Sunday, March 19, 2017

Undi Kekalkan Hidangan Arak Di Majlis Peguam M'sia. Mengapa?




MAJLIS Peguam Malaysia mengundi untuk mengekalkan hidangan arak dalam setiap majlis mereka, sekali gus menolak usul larangan alkohol yang dicadangkan Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.

Usul yang dibahaskan Amir pada mesyarat am tahunan badan itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi.
Menurut peguam Haniff Khatri Abdulla, beliau dan ahli-ahli yang lain bersetuju untuk mengekalkan hidangan arak di mana ia merupakan perkara kebiasaan sewaktu acara tarian dan makan malam.
“Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan berbincang dengan orang bukan Islam.
“Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang beragama lain,” katanya yang memetik laporan portal Free Malaysian Today.
“Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik,” tambahnya.
Terdahulu, Amir berkata, menghidangkan ‘beer’ dan ‘liquor’ pada sesuatu majlis badan itu akan meningkatkan perbelanjaan tidak perlu sehingga 40 peratus.
Malah, penggunaan alkohol dalam setiap majlis juga akan menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.
Ahli Majlis Peguam terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama, dan pengunaan alkohol sedia dilarang hampir semua agama. 
Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu? Kerana Malaysia bukan sebuah negara Islam. Bahkan sebuah negara sekular, yang menentang pemerintahan Islam. Bagaimana Malaysia mahu menuju ke arah Islam? Undilah PAS dalam PRU akan datang.
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.




7 comments:

Anonymous said...

Keputusan undian mengekalkan hidangan arak jelas menunjukkan sebilangan mentaliti manusia yang kononnya 'terpelajar' masih lagi dijajah oleh British. Dahulu, penjajah British menjadikan arak sebagai minuman utama dalam tradisi dan majlis maksiat mereka. Sekarang anak didik British pula meneruskan tradisi tersebut selepas negara ini merdeka.

Dan sekarang manusia-manusia yang telah di'brainwash' oleh British dengan bangganya menyediakan arak dalam majlis mereka dan minum tanpa menghormati kehadiran ahli-ahli persatuan yang beragama Islam dalam negara yang mempunyai umat Islam sebagai rakyat majoriti dan Perlembagan Persekutuan perkara 3(1) yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan (Malaysia).

Maka tidak hairanlah kaki-kaki botol ini menentang semua undang-undang Islam termasuklah pindaan RUU355!

Negara telah merdeka tetapi mentaliti sebilangan manusia masih dijajah British. Amat memalukan.

Anonymous said...

sokong.

Anonymous said...

kalaulah negara ni majoriti kapir
entahlah apa jadi kepada umat Islam
masa britis nak bagi medeka dulu dipaksa malayu bagi hak kat kapir
itu tanda jelas negara ni malayu punya
tapi ada malayu nak senang medeka tak mau lawan
tunduk patuh pada britis
dahlah tu dipaksa pulak pakai kitab lodrid
lalai pulak tu tengok kedudukan ugama Islam dan hukumnya
dalam kitab lodrid
nilah jadinya
nilai islam tak boleh paksa ke atas sikapir tapi nilai sikapir
boleh dipaksa kepada orang islam
apa hal pulak ni??????

An Anonymous said...

Syukurlah selama ini pun majlis peguam lebih rapat dgn PH berbanding PAS!

Anonymous said...

Peguam punkaki mabuk...jangan salahkan anak guam mabuk.

Harez said...

Apa kata sultan tentang perkara ini?

Anonymous said...

Apa tindakan Agong dan raja2 melayu sbg ketua agama?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails