Saturday, September 16, 2017

Hujan Renyai-renyai, Agong Lawat Pusat Tahfiz Terbakar.

AGONG TAHFIZ

SHAH ALAM, 15 SEPT: Hujan renyai-renyai tidak menghalang Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur yang terbakar dalam satu kejadian semalam.
Al-hamdulillah, baginda yang berpakaian kemeja T hitam dan berseluar putih selamat tiba sebentar tadi. Perkarangan pusat tahfiz itu juga turut dibanjiri orang ramai.
Memetik MalaysiaKini, lawatan selama setengah jam itu baginda turut diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wira Wan Mohd Noor Ibrahim serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun.
Baginda berangkat pulang sebaik sahaja menerima penerangan berhubung insiden tersebut.
Semalam, negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 21 pelajar dan dua guru yang juga bertindak sebagai warden pusat tahfiz itu.
Ia merupakan tragedi kedua terburuk, selepas kebakaran di sarama Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, juga dikenali sebagai Pondok Pak Ya, di Padang Lumat, Yan, Kedah, pada 1989 yang mengorbankan 27 pelajar. (IH)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails