Tuesday, September 12, 2017

Al-Qaradawi Tak Lagi Tersenarai Buruan Interpol.. Ikut Suka Depa..


Ulama terkenal tidak lagi menjadi orang yang dikehendaki selepas Polis Antarabangsa mendapati tuduhan jenayah terhadapnya sengaja direka oleh rejim kudeta Mesir
LONDON, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Tokoh ulama Islam Mesir, Dr Yusuf Al-Qaradawi dikeluarkan daripada senarai buruan Polis Antarabangsa (Interpol) selepas agensi penguat kuasa itu menyedari tuduhan jenayah terhadapnya sengaja direka oleh rejim kudeta Mesir.
Pertubuhan Hak Asasi Kemanusiaan Arab (AOHR) yang berpangkalan di United Kingdom berkata, Interpol mendapati tuduhan itu tidak berasaskan perbuatan jenayah, sebaliknya kerana isu politik.
“Interpol mengeluarkan nama Qaradawi daripada senarai buruan setelah mendapati tuduhan terhadapnya tidak lebih daripada untuk melindungi ‘jenayah politik’ kerana menentang pihak berkuasa Mesir, negara yang memohon supaya nama ulama terkenal itu diletakkan dalam senarai Interpol pada 2014,” kata pertubuhan itu.
Qaradawi kini tinggal dalam buangan di Qatar.
Presiden AOHR, Mohamed Jamil berkata, keputusan Interpol itu sekali gus menunjukkan ‘kekalahan’ buat rejim Abdel Fattah el-Sisi.
“Rejim Mesir menumpukan kepada pembunuhan rakyat sendiri, melakukan operasi penangkapan secara besar-besaran, melakukan penderaan bagi mendapatkan pengakuan yang kemudiannya digunakan terhadap tahanan itu di mahkamah dan memohon ‘notis merah’ daripada Interpol kononnya untuk memerangi keganasan.
“Interpol sebelum ini telah mengadakan beberapa perbincangan dan pertukaran maklumat dengan AOHR mengenai Qaradawi,” kata Mohamed Jamil dalam satu kenyataan hari ini.
Qaradawi, 91, adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa telah disenaraikan Interpol atas tuduhan kononnya melakukan rompakan, pembakaran dengan sengaja dan pembunuhan yang dilakukan selepas tentera merampas kuasa kerajaan Mohamed Morsi pada 2013.
Malaysia pernah menobatkan beliau sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009 berdasarkan antaranya keilmuan beliau, keserderhanaan yang diamalkan beliau, dan termasuklah menghormati sistem demokrasi yang harmoni.
Mohamed Jamil berkata, semua tuduhan jenayah itu kemudiannya didapati hanya rekaan yang dibuat ketika ketiadaan Qaradawi di Mesir, dan tidak boleh dipercayai bahawa pada usia sedemikian beliau boleh melakukan apa yang dikatakan itu.
“Banyak negara, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada dasarnya berada dibelakang tindakan menyenaraikan Qaradawi dalam senarai orang dikehendaki Interpol.
“Apabila nama beliau disenaraikan, UAE gembira, diikuti media Mesir dan mereka yang berusaha menghapuskan penentang rejim Mesir.
“Bagaimanapun, kegembiraan mereka tidak lama. Selepas beberapa ketika, kebenaran muncul dan tuduhan itu memakan diri mereka yang membuat tuduhan,” katanya.
Mohamed Jamil juga berkata, Interpol kadang-kala menukar waran dengan kerajaan secara langsung tanpa menerbitkan di laman webnya.
“Ini digunakan secara meluas oleh rejim diktator dalam mengeksploitasi sistem yang terang-terangan untuk menangkap individu yang menentang rejim ini,” katanya. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap samseng-samseng penjajah barat, ikut suka mereka untuk meletakkan siapa kawan dan siapa yang patut diperangi, siapa pengganas atau siapa pelampau.. Itulah hukum rimba di persada antarabangsa.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah 
&Sarawak memberi maklumat lengkap.






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails