Sunday, March 19, 2017

Jadikan Islam &Moral Subjek Wajib Lulus SPM -Gagasan.

Hasil carian imej untuk pendidikan islam
KUANTAN, 20 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Kementerian Pendidikan disaran menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) yang mengemukakan saranan itu berkata, sudah tiba masanya kementerian berkenaan menggubal semula kedua-dua subjek itu agar generasi muda dilengkapi dengan nilai-nilai tersebut.
“Salah satu cabaran untuk menjadi sebuah negara maju menerusi acuan sendiri adalah dengan melahirkan modal insan yang berilmu dilengkapi dengan nilai-nilai moral dan etika.
“Pemantapan usaha itu sudah tentu perlu dilakukan melalui pemantapan sistem pendidikan negara,” kata Presiden Gagasan, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Gagasan Kali Ketujuh di Hotel Sri Manja, Indera Mahkota di sini hari ini. (IH)

13 comments:

Anonymous said...

Ada buat penyelidikan tak? Berapa peratus pelajar Islam dan bukan Islam bermasalah?

mahligai seni said...
This comment has been removed by the author.
mahligai seni said...

Bagus, pertanyaan Saudara 5:19. Saya bersetuju. Sebenarnya, dalam kedua-dua subjek, kebanyakan pelajar bukan sahaja lulus sebaliknya ramai cemerlang. Ini bukan soal lulus atau gagal. Ini soal penghayatan. Orang Islam sendiri bukan sedikit yang "tahu" bab agama tetapi apabila menulis, bercakap, dan berhujah, kata-kata mereka sarat dengan makian dan carutan. Dalam hal ini, masalah yang patut disorot ialah masalah KEIKHLASAN DALAM PENGHAYATAN SESUATU ILMU. Maka itu, apabila mengemukakan saranan, buatlah kajian dahulu supaya saranan itu nampak berwibawa dan berjejak di bumi nyata. Wassalam.

ramli ali said...

Adakah komen March 19, 2017 at 6:13 PM itu atas dasar kajian?
cuba beri detail sikit mengenai kajian itu.

Anonymous said...

Anon 6:13 PM telah menulis Orang Islam sendiri bukan sedikit yang "tahu" bab agama tetapi apabila menulis, bercakap, dan berhujah, kata-kata mereka sarat dengan makian dan caruta. .

Tindakan Anon 6:13 PM membuat dakwaan yang tidak berasas terhadap umat Islam adalah sama seperti tindakan Anon 6:13 PM memfitnah umat Islam. Sekarang kita cabar Anon 6:13 PM menunjukkan kajiam ilmiah dan statistik rasmi yang menyokong dakwaan Anon 6:13 PM tersebut.

Jika Anon 6:13 PM gagal menunjukkan sebarang bukti konkrit , Anon 6:13 PM adalah seorang pendusta yang bersikap hipokrit dan berlagak 'suci'.

Anonymous said...

Kita semua menyokong saranan menjadikan Pendidikan Islam (untuk umat Islam) dan Pendidikan Moral (untuk orang kafir) sebagai matapelajaran wajib lulus dalam SPM untuk mencegah keruntuhan akhlak yang sedang berlaku di kalangan rakyat di negara ini.

Kita sudah bosan dan merasa meluat melihat pelbagai tindakan yang tidak bermoral seperti pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa, penipuan, penindasan dll yang sedang berlaku di negara kita.

Marilah kita semua menyokong perjuangan parti Islam PAS yang sedang berusaha memperbaiki akhlak manusia di negara ini.

Anonymous said...

PAS..Parti Ajaran Syaitan.

Anonymous said...

Anon 7:24 dah tersentap ker..sape makan cili dia yg terasa bahangnya. Semoga Allah bg hidayah pd anon walaun 7:24 dari terus dibutakan hati dan diterima taubatnya.

Harez said...

Sangat setuju dgn pandangan mahligai seni, penghayatan ilmu dalam islam kurang, saya sering melihat golongan remaja cina di tmpt saya menjalankan aktiviti tertentu dan di beri kepercayaan dalam melaksanakannya dan di bantu oleh senior n org berpengalaman. Bukan itu saja dalam remaja kristian juga aktif dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan mereka yg mana dalam hidup saya tiada pengalaman sebegitu... Kita ada buat tetapi bgi saya terlalu kaku nilai penghayatan itu. Semoga masjid memainkn peranan membimbing remaja dalam erti kata sebenar.

Anonymous said...

Anon 9:17 PM adalah pesakit mental yang kronik kerana memfitnah dan menghina parti Islam yang sedang beruaha melaksanakan ajaran Islam yang murni.

Anonymous said...

Anon 9:23 PM ini bodoh atau dungu? Kita minta pencerahan dari Anon 6:13 PM tentang dakwaan karutnya. Malangnya Anon 6:13 PM terketar-ketar lutut takut mejawab soalan kita.

Tiba-tiba Anon 9:23 PM meroyan sakan kerana Anon 9:23 PM tersentap makan cili kerana terasa bahang pedas.

Bukankah ini bererti Anon 9:23 PM dan Anon 6:13 PM pendusta yang sama?

Anonymous said...

Wah.... Anon 9:42 AM telah mempromosi remaja cina dan remaja kristian seolah-olah orang kafir lebih baik dan mulia dari umat Islam.

Bila Anon 9:42 AM mati nanti, remaja cina akan bermurah hati untuk memberikan wang neraka 100 juta kepada Anon 9:42 AM !

Kita berharap Anon 9:42 AM tidak merasa malu untuk memberitahu kita tentang lelaki dan perempuan remaja cina yang tinggal serumah di bandar, universiti dll sebab kita pernah terlihat adegan yang tidak sepatutnya.

Kita juga berharap Anon 9:42 AM tidak merasa malu untuk memberitahu kita tentang skandal seks dalam gereja.

Anonymous said...

PAS..Parti Ajaran Syaitan berimamkan dajjal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails