Sunday, March 19, 2017

Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa?

Rusia Rancang 'Haramkan' Filem Beauty And The Beast

HALAMAN HIBURAN

KLUANG – Kerajaan tetap tidak akan membenarkan tayangan filem Beauty and the Beast jika Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang dicadangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tegasnya Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya tersendiri yang perlu dihormati Walt Disney.
“Apa-apa filem berkenaan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) ini tidak akan dibenarkan kerana setiap unsur dalam wayang itu (dikhuatiri) akan mempengaruhi kita dan belum tentu memberi manfaat kepada pembangunan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas isu filem Beauty and the Beast yang ditangguhkan tayangannya di negara ini susulan unsur LGBT dalam filem terbitan Walt Disney itu.
Nur Jazlan sebelum itu hadir hadir Majlis Sambutan Hari Penjara Kebangsaan dan Hari Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Penjara Simpang Renggam, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Jazlan juga mempertikaikan keengganan Walt Disney bekerjasama dengan LPF untuk memotong babak gay dalam filem tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah menunjukkan “Walt Disney menjadi pejuang LGBT”.
“Mereka boleh berbuat demikian (tidak mahu memotong adegan) kerana pasaran Malaysia ini kecil… kalau tidak ditayangkan dalam panggung pun mereka tidak rugi banyak.
“Cuba kalau di China, Rusia atau Amerika Syarikat, sudah tentu mereka tunduk akan kehendak budaya negara tersebut tetapi kerana Malaysia ini kecil, mereka seolah-olah mahu jadi hero,” katanya.
Filem itu yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara mulai semalam, terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kontroversi mengenai orientasi seks watak LeFou yang terdedah pada babak tarian di akhir filem berkenaan.
Walt Disney dilaporkan telah menghantar satu rayuan kepada LPF semalam untuk menilai semula keputusan memotong babak berkenaan. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim“Apa-apa filem berkenaan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) ini tidak akan dibenarkan kerana setiap unsur dalam wayang itu (dikhuatiri) akan mempengaruhi kita dan belum tentu memberi manfaat kepada pembangunan negara.” Okey setuju. 
Kerana itu bukan budaya baru, itu budaya lapuk pusaka usang sejak zaman Nabi Allah Lut AS, sehingga Allah SWT terbalikkan buminya. Itu peringatn Allah kepada generasi masakini, terutamanya rakyat Malaysia.
Na'auzubillahi minzalik.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.




2 comments:

Anonymous said...


Allah dan RasulNya telah mengharamkan LGBTQ (lesbian, gay, bisexual, transgender, and queer). Contoh:

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.
(Al-A’raaf 7 : 80-81)

Maka sesiapa yang sengaja menghalalkan LGBTQ, sesungguhnya orang tersebut telah murtad , kafir atau kufur akidah !

An Anonymous said...

Ada parti mengaku Islam yg memperjuangkan pekerjaan utk golongan LGBT agar dapat menyara 'pasangan hidupnya' setelah mereka berkahwin kelak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails