Wednesday, March 22, 2017

Peringatan Kepada Malaysiakini, FMT. -Mufti Wilayah.



KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menegur dua buah portal pro pembangkang dan menganggapnya memberi kesan negatif kepada institusi fatwa.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kedua-dua portal tersebut ialah Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Sambil merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk Pejabat Mufti: Jangan khalwat dalam teksi, Uber, Grabcar, beliau berpendapat tajuk yang diberikan jelas bercanggah dengan kesimpulan yang dibuat pihaknya.

“Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.

“Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak Malaysiakini jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama,” katanya dalam entri media sosialnya malam tadi.

Menurut Zulkifli, tajuk seperti itu memberi persepsi buruk dan perasaan tidak senang pembaca muslim dan non muslim.

“Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama,” katanya lagi.

Justeru, pihaknya menyeru kepada Malaysiakini dan Free Malaysia Today untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.-MalaysiaGazette


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

3 comments:

Anonymous said...

FMT, MMO dan Msiakini adalah musuh Islam yang sangat jelas kerana media kafir harbi ini sentiasa meencetak perlbagai artikel untuk memfitnah, menghina, memomok-momokkan dan memusuhi agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) dll dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini.

Media massa kafir harbi bangsat ini sengaja membiarkan musuh-musuh Islam yang terdiri dari babi dan anjing celaka menulis pelbagai komen menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah agama Islam dan umat Islam.

Mengapa kerajaan BN tidak bertindak ke atas babi dan anjing perkauman ini? Kerajaan tidurkah atau koma?

Anonymous said...

KAFIR HARBI BANGSAT !

FMT, MMO dan Msiakini adalah musuh Islam yang sangat jelas kerana media kafir harbi ini sentiasa menyiarkan pelbagai artikel anti-Islam untuk memfitnah, menghina, memomok-momokkan dan memusuhi agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) dll dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini.

Inilah akibatnya pemimpin keris memberi kerakyatan kepada orang kafir pada waktu negara diberi kemerdekaan. Budi baik orang Melayu dibalas dengan permusuhan.

Anonymous said...


Saman FMT dan Msiakini sehingga mereka muflis. Bila mereka muflis, mereka tidak akan mampu memfitnah dan menghina agama Islam dan umat Islam.

Kerajaan BN sengaja membiarkan FMT, MMO dan Msiakini bebas memfitnah, menghina, memomok-momokkan dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails