Monday, September 11, 2017

Di Mana Kekuatan PAS? -Dr Azman Ibrahim

Hasil carian imej untuk dimana kekuatan pas

KETIKA lemah mereka merapatkan diri kepada PAS untuk berpaut 'minta nyawa'.

Setelah merasa kuat, sikap mereka terhadap PAS sangat luar biasa seolah-olah PAS tiada sebarang jasa. Mereka itu antaranya ialah Umno dan PKR. DAP juga pernah hampir nak bertanding PRU13 pakai lambang bulan.
Demikian ulasan mengenai kekuatan PAS oleh Dr Azman Ibrahim AJK PAS Pusat melalui Harakah beberapa hari lepas. 

Katasambungnya,
"Kita yakin walau bagaimanapun diperlakukan, PAS akan terus kuat. Kekuatan PAS kerana dua tonggak. 
  • Yang pertama kerana Islam teras perjuangan. 
  • Yang kedua kekuatan akar umbi kita. PAS mempunyai 7,000 cawangan seluruh negara dan 195 kawasan daripada keseluruhan 222 kawasan parlimen di seluruh negara.

"Hanya Umno satu-satunya parti mempunyai kawasan (bahagian) melebihi jumlah yang dimiliki oleh PAS. Bezanya Umno kuat dengan senjata 3M iaitu money, machinery dan media.
"PAS ada money walau tak sebanyak Umno dan Umno tak pernah hulur money kepada PAS. Machinery bagi Umno ialah segala kekuatan jentera kerajaan. Bagi PAS pula kita ada jentera petugas di segenap peringkat akar umbi yang sangat komited. Media bagi Umno ialah segala macam media arus perdana yang dioperasikan dengan dana yang melimpah termasuk wang rakyat demi menjayakan perang media Umno. 
"Walaumedia PAS tak setanding dengan Umno, kita mampu fight di medan ini. Tapi kita memiliki kekuatan yang tak dimiliki oleh mana-mana parti politik lain. Kekuatan Islam sebagai teras perjuangan! Dengan Islam, cahaya perjuangan PAS tak akan mampu dipadamkan. Kerana cahaya Islam dari Allah. Mana mungkin manusia mampu memadamkan cahaya Allah." Tegas Dr Azman.

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  •  7. Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Itulah ungkapan yang disebutkan Allah dalam surat Muhammad ayat 7, Allah pasti akan memberi pertolongan pada orang yang menolong agama Allah dengan tulus dan ikhlas dan meneguhkan kedudukannya dibumi ini.  Itu jaminan Allah SWT.(IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails