Sunday, March 19, 2017

Mai Jenguk Dari Dekat. Ini 25 Perkara, Kayu Ukur PAS..

Hasil carian imej untuk pas , mai lihat

Oleh
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


Risalah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat:
MEMAHAMI PERJUANGAN PAS; Kerjasama Politik, Redha ALLAH  &Nasihat
1. PAS sebagai parti politik Islam mempunyai kayu ukur dan neraca tersendiri dalam menentu dan menilai matlamat dan hala tuju perjuangan.
2. Kayu ukurnya ialah ISLAM yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik lain.
3. Oleh itu sangat silap apabila seseorang menilai PAS menerusi kaca mata matlamat dan hala tuju perjuangan parti politik yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.
4. Dan terlebih silap jika ada ahli PAS yang mahu PAS mengikut cara fikir, matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, PAN, PBBM sementelah lagi UMNO.
5. PAS meyakini bahawa matlamat perjuangan politiknya ialah agar negara ini berjaya diperintah berdasarkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam kerana hanya Islam yang boleh menjamin hak dan keselamatan seluruh rakyat dan agar dakwah Islam dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia.

  • "Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka.." (Surah al-Ma'idah ayat 49)
6. Sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.
7. Tiada sebarang kerjasama dengan mereka yang menentang agenda perjuangan ini kerana ia adalah kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam.
8. Juga tiada ruang kerjasama dengan sesiapa yang bersama dengan pihak yang menentang perjuangan ini.
9. Dalilnya ialah apabila seorang lelaki syirik memohon perlindungan dan keselamatan daripada pedang Nabi saw setelah dia sendiri sebelumnya meletakkan mata pedangnya di tengkuk Nabi saw, baginda menerimanya apabila dia berjanji:

  • "Saya berjanji kepada kamu agar tidak memerangi kamu dan tidak berada bersama kelompok yang sedang memerangi kamu" (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)
10. Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah sasaran dakwah PAS.
11. Atas tujuan dan matlamat menegakkan Islam, ahli-ahli PAS meyakini bahawa segala sumbangan tenaga, masa dan harta yang mereka korbankan adalah sebahagian jihad di jalan Allah yang akan diganjari dengan syurga oleh Allah.
Allah berfirman:

  • "Sebenar-benar mukmin adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka di jalan Allah...." (Surah al-Hujurat ayat 15)
12. Sebagai parti politik, PAS menyertai pilihanraya tanpa jemu sama ada menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga pilihanraya ke 13 selepas merdeka pada 2013.
13. Sekiranya kemenangan berpilihanraya belum diperolehi maka kerja dakwah dan nasihat kepada pemerintah dan rakyat berkonsepkan Amar Makruf Nahi Mungkar diteruskan sehingga menanti pilihanraya seterusnya.
14. NASIHAT kepada pemerintah dan rakyat adalah tanggungjawab beragama sebagaimana hadis Nabi saw

  • "Sebenar-benar Agama itu adalah Nasihat." Kami (sahabat) bertanya: "untuk siapa?" Baginda menjelaskan: "untuk Allah, untuk Kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk pemerintah orang beriman dan untuk orang awam mereka" (Hadis riwayat Muslim)
15. Nasihat juga adalah syiar dakwah para Nabi sebagaimana kata Nabi Nuh.

  • "Berkata Nuh; wahai kaumku. Tidak ada padaku sebarang kesesatan tetapi aku adalah seorang utusan daripada Rabb Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan risalah-risalah Rabbku dan aku memberi nasihat untuk kamu dan aku tahu daripada Allah sesuatu yang kamu tidak tahu" (Surah al-A'raf ayat 61-62)
16. Nabi Hud juga memperingatkan kaum baginda tentang kedudukan baginda sebagai PENASIHAT apabila baginda dituduh sebagai bodoh.

  • "Aku menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku bagi kamu semua adalah seorang PENASIHAT yang amanah" (Surah al-A'raf ayat 68)
17. Nabi Soleh memperingatkan kaumnya yang tidak menyukai baginda sebagai penasihat:

  • "Dan Soleh berkata; wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu tetapi kamu tidak suka para penasihat" (Surah al-A'raf ayat 79)
18. Nabi Syuaib juga menegaskan baginda telah menasihati kaum.baginda:

  • "dan Syuaib berkata: wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu.... " (Surah al-A'raf ayat 93)
19. Peringatan bahawa PAS sebagai penasihat kepada rakyat dan pemerintah yang menyeleweng sebagaimana sunnah para nabi mungkin diketawakan oleh politikus duniawi yang tidak merujuk kepada sumber al-Quran dan Sunnah.
20. Apabila kemenangan diperolehi, menerusi jawatan sebagai wakil rakyat, ia dijadikan medium untuk menyampaikan pandangan dan nasihat serta teguran di parlimen atau dewan undangan negeri.
21. Sekiranya kemenangan berpilihanraya diperolehi sehingga berjaya memerintah negeri maka ia digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab pemerintah Islam iaitu "menegakkan agama dan mentadbir negeri dengan prinsip-prinsip agama".
22. Matlamat akhir daripada semua usaha perjuangan ini sama ada menang berkuasa atau kalah dalam pilihanraya ialah mencari REDHA Allah.

  • "dan ada di kalangan manusia orang yang menjual dirinya kerana mencari REDHA ALLAH sedang Allah itu Maha lembut lagi penyayang terhadap hamba-hamba" (Surah al-Baqarah ayat 207)
23. Matlamat kemuncak mencapai REDHA Allah mungkin juga diketawakan oleh mereka yang berpolitik hanya untuk dunia dan berpolitik hanya untuk berkuasa semata-mata tanpa pertimbangan syurga dan neraka.
24. Atas kefahaman ini maka ahli PAS tidak pernah kecewa jika kalah dalam pilihanraya. Mereka bersabar atas kekalahan dan meneruskan perjuangan menyampaikan dakwah dan menegur serta menentang kezaliman pemerintah semasa sehinggalah menanti pilihanraya seterusnya.
25. Inilah perjuangan PAS yang tersemat kukuh dalam dada setiap ahli PAS.
Sekian
Sabtu 18.3.2017 jam 2.50 pg
#dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerus sebaik tiba di KLIA dari Jordan bagi melawat janazah Almarhum Cikgu Fauzi - Berbahagialah cikgu atas matlamat perjuangan mu bagi mencari keredhaan Allah)
http://www.facebook.com/drtakiri/

(IH)

8 comments:

Anonymous said...

Err... Ngapa tiada Q7? Mini Cooper? Vellfire? Bini 2, 3? Hmm...

Anonymous said...

Seperti biasa iblis, syaitan, pemimpin kafir harbi dan liberal dan balaci, barua dan macai mereka menentang, menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam PAS semata-mata kerana PAS telah menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan parti Islam PAS dan PAS berusaha membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

Bahkan pemimpin-pemimpin kafir harbi dan munafikk liberal bangsat ini telah mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan agama Islam, pendakwah Islam sperti Dr Zakir Naik, ulama Islam, mufti dan menindas dan menafikan hak umat Islam yang merupakan rakyat majoriti di negara ini.

Tanpa merasa malu dan segan, puak iblis, syaitan, pemimpin kafir harbi dan liberal dan balaci, barua dan macai mereka akan menyokong, membela dan mempromosi semua bentuk kesesatan, kesesatan dan murtad dan menghalakan yang haram seperti LGBTQ, arak, judi, pelacuran, zina dll.

Dalam kes terbaru, seekor syaitan hitam bangsat telah menghina dan memfitnah agama Islam dengan mendakwa Islam is not a peaceful religion ! Ini adalah bukti jelas mengapa umat Islam tidak boleh menyokong dan mengundi pemimpin kafir dan munafik menjadi pemimpin umat Islam. Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin umat Islam.

Musuh Islam ini menentang apa sahaja yang berlabel Islam di negara ini jelas menunjukkan musuh Islam ini sedang mengidap penyakit mental yang kronik ! Mereka ini perlu dikuarantin di pulau yang jauh dari daratan supaya rakyat Malaysia boleh hidup tanpa sebarang fitnah !

Anonymous said...

Selama ini balaci-balaci ternakan sifu roket telah mencipta pelbagai fitnah seperti rasuah rm90 juta untuk memfitnah parti Islam.

Sekarang kita cabar balaci-balaci dungu tersebut untuk menunjukkan sebarang bukti kukuh untuk menyokong dakwaan karut mereka tentang rasuah rm90 juta tersebut !

Anonymous said...

Itulah modal orang yang berjuang kononnya atas parti Islam. Balik balik kat fitnah. Orang yang memperkatakan pemimpin pas dapat rm 90 juta telah mencabar supaya dibawa ke mahkamah dan ambil tindakan saman malu jika perkara itu fitnah, tapi hingga ke hari ini tiada sebarang tindakan pun diambil orang pemimpin2 PAS. Takkan tak namapak lagi kot. BERANI KERANA BENAR TAPI KALAU SALAH TENTULAH TAKUT. ADA OTAK FIKIRLAH JADI JADI MACAM H****N

Anonymous said...

Sama seperti balaci-balaci pemakan dedak roket yang lain, pemakan dedak balaci 2:42 PM ternakan sifu roket masih gagal menunjukkan sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan parti Islam dengan rasuah rm90 juta dll.

Balaci 2:42 PM cuba menulis pelbagai komen karut untuk mengalihkan perhatian kita dari isu sebenar iaitu Pakatan Haprak dan sifu roket bertanggung-jawab membuktikan dakwaan rasuah rm90 juta tersebut.

Balaci=valaci ternakan sifu kafir harbi sengaja mengabaikan burden of proof iaitu Pakatan Haprak telah gagal menunjukkan sebarang bukti kukuh untuk menyokong dakwaan mereka terhadap parti Islam.

Oleh sebab balaci Pakatan Haprak ternakan sifu roket yang membuat dakwaan terhadap parti Islam, maka menjadi tanggung jawab balaci-balaci untuk menunjukkan sebarang bukti kukuh tetapi malangnya puak Pakatan Haprak telah gagal menunjukkan sebarang bukti kukuh.

Ini bererti Maka jelaslah balaci-balaci sifu kafir harbi ini adalah pendusta yang jahat, bangsat dan bangang.

SEKALI LAGI KITA BALACI TERNAKAN SIFU KAFIR HARBI: MANA BUKTI RASUAH RM90 JUTA?

PARTI ISLAM BERANI KERANA BENAR. PAKATAN HAPRAK SALAH TENTULAH TAKUT !

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN March 19, 2017 at 3:27 PM:

SEKALI LAGI KITA MENCABAR BALACI TERNAKAN SIFU KAFIR HARBI: MANA BUKTI RASUAH RM90 JUTA?

Anonymous said...

Klu x nk memerintah..x payah join pilihan raya mcm parti politik. Full stop..

An Anonymous said...

Kalau takde bukti x payah memfitnah.. sejak keluar dari parti Islam mana pergi pertimbangan dosa dan pahala?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails