Thursday, March 23, 2017

PAN Hadapi Krisis Identiti &Halatuju?


Hasil carian imej untuk KRISIS IDENTITI DAN HALATUJU PAN
BELUM pun berusia dua tahun parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) berdepan dengan krisis identiti. Kini semakin ramai ahli dan penyokong parti itu mempersoalkan hala tuju perjuangan.
Dakwaan banyak pihak parti yang muncul kerana dendam dan emosi tidak mampu kekal lama, sekarang semakin jelas kebenarannya.
Terbaru penyokong parti itu di Dun Wakaf Bharu, Tumpat mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PAN.
“Hari ni ambo nak umumkan... ambo keluar dari PAN. Ambo lihat PAN tiada prinsip perjuangan. Pada awal penubuhan ambo diberitahu parti itu akan melawan BN.
“Namun ambo tidak nampak pemimpin PAN serang BN sebaliknya banyak serang PAS. Ambo pula diberitahu PAN akan bertanding di kerusi PAS yang boleh memberi kemenangan mudah kepada BN.
“PAN mahu pertandingan tiga penjuru. Ambo juga tengok PAN tidak konsisten dalam perjuangkan Islam. Mereka membiarkan Siti Kasim menghina Islam,” kata seorang penyokong PAN dikenali Ahmad Shari di laman sosialnya.
Pada statusnya sebelum itu beliau memberitahu 30 ahli PAN di Wakaf Bharu hendak ikhtiar hilang kepercayaan kepada parti terbabit.
Manakala di Rantau Panjang sebelum ini seorang aktivis PAN juga meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Jeli.
Aktivis terbabit sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa. – HARAKAHDAILY 23/3/2017
Ahmad Shari
Hasil carian imej untuk KRISIS IDENTITI DAN HALATUJU PAN

7 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah sebab cepat sedar dan berubahlah .., masa keluar dari PAS dulu sebab marah dan semangat berkobar-kobar, tapi sekarang ni dengan DAP pun dah tak menentu., jangan ikut sama rebah dengan Parti yang menolak islam tu
Memang kita manusia biasa dan tak terlepas dari berbuat salah dan dosa... yang penting perbaiki dan perbetul pendirian dan pemikiran kita, jangan peduli kalau ada orang nak perlekeh kita, kita buktikan yang kita mempu berbuat sesuatu yang memberi kesan dan impak positif dari sudut moral atau sudut islam

Anonymous said...

Saudara ibnu hasyim.. bila nak pos usul pemuda pas pandan dan pas kuala selangor nak putuskan hibungan dgn pkr dlm blog saudara... x sabar saya nak komen

Ibnu Hasyim said...

Maaf, malam ni saya keluar negara.

Anonymous said...

Parti Kuali sedang hadapi krisis identiti dan halatuju yang kritikal kerana identiti dan halatuju parti kuali telah ditentukan oleh pemimpin-pemimpin roket yang amat memusuhi agama Islam dan menindas umat Islam.

Identiti dan halatuju parti kuali ialah parti kuali adalah keldai tunggangan parti roket yang sedang dikawal dan digunakan oleh parti roket untuk memusnahkan parti Islam kerana parti Islam sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan undang-undang Islam (Syariah) dan membela hak umat Islam di negara ini.

Anonymous said...


Identiti dan halatuju PANda = badut dan pelawak dalam sarkis roket !

Anonymous said...

Tak kan hanya seorang ahli yang keluar parti dengan mudah menghukum parti sudah hilang hala tuju. Bagaimana pula parti-parti yang ahli-ahlinya keluar berduyun-duyun dan menubuhkan parti baru pula tidak dikira hilang hala tuju?

An Anonymous said...

Parti pengkhianat hanya bertujuan menjadi barua kpd parti yg mengawalnya.. cth ada ke dgr pengkhianat mengkritik parti yg mengawalnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails