Sunday, September 10, 2017

14 Perkara. BNM 1993 Rugi RM15.291B, Tetapi 'Sesumpah' Anwar..


WA Sengat Lu – 1. Sudah dijangka Anwar ‘Sesumpah’ pasti akan mengubah keterangan berbanding jawapan beliau sebagai Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada tahun 1994. Rujuk Hansard Parlimen 1994 Penggal kelapan ketika menjawab soalan Lim Kit Siang. Malah beliau menyindir lagi bekas Menteri Kewangan sebelum itu Tun Daim yang banyak bunyi berkaitan Forex seolah-olah dia tidak pernah terlibat!
2. Prosiding RCI Forex juga menunjukkan Anwar memberi keterangan berbeza ketika beliau sebagai ketua pembangkang pada tahun 2012. Perkara ini pernah dilaporkan dalam portal Theedgemarket pada tahun 2012.
3. Anwar ketika itu lantang berkata urusan dagangan pertukaran asing yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun 1990an, yang menyebabkan bank pusat kehilangan RM5.7 bilion rizabnya, telah diluluskan oleh Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dengan sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Kenyataan ini Anwar tak berani ulang dalam prosiding RCI. Yang berani Anwar ulang ialah jumlah RM5.7b itu.
“Sepanjang sesi Parlimen tersebut saya telah menjelaskan bahawa Gabenor Bank Negara Tan Sri Jaafar Hussein berkata beliau tidak menerima maklumat penuh mengenai aktiviti perdagangan forex, seperti yang dilakukan oleh jabatan forex trading di bawah (kini) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Tan Sri Jaafar berkata kepada saya bahawa aktiviti perdagangan forex telah dijalankan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan kelulusan yang diberikan oleh Menteri Kewangan sebelum saya dan Perdana Menteri”.
4. Anwar dalam prosiding RCI jelas melakukan U-Turn untuk berpihak kepada Mahathir dengan menegaskan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing hanya berjumlah RM5.7 bilion. Ia katanya bersandarkan kepada Laporan Tahunan Kementerian Kewangan Tahun 1993.
5. Bagaimanapun kenyataan Anwar ini bercanggah dengan saksi dipanggil seperti bekas KSU MOF, Bekas Gabenor BNM dan pegawai BNM terlibat. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sendiri mengesahkan laporan “Accounting Treatment 1988-1984” bertarikh 18 April 2007, jumlah kerugian urus niaga terbabit ialah RM32.074 bilion.Bekas KSU MOF Tan Sri Sherif turut mengaku kerugian sehingga RM15.291 bilion pada tahun 1993.
6. Mengapa Anwar pertahankan RM5.7b sedangkan Gabenor BNM Tan Sri Jaafar sendiri mengaku ‘silap’ apabila amaun kerugian dihapus kira terhadap keuntungan bank pada tahun-tahun mendatang.Kerugian mencerminkan salah perkiraan kononnya atas kepentingan negara. Pengakuan ini disiarkan dalam media perdana tahun 1994.
7. Lim Kit Siang tahun 1994 turut mengecam BNM menggunakan Perakaunan yang ‘curang’ dan tidak beretika untuk memanipulasikan kunci kira-kira 1993 bagi menyembunyikan kerugian tukaran wang asing sebanyak RM5.7B.
8. Tun Mahathir sebenarnya sudah tahu lebih awal kerugian BNM. Lantaran itu ketika Tan Sri Clifford Francis bekas KSU MOF dan Anwar berjumpa Mahathir menjelaskan kerugian Mahathir hanya menjawab “Kadang- Kadang kita Untung, Kadang-kadang kita Rugi”.
9. Bagaimanapun Prosiding yang memanggil Anwar Ibrahim 7 September itu menjadi panas apabila Tan Sri Sidek Hassan Pengerusi RCI mempersoalkan kenapa Anwar tidak melaporkan kerugian sebenar kepada Kabinet?
10. Kenapa Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu hanya memaklumkan kerugian akibat Forex hanya RM5.7 bilion pada 1993 sedangkan kerugian sebenar pada tahun itu adalah RM15.291 bilion? Kenapa dimanipulasi? apa alasan? Pasti ramai mahu tahu! Pengolahan tipu inilah yang pernah menjadi soalan Lim Kit Siang 1994 di Dewan Rakyat dahulu.
“Soalan saya macam mana dengan pengolahan kerugian itu dilakukan. Anda tahu tentangnya tetapi tidak laporkan kepada Kabinet?,” Soal Tan Sri Pengerusi RCI.
11. Anwar memang sesumpah politik kenyataannya memang sentiasa berubah lain dari 1994 dan membuang kenyataan kerasnya kepada Tun M dan Daim tahun 2012. Anwar menggunakan nama tokoh yang sudah meninggal dunia Tan Sri Jaafar bahawa TS Nor Mohamed Yakcub melebihi mandat dan tidak beri laporan benar kepada mereka!
12. Jika laporan RM5.7b itu suatu penipuan dan kecurangan pegawai BNM dalam laporan BNM ia tidak sepatutnya berlaku dan pihak yang terlibat wajar disiasat SPRM dan tindakan tegas!
13. Hanya kerana Tan Sri Jaafar sudah meninggal dunia maka masing-masing memberi mesej yang salah adalah Gabenor BNM ketika itu. Jika begitu ramai pihak terlepas termasuk Mahathir selaku PM yang mengarahkan ketika itu.
14. Juga tidak mungkin kerugian BNM sehingga RM32B dilakukan oleh seorang manusia yang hanya pegawai BNM iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcub walaupun beliau mengaku bertanggungjawab. Pasti ada yang lebih berkuasa iaitu Mahathir, Daim dan Anwar! penipuan laporan BNM dan salah guna kuasa pastinya bakal menarik perhatian siasatan SPRM dikemudian hari. (Aidcnews)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


3 comments:

Anonymous said...

Dosa2 Madey telah 'disucikan' oleh puak2 Evangelis dlm pakatan Harapan bahkan ada beranggapan najis Madey umpama wangian yg patut dilumurkan dianggota badan utk mendapat restu dan berkat. Sesungguhnya Madey adalah maksum dan dosa2 lampaunya umpama hanya debu2 berterbangan yg menjejaskannya walau sedikit manakala tangannya yg berlumuran darah kini menjadi harum kerana telah bertukar menjadi wangian kasturi hasil 'Baptist' yg dilakukan semasa beliau bersekutu dlm pakatan Harapan yg suci murni yg tiada sesucinya........ Demikian sebahagian dpd ajaran 'kitab' New Hope pegangan ahli2 pakatan Harapan yang penuh tawaduk ibarat lembu yg sentiasa tunduk membabi buta......... PM, Menteri2 dan bekas2 menteri serta pendosa2 lain spt LGBT, penyangak billion2 disaran agar masuk ke group ini setelah puas melakukan pelbagai dosa, kejahatan, kemungkaran dan maksiat kerana semuanya akan disuci murnikan dgn amat mudah!

Anonymous said...

Hmm...

1. Agak2nya dengan menggunakan alasan yang sama kepimpinan PAS sekarang pun dari spesies yang sama juga - sesumpah atau pok-ko?

2. Agak2nya kepimpinan PAS bersih lagi suci - maksum?

Sekadar bertanya, jangan marah...

Anonymous said...

Duit billion2 yg hangus tu mgkn bapak anon 12.03 punya kot bkn rakyat yg punya sbb tu dia tak kisah apa yg terjadi........ Bagus la lagu tu hang pi terjun la dgn pemimpin idola yg telah menjahanamkan malaysia selama 22 tahun........ Mgkn hang nak bernaung dgn Madey sampai masuk kubur utk mendapatkan syafaat........ Pemimpin maksum la katakan....... Ala2 nabi gamaknya....... Ptui!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails