Sunday, December 11, 2016

Pegawai Khas Azmin Lebih Kaya Daripada Adam Rosly

pegawai-khas
Captain M -1. Pendedahan demi pendedahan terhadap Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang telah membuka kepada pendedahan  kekayaan Proksi Zuraida Adam Rosly Ketua AMK Ampang yang mempunyai mahligai Disneyland Ampangrumah mewah lain dan kereta mewah milik taukeh.
2. November lalu Adam Rosly dalam turut mencabar netizen membuktikan rumah yang dipaparkan dalam Instagramnya atas namanya sekaligus mengaku bahawa harta miliknya sebagai rasuah yang diberikan kepadanya bukan atas namanya sebagaimana kenderaan mewah yang dimilikinya. Adam Rosly juga mengaku perniagaannya adalah rahsia keluarganya. Dan ia terlalu peribadi untuk didedahkan.
3. Sumber dalam pejabat MB Selangor iaitu seorang dari Pegawai Khas MB memaklumkan kepada Captain M Adam Rosly mendapat kekayaan luar biasanya dari projek yang diluluskan oleh Azmin Ali juga proksi Zuraida. Projek PBT habis disapunya. Paling penting Adam Rosly mendapat projek pasir di Negeri Selangor. Ini adalah punca kekayaan utama Adam Rosly. Antara orang yang bertanggungjawab menghubungkan Adam kepada Azmin Ali ialah Pegawai Khas MB Selangor bernama Hilman Idham.

4. Dari seorang budak hingusan kampus UKM yang dibicarakan di mahkamah kes AUKU (UKM4) menjadi budak suruhan Azmin yang kaya-raya. Kata sumber itu Adam Rosly memang kaya tetapi lebih kaya ialah Hilman Idham. Azmin Ali sangat percayakan Hilman Idham ini dari rahsia dana rasuah kontraktor hingga perempuan simpanan Azmin Ali.
5. Pendedahan bekas MP PKR Kapar Manikavasagam yang turut ditahan kerana rasuah sebelum ini turut melaporkan bahawa Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor memiliki harta yang banyak. Perkara ini pernah didedahkan dalam laman masterdedah sebelum ini.
6. Kata Manikavasagam yang diperangkap geng Rafizi mengenai kes rasuah, Pegawai Khas MB Selangor memiliki harta bernilai hampir sejuta Ringgit dan mendakwa maklumat itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Info dari MACC, Pegawai Khas MB Selangor Hilman Idham, 30 tahun, didapati membeli sebuah rumah berharga lebih kurang RM800 ribu di I-City Shah Alam. 
“Dan memiliki sebuah kereta Audi berharga RM340 ribu (harga atas jalan) selain beberapa utas jam tangan berjenama Panerai (RM60 ribu) dan Rolex (RM30 ribu),” . 
7. Sumber pejabat MB juga berkata malah lebih dari itu aset dimiliki dan akaun bank mencecah puluhan juta ringgit. Apa yang terdedah milik Adam Rosly hanya kecil sahaja. Rahsia sebenar ada pada Hilman Idham. Hilman Idham dimusuhi ramai orang lama bersama Azmin dahulu. Kini Hilman menjadi rujukan utama Azmin dalam hal hal sulit Azmin.



Gaya hidup jenama mewah. Hand Bag berharga ribuan ringgit.
Gaya hidup jenama mewah. Hand Bag berharga ribuan ringgit.

8. Berdasarkan gaya hidup Hilman Idham dalam instagram serta media sosial termasuk isterinya yang memiliki jenama Hand bag mewah seperti LOUIS VUITTON tentunya pendapatan Hilman Idham ini ribuan ringgit berbanding gaji Pegawai Khas MB Selangor.
9. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah status penyiasatan rasuah oleh SPRM. Jika sebelum ini pegawai kerajaan menjadi buruan termasuk pegawai khas Ketua Menteri Melaka baru-baru ini mengapa kes pemimpin pembangkang dan pegawai PKR tidak didedahkan. Hanya Kes Lim Guan Eng sahaja yang bakal dibicarakan Mac 2017.
10. Nantikan siri lain siapa Hilman Idham. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali digesa tampil memberi penjelasan tentang isu ini. Kejayaan MB Selangor ialah mengkayakan anak muda yang bekerja dengannya. Tian Chua yang bergolek atas jalan raya pun tak sekaya proksi Azmin Ali ini.
(aidcnews.)

4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas petunjuk kerjasama atas PAS dan UMNO...

Anonymous said...

Masih lagi rendah berbanding RM90 juta, kan...

Anonymous said...

Rm90,000,000.00....jawatan timb perdana menteri lagi. Mau tak tebongkang bijik mata?

Anonymous said...

Skrg ranking rasuah dia masih jauh maybe antara 80 ke 100. Jadi masih belum dikira salah...yg salah kalau ranking below 10. Tapi ranking under 10 cuma boleh tercapai slps tawan putrajaya Pru14... Jadi harap dapat bersabar dulu, dah tak lama lagi hujung next year lepas menang dh boleh capai ranking.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails