Monday, March 20, 2017

Arak, Peguam M'sia Masih Mentaliti Penjajah..


SEORANG peguam Islam baru-baru ini telah mencadangkan usul murni, iaitu larangan hidangan arak dalam acara mesyuarat tahunan, yang dianjurkan setiap tahun oleh Majlis Peguam Malaysia.

Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor mengfailkan usul berkenaan dan kemudian dibawa pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Amir Bahari di kalangan rakan sekerja mengatakan bajet untuk menganjurkan sesuatu acara meningkat sehingga 40 peratus apabila minuman keras dihidangkan.
Peningkatan penggunaan alkohol akan membahayakan seseorang dan dari segi kesihatan ia akan membawa kepada ketagihan dalam jangka masa yang panjang,” katanya.
Amir juga mengatakan anggota Majlis Peguam terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum serta agama yang berbeza namun majoriti kesemuanya sedia maklum melarang pengambilan alkohol.
Usulnya itu turut menerima sokongan daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di mana pengguna arak menyebabkan ramai peguam beragama Islam merasa keberatan untuk hadir ke mesyuarat tahunan badan itu.
Pengerusinya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata amalan menghidangkan arak sewaktu acara badan tertinggi peguam itu sesuatu yang sudah lama berlaku.
Di peringkat awal amalan guaman saya, memang sangat berleluasa minum arak di khalayak awam. Sekarang ini masih lagi ada, cuma tidak sangat terbuka.
Ini yang menjadikan ramai peguam Islam agak keberatan termasuk saya untuk pergi,” katanya.  Lapor MYNEWSHUB.CC
Mentaliti Masih Lagi Dijajah 
Seorang pengomen di blog ini, ( Klik Undi Kekalkan Hidangan Arak Di Majlis Peguam M'sia...)  memberi komen mengenai majlis peguam Malaysia ini menyebutkan..


Anonymous said...
Keputusan undian mengekalkan hidangan arak jelas menunjukkan sebilangan mentaliti manusia yang kononnya 'terpelajar' masih lagi dijajah oleh British. Dahulu, penjajah British menjadikan arak sebagai minuman utama dalam tradisi dan majlis maksiat mereka. Sekarang anak didik British pula meneruskan tradisi tersebut selepas negara ini merdeka.

Dan sekarang manusia-manusia yang telah di'brainwash' oleh British dengan bangganya menyediakan arak dalam majlis mereka dan minum tanpa menghormati kehadiran ahli-ahli persatuan yang beragama Islam dalam negara yang mempunyai umat Islam sebagai rakyat majoriti dan Perlembagan Persekutuan perkara 3(1) yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan (Malaysia).

Maka tidak hairanlah kaki-kaki botol ini menentang semua undang-undang Islam termasuklah pindaan RUU355!

Negara telah merdeka tetapi mentaliti sebilangan manusia masih dijajah British. Amat memalukan.

March 19, 2017 at 7:42 PM



1 comment:

Anonymous said...

TAKTIK KOTOR ORANG KAFIR UNTUK MENGUASAI PERSATUAN:

Orang kafir sengaja menghidangkan arak dan minum arak secara terbuka di hadapan ahli-ahli persatuan yang beragama Islam supaya ahli-ahli yang beragama Islam enggan menghadiri mesyuarat agung persatuan tersebut.

Akibatnya orang-orang kafir akan mengundi dan memilih calon kafir untuk menjadi AJK dan pemimpin persatuan tersebut supaya pendirian persatuan lebih cenderung kepada kepentingan orang kafir dan agama kafir !

Orang kafir menganut ajaran yang tidak bermoral iaitu matlamat menghalalkan cara !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails