Thursday, September 14, 2017

Sah 22 Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz -Polis


Lebih 20 pelajar, guru maut dalam kebakaran
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan seramai 22 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang maut terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar yang menginap di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.
“Mangsa-mangsa maut selepas terperangkap di tingkat atas bangunan berkenaan kerana terdapat satu pintu atau laluan untuk keluar dan masuk.
“Terdapat mangsa yang sempat menyelamatkan diri. Tenaga Pengajar yang maut berusia lingkungan 30-an dan kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – mStar Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails