Friday, September 15, 2017

Mengapa Bendera PAS Di Puncak Gunung Semeru, Indonesia?


EKSPEDISI DACS Selangor tawan Gunung Semeru (gunung berapi) di Indonesia telah tercapai melalui wakil kami, Pengerusi Alternative Trekking Club (ATC) DACS Selangor, Saudara Syukri hari ini.
Bendera Malaysia, PAS dan DACS berjaya dipacakkan di puncak gunung. Ia sebagai satu simbolik kepada kesungguhan dan kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan ketinggian puncak Gunung Semeru atau lebih dikenali dengan Puncak Mahameru setinggi 3.676 meter dari permukaan laut, ia bukanlah suatu perkara yang mudah.
Ini membuktikan bahawa "Pemuda PAS Boleh". Pada masa yang sama, DACS ingin berkempen agar kita semua jalani hidup sihat, selalu bersenam dan makan makanan yang sihat.
Hasil carian imej untuk Gunung Semeru, Indonesia?
Hasil carian imej untuk Gunung Semeru, Indonesia?
Hasil carian imej untuk Gunung Semeru, Indonesia?
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Para pemuda perlu sedar bahawa jika Saudara Syukri berjaya lakukannya, maka kita juga boleh berjaya melakukan apa sahaja yang kita hajati. Percayalah kepada keupayaan diri sendiri, jangan cepat putus asa dan pastikan kita mempunyai keazaman dan matlamat dalam menghadapi cabaran yang ada.
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Selangor. – HARAKAHDAILY 14/9/2017

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails