Thursday, March 23, 2017

Filem Babak Gay, M'sia Ditayang 30 Mac, Rusia Batal 16 Mac..



HALAMAN HIBURAN

PENANTIAN peminat filem di Malaysia akhirnya terjawab apabila filemBeauty and the Beast sah bakal ditayangkan di negara ini bermula 30 Mac, tanpa sebarang pemotongan babak.

Ini sekali gus menamatkan segala kontroversi tayangan filem ini yang sebelum ini tercetus gara-gara terdapat babak gay. Disney dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya memaklumkan, filem itu telah diluluskan dengan pengkelasan PG13.

Seperti mengesahkan perkhabaran gembira itu, Golden Screen Cinemas (GSC) turut memuat naik di laman Twitter berhubung tarikh tayangan baharu filem berkenaan di negara ini.
Terdahulu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) memaklumkan pihak mereka akan meluluskan tayangan filem muzikal fantasi itu dengan memotong beberapa babak yang dirasakan tidak sesuai ditonton di Malaysia.
Bagaimanapun, pihak Walt Disney Co pula bertegas enggan sebarang babak dipotong dan tidak kisah sekiranya filem itu tidak dapat ditayangkan di negara ini.

Di Indonesia penyelidik Psikologi Saraf (Neuropsychology), ihshan Gumilar, MA mengatakan filem Filem Beauty and The Beast tayang di pawagam Indonesia telah mempropagandakan watak homoseksual tersirat.

Bila pesan filem disampaikan secara tersirat, lanjutnya, maka itu justru akan masuk ke sub conscious memory (antara alam sedar dan tidak sedar) seseorang.

"Ini (mesej) biasanya akan selalu terus terngiang-ngiang dalam kepala seseorang," jelasnya kepada hidayatullah.com.


Di Rusia, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun turut dilarang daripada menonton filem berkenaan. Penggubal undang-undang kebangsaan Vitaly Milonov pada Sabtu lalu meminta Menteri Kebudayaan Vladimir Medinsky menyemak semula filem itu kerana melanggar satu undang-undang kontroversi yang mengharamkan ‘propaganda gay’ kepada mereka yang di bawah umur.

Milonov ialah salah seorang ketua penggubal undang-undang Presiden Vladimir Putin yang ditandatangani pada tahun 2013 walaupun mendapat kutukan antarabangsa.
Bagaimanapun, Rusia pada Selasa menjelaskan filem terbaharu Disney, ‘Beauty and the Beast’ akan ditayangkan di negara itu namun hanya untuk tontonan orang dewasa selepas penggubal undang-undang yang sangat konservatif mendesak filem itu diharamkan tayangannya kerana menampilkan unsur homoseksual.
Seorang jurucakap bagi kementeriaan kebudayaan berkata filem itu dikeluarkan dengan sijil umur 16 tahun ke atas. Milonov berkata yang dia berpuas hati dengan sekatan umur baharu itu. Rusia tidak mengiktiraf homoseksual bermula tahun 1993 dan hanya pada 1999 mengangkat pengelasannya sebagai satu sakit jiwa.
Pengarah filem Bill Condon sebelum ini mendedahkan bahawa filem itu mengandungi adegan gay secara eksklusif yang pertama untuk filem Disney walaupun beberapa pengkritik telah berkata ia tidaklah begitu ketara.
Selain Malaysia yang sebelum ini menunda tayangan filem bergenre romantik klasik itu , pawagam di Alabama, Amerika Syarikat sudah mengesahkan dari awal yang mereka tidak akan menayangkan filem itu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails