Tuesday, September 05, 2017

Anwar Punca Krisis PKR -Hishamuddin Rais. Siapa Ajinomoto Anwar?


Hishamuddin Rais bukan nama yang asing kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya, ahli dan pemimpin PKR mahupun penyokong pembangkang keseluruhannya.
Kawan Anwar sejak zaman universiti lagi, lagi ke luar negara sebab takut ditangkap ISA, sebelum balik dan merupakan antara tulang belakang Gerakan Reformasi.
Dua kali juga beliau ditahan ISA di zaman Tun Mahathir Mohamad, sekali pada 1998 dan sekali lagi dua tahun di penjara di Kamunting kerana kegiatan politik kirinya. Hishammuddin Rais penyokong tegar pembangkang, tapi beliau bukan penyokong tegar Anwar.
Hakikat itu diketahui umum dikalangan penyokong pembangkang dan mengesahkan perkara tersebut dalam tulisan terbarunya Hishamuddin menyalahkan Anwar punca krisis terbaru PKR kini.
Menurutnya, perbezaan pendapat yang ketara dalam PKR pada waktu ini sehingga mewujudkan dua kumpulan yang saling bertentangan adalah berpunca daripada pendekatan  Anwar mengendali dan mengurus pimpinan parti itu.

Hishamuddin Rais berkata tindakan Anwar yang memberikan arahan yang berbeza-beza kepada pemimpin parti akhirnya menimbulkan kekeliruan.

"Misalnya kepada si polan A Saudara Anwar telah memberi pandangan lain daripada yang diberi kepada si polan B. Dan agak berbeza juga daripada yang diterima oleh si polan C.

"Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama PKR dengan Parti Islam, PAS.

"Cara atau metode dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ia tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai-berai," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal pembangkang Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada krisis dalaman PKR ekoran percanggahan pendapat sesama pimpinan parti itu mengenai usaha mewujudkan rundingan bersama PAS.

Anwar pada Sabtu lalu tampil mengesahkan beliau mempersetujui usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama dalam PRU14.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi parti itu, Anwar bagaimanapun menambah, PKR konsisten untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan seandainya wujud rundingan bersama PAS, ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'.

Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 29 Ogos lepas telah memuktamadkan bahawa gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU14 dan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya itu.

Mengulas 'kenyataan' Anwar itu, Hishamuddin berkata, kekangan yang dihadapi Anwar berikutan dipenjarakan memustahilkan bekas ketua pembangkang itu mengeluarkan pandangan tentang politik harian dengan betul dan tepat.

Kekangan tersebut bertambah apabila Anwar tidak menerima maklumat dengan jelas.

"Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh Ajinomoto,"katanya.-4/9/2017. AD.



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

1 comment:

Anonymous said...

Eh eh,,,apa ke bodohnye anwar ni. Bukankah pas berkali2 tak akan kerjasama dgn ph? Inilah sikap org gila kuasa,,haritu dgn tegas mengatakan pas tiada dlm ph ( kerana dia menyangka mat sapu dan huse batu asas benar2 boleh melingkupkan pas),,hari ni ,bila dah sedar pan pengkhianat dan dap kapir harbi menjadi liabiliti utk beliau tawan putrajaya dan jadi pm,,beliau sanggup jilat ludah sendiri dgn merayu pas masuk ph ...he he...anwar,,kaki kelentong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails