Thursday, December 15, 2016

Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen


SABAK BERNAM: Pendekatan berpakat tanpa perlu menyertai mana-mana parti politik bukan perkara asing buat PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehen Mukhyi.
Ujarnya, PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 sudah mempraktikkan kaedah yang sama sebelum mengikat tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR).
“Pada 2008, PAS jaga kerusi PAS, PKR jaga kerusi PKR dan DAP bertanding kerusi DAP. Kami tidak bergabung dalam satu gagasan pun. Jadi sejarah membuktikan, PAS sudah biasa bergerak sendirian. Jadi kaedah ini bukan baru,” ujar Sallehen dalam temubual secara eksklusif bersama Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa tidak semestinya PAS bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjayakan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun Tuan Ibrahim berkata perkara itu hanya boleh dijayakan apabila parti-parti yang ingin bekerjasama dengannya tidak mengusik kerusi tradisi miliknya.
Mengulas lanjut, Sallehen berkata PAS yang kini bergerak secara sendirian bebas untuk bersama dengan mana-mana pihak selagi dasar dan agenda perjuangann tidak diganggu.
Malah, Sallehen tidak menolak jika PAS kembali mengadakan kerjasama dengan DAP jika parti itu bersedia untuk menerima dasar dan tidak masuk campur urusan partinya.
“Mana tahu…mungkin, jika DAP boleh terima dasar perjuangan Islam yang PAS bawa dan berjanji tak akan mencampuri urusan parti kami, kita boleh kembali adakan tahaluf, misalnyalah,” kata Sallehen yang juga bekas Exco Selangor.
PAS dan DAP sebelum ini berpatah arang, berkerat rotan selepas bercanggah pendapat bersabit pelaksanaan hudud di Kelantan.
DAP menuduh PAS sebagai melanggar konsensus yan ditandatangani bersama antara parti itu, DAP dan PKR.
“Kalau PAS nak bawa isu pelaksanaa hudud di Kelantan, mereka kata PAS langgar konsesus. Tapi kalau DAP mahu buat pilihan raya tempatan di Pulau Pinang, tiada konsesus pun? Kalau PKR mahu buat Langkah Kajang, tidak diberitahu kepada kita (PAS) pun?,” soal Sallehen – AP

3 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya org,, masih lagi nak bkrjasama dgn kafir? Presiden nak bawa politik matang,, no nak jadi hamba abdi politik but a tuli yg hanya mengejar kuasa walaupun terpaksa melutut kpd kafir dap,,, pergi mampus la no...

Anonymous said...

2,3,4,5 bln lepas.. duk tgk TITM bercangah pendapat ng geng2 tuan presideng.. sehari 2 ni cool down.. bekap tuan presideng. sbb dye tau.. kalo lawan.. umpama.mcm anjing gigit kerete kebal.. tuan presideng pn dh xlame..

sabor je la.. kalo kne pecat.. lg x de nilai cam mohedeen.. tp kalo TITM terlepas jd presiden.. amno boleh siapkan liang lahad.. kahkahkah..

Anonymous said...

Harum manis jugak tu. Yang lain tunggu signal beliau sebelum bertindak. Pening kepala tuang presideng yang dah mereng.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails