Tuesday, September 12, 2017

Buddha Sendiri Akan Bantu Etnik Islam Rohingya -Dalai Lama


 REUTERS - DALAI LAMA menghadiri satu acara amal di Londonderry, Ireland Utara kelmarin.
NEW DELHI – Pemimpin kerohanian, Dalai Lama berkata bahawa Buddha sendiri akan membantu etnik Islam Rohingya meninggalkan keganasan di Myanmar yang majoriti rakyatnya beragama Buddha.
“Mereka (penganut Buddha) yang mengganggu orang Islam, mereka harus ingat akan Buddha,” kata Dalai Lama kepada pemberita ketika ditanya mengenai krisis di negeri Rakhine pada petang Jumaat lalu.

“Beliau pastinya akan memberi bantuan kepada orang Islam yang miskin itu. Saya berasa begitu. Sangat sedih,” katanya.

Pemimpin tertinggi Buddha itu merupakan pemenang anugerah Nobel Keamanan terbaharu yang menentang keganasan tersebut.

Baru-baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, tentera Myanmar dipercayai membunuh lebih 1,000 orang di Rakhine, kebanyakannya, penduduk Islam Rohingya.
Majoriti penduduk Myanmar adalah penganut Buddha. Mereka membenci masyarakat Rohingya yang dinafikan kerakyatan dan dilabelkan sebagai pendatang tanpa izin Bengali.
Beratus-ratus ribu penduduk Rohingya tiba di Bangladesh sejak beberapa minggu lalu selepas keganasan tercetus di negeri Rakhine.
Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi pula dikecam kerana enggan campur tangan untuk membantu masyarakat Rohingya termasuk oleh pemenang anugerah Nobel, Malala Yousafzai dan Desmond Tutu.
“Jika menutup mulut adalah harga untuk kamu terus berkuasa di Myanmar, harga itu terlalu mahal,” kata Tutu dalam satu kenyataan pada minggu lalu.
– AFP
Klik di sini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails