Tuesday, September 12, 2017

Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama..


Hasil carian imej untuk pasangan dalam satu tuala

2 kejadian dan berita pagi ini, dalam Sinar Harian seolah-olah menggambarkan kerajaan BN/Najib sudah tidak mampu tadbir agama di negara ini dengan baik dan berkesan..

Terkejut temui anak hanya bertuala dengan teman lelaki


BUKIT BELIMBING - Alangkah terkejutnya seorang bapa angkat apabila melihat anak gadisnya berdua-duaan dengan teman lelaki di dalam rumah semasa ketiadaannya.

Lebih menyebabkan hatinya berkecai ialah keadaan anak gadisnya yang masih bersekolah di Tingkatan Empat itu hanya memakai tuala mandi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan yang baru pulang dari pejabat melihat pintu hadapan rumahnya berkunci.

Mohd Yussof berkata, dia kemudiannya masuk melalui pintu belakang dan melihat kedua-duanya sedang berada dalam bilik anak perempuannya.

"Teman lelaki anak angkat perempuannya itu kemudian juga pelajar Tingkatan 4 direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya. (SH)

Pelajar hamil seks dengan 5 lelaki


KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatn lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Ketua Polis  Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya brsetuju dengan pendapat ini, "Rakyat perlu menolak (dalam PRU 14) parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota pakatan harapan," seperti yang ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menurut media hari ini (11/9).

Ini kerana, katanya, 'mereka memisahkan urusan kehidupan daripada agama' dan boleh menukar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara. 


Cuma pada saya, kesalahan paling besar kerajaan Malaysia dulu, sekarang dan mungkin selamanya, ialah salah dalam menafsirkan perlembagaan negara dalam bentuk sekular. Mereka memisahkan urusan kehidupan daripada agama, sehingga tindak-tanduk di dunia ini dianggap tidak ada kaitan dengan akhirat. 


Buat dosa tidak ada kena mengena dengan negara. Zina, suka sama suka, tidak ada siapa boleh larang, walaupun teriklan di dahinya sebagai pelacur. Apa lagi bila sistem perundangan Islam ditolak, tidak mahu mereka usaha untuk laksanakan, walaupun rakyat Kelantan mengundi mahukan 'perundangan Islam'.


Maka kerana itulah saya katakan, ini lagi bukti BN/UMNO/Najib kini sudah tidak mampu atau layak mengurus tadbir agama di negara ini. Kena tukar saja dalam PRU 14 akan datang. (IH)



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

5 comments:

Mat Gunong said...

Cermin diri dulu bro. Jangan nak menyalahkan sahaja. Apa sumbangan kerajaan negeri Pas pada permasalahan ini. Kes macam ini ,banyak berlaku di Negeri yg dijoloki sebagai" serambi Mekkah.

Sam Zakaria said...

Takkanla mu yg kena ice- Najib pulak salah..? Mu buat gapo..?

Anonymous said...

Dalam sejarah diriwayatkan bahawa khalifah Umar bin Abdil Aziz dalam suatu shalat tahajjudnya membaca ayat 22-24 dari surat ashshoffat yang artinya :

(Kepada para malaikat diperintahkan) “Kumpulkanlah orang-orang yang dzalim beserta teman sejawat merekadan sembah-sembahan yangselalu mereka sembah, selain Allah: maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. Dan tahanlah mereka di tempat perhentian karena mereka sesungguhnya mereka akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban ).”

Beliau mengulangi ayat tersebut beberapa kali karena merenungi besarnya tanggungjawab seorang pemimpin di akhirat bila telab melakukan kedzaliman. Dalam riwayat lain Umar bin Khatab r.a. mengungkapkan besarnya tanggung jawab seorang pemimpin di akhiarat nanti dengan kata-katanya yang terkenal :

“Seandainya seekor keledai terperosok di kota Baghdad nicaya Umar akan dimintai pertanggungjawabannya, seraya ditanya : Mengapa tidak meratakan jalan untuknya ?” Itulah dua dari ribuan contoh yang pernah dilukiskan para salafus sholih tentang tanggungjawab pemimpin di hadapan Allah kelak.

renung lah..

Nobody said...

PETALING JAYA: Seorang timbalan menteri dari Umno menyalahkan kegagalan PAS mempromosikan cara hidup Islam sebenar di Kelantan sebagai alasan di sebalik peningkatan golongan homoseksual di negeri itu, lapor The Star.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub membidas pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka juara Islam, tetapi tidak mampu menangani peningkatan aktiviti “tidak Islam”.
“Saya terkejut apabila seorang timbalan menteri dalam negeri mengumumkan peningkatan bilangan kes HIV di Kelantan yang juga berpunca daripada kegiatan homoseksual.
“Ini adalah serius. Selama ini, kami ingat jumlah kes HIV di sini meningkat sebahagian besarnya disebabkan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah,” katanya dipetik akhbar itu.
Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu merujuk pengumuman Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat pada Selasa lalu berhubung laporan Jabatan Kesihatan Kelantan yang menunjukkan peningkatan kes HIV di negeri itu.

Masir dilaporkan berkata, peningkatan itu disebabkan pergaulan dan gaya hidup tidak sihat, termasuk pertukaran pasangan seks.
Menurut laporan Jabatan Kesihatan, jangkitan HIV di Kelantan yang disebabkan aktiviti homoseksual meningkat 100%, dengan 20 kes dicatatkan tahun lalu berbanding hanya 10 kes pada tahun sebelumnya.
Laporan itu turut menyatakan jangkitan HIV akibat hubungan heteroseksual meningkat 25% antara 2015 (40 kes) dan 2016 (50 kes).
Dari 2001 hingga 2016, Kelantan merekodkan 11,000 kes positif HIV. Seramai 2,255 orang dijangkiti HIV/AIDS sepanjang tempoh itu

Nobody said...

"Gay dan HIV Bertambah di Kelantan, Bukti PAS / Ahmad Yakob Tak Mampu Urusdtadbir Agama..."

Sendiri cakap sendiri mau ingatlah!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails