Thursday, December 15, 2016

Penyebar Maklumat Salah, PAS RM90J, Xsuara 1MDB..



DARIPADA mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Daripada mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB,  RM2.6 bilion, DOJ? 

Jawapannya daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.

Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah  di markaz PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak.

Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.

Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh. 

Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum.

USTAZ IDRIS AHMAD

Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Rabiul Awal 1438 / 14 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 14/12/2016



10 comments:

Anonymous said...

Jika semuanya fitnah, PAS kena saman Sarawak Report (SR) sebab semuanya adalah dari laporan laman web tersebut.

Pas kata akan saman dalam masa sebulan, saja nak tahu apa status saman tersebut? Adakah SR sudah tarik artikel tersebut dan memohon maaf? Jika semuanya tidak terjawab, maknanya?

Anonymous said...

Lobai Hadi ponteng dewan fitnah
Lobai Hadi kata perlu 4 saksi fitnah
Lobai Hadi kata babi bukit fitnah
Lobai Hadi berkecuali fitnah
Lobai Hadi..
Lobai Hadi..
Lobai Hadi..
Lobai..
Lobai..
Lobai..

Anonymous said...

Biarkan puak2 tu dah meroyan..
Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya..

Anonymous said...

Ko tu yang tak faham bahasa orang berilmu.

Anonymous said...

Tuduhan orang berilmu ada fakta..
Bukan tuduhan bodoh, ketinggalan masa,
tak ikut perkembangan PAS.

Makin komen makin nampak bengong!
Nasib baik blog Ibnu Hasyim, kalau blog aku, dah lama tulisan tak berguna itu ku buang ke longkang!

he he he

Anonymous said...

SAMAN SAMAN SAMAN...

Anonymous said...

Sekarang saya nak tanya kepada Pemimpin PAS, atau Ahlinya yang hadir usrah atau mempunyai sebarang maklumat melalui pembacaan Harakah, atau sesi penerangan berkenaan perkara yang dinyatakan oleh Idris Ahmadf

1. Laporan SR berkenaan 90 juta. semua menafikan dan mengatakan akan menyaman SR.
Apakah status saman tersebut dan mengapa mengambil masa yang TERLALU LAMA utk bertindak?

2. Apa yang ditanya oleh Pemimpin PAS berkenaan DOJ, 1MDB, Derma 2,6 billion?
Kepada siapa?
Apa respond orang yang ditanya?
ikut pemahaman pemimpin PAS sekarang,
a. siapa MO1?
b. kesan 1MBD kepada negara - (susah soalan ni)
c. siapa penderma 2.6 b kepada PM

3, Adakah maklumat yang menjadi isu ini disampaikan kepada seluruh ahli PAS untuk
memberi pencerahan kepada ahli

Nasihat saya
1. Jangan anggap semua orang boleh dibodohi dengan alasan
2. Ruang ada dihadapan Idris Ahmad, namun kenapa TIDAK diterangkan dengan jelas, tapi lebih kepada bermain kata-kata
3. Bila boleh saya dapat maklumat yang ditanya di atas?

Jangan sembang kencang
Jangan suka menganggap orang lain yang tidak sealiran sebagai musuh atau munafik
Jangan cepat menghukum tanpa keadilan

Berapa lama masa telah berlalu, namun persoalan 90 juta masih membelenggu





Anonymous said...

ustaz idris tak menyebut langsung nama serawak report dia cuba menutup berita kepada ahli yang baca sinar harian seolah2 cerita ni datang dari fb dan laman web.. pandai..

Anonymous said...

Semenjak isu 90 juta, PAS kelihatan semakin hari semakin mesra UMNO.
Seakat ini, berkali2 mereka nak lawan di kerusi PH tanpa mengatakan mahu lawan kerusi BN.
Apakah PRU akan datang, PAS sudah bersama dengan BN?

Anonymous said...

Gua bila baca kenyataan Idris Ahmad yang juga merupakan salah seorang pemimpin chai keluaran Pas tu, gua gelak jer... Hahaha... Bab dia suruh jangan percaya media sosial, tapi baik percaya HarakahDaily tu yang tak tahan nak gelak tu... Hahaha... lawak siot...chai chai, no quality, dedak only.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails