siarkn citer² sex.
Ini lah pejuang pas.. uuhuhuuhu..

Anonymous said...

Teruskan pak hasim..

Cara dakwah kamu agak unik. Tak semua orang boleh dakwah sepontan begitu. Sampaikan walau 1 ayat, dalam semua hal.

Alhamdulillah, pak hasim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails