Thursday, March 23, 2017

Rasuah, 3 Tuduhan. Dari Penyeludup Daun Ketum Pula..


Abdul HALIM (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kangar semalam selepas didakwa atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang penyeludup ketum pada tahun lalu.

KANGAR – Seorang anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini semalam atas tiga pertuduhan meminta dan mene­rima rasuah daripada seorang penyeludup daun ketum pada tahun lalu.
Tertuduh, Abdul Halim Darus, 59, bagaimanapun tidak mengaku salah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Halim didakwa menerima suapan sebanyak RM3,000 sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penyeludup daun ketum ke Thailand di Kampung Me­layu, Jalan Padang Besar kira-kira pukul 3 petang, 7 April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melalui telah me­minta rasuah sebanyak RM3,000 daripada seorang penyeludup daun ketum ke Thailand melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui nombor telefon miliknya bagi penyeludup itu dikenakan tindakan di Kampung Melayu, Jalan Padang Besar pada pukul 12.24 tengah hari, 4 Mei 2016.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penyeludup daun ketum ke Thailand di kawasan parkir pejabat Aksem Padang Besar kira-kira pukul 9.50 malam, 6 Mei 2016. (Kosmo!)
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails