Sunday, December 11, 2016

PAN Tak 'lapar' Jawatan Di S'ngor. Lihat Contoh Tak Lapar..


Hasil carian imej untuk tak lapar


Perwakilan Parti Amanah Negara (PAN) negeri Selangor mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

Menurut Jamzuri Ardani, apa yang PAN Selangor mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, Jamzuri mendakwa, PAN Selangor menerima pelbagai halangan dan birokrasi daripada kerajaan negeri sehingga pihaknya sukar untuk mengadakan kuliah di surau serta menggunakan dewan-dewan yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan.

"HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa PAN tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan.

"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.

"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang PAN dari menggunakan dewan-dewan.

"Sekiranya PAN tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional PAN 2016 di Shah Alam.

Sementara itu, Jamzuri turut meminta agar PAN dapat memberi penerangan khususnya pengundi Melayu mengenai DAP dan meyakinkan rakyat bahawa parti berkenaan bukan ancaman kepada Melayu, Islam dan negara.

Katanya, pilihan raya umum akan datang merupakan medan untuk membawa isu perkauman dan parti lawan akan menjadikan DAP sebagai sasaran utama.

"Sasaran utama tentulah DAP kerana isu ini adalah 'soft spot' dalam HARAPAN. Isu inilah yang digunakan secara maksima pada pilihan raya umum ke-13 dan isu ini juga bakal digunakan Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat pada ketika itu.

"Dan saya fikir, PAN perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya, untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bukan kepada Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita.

"Ini kita perlu yakin, kita bersikap apologetik dalam menangani isu ini. Kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan Umno dan sekutu baru mereka," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAN tidak akan malu-malu untuk berdepan dengan isu tersebut bagi menangani sentimen kebencian terhadap DAP yang akan terus dimainkan Umno bagi menjauhkan pengundi daripada HARAPAN.

.........

Ini contoh tak lapar


7 comments:

Anonymous said...

pas tak malu di Selangor kerjasama dengan DAP

Anonymous said...

Pinggan tak retak, nasi tak dingin..
Orang tak hendak, aku pun tak ingin..

Dah tak dapat!!

Anonymous said...

Pas Selangor harum manis bro, tak sama macam Pas Pusat. Ramai lagi yang harum manis, tunggu masa pengumuman pru je tu. Sudah umum kaluuuu, bukan di Selangor sahaja, di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak akan menampakkan perubahan. Ini yang paling ditakuti oleh Hadi Awang dan konco2 beliau.

Anonymous said...

Laaaaa.amek Berita dr sinar...baik amek Berita dr tv3 dan utuseks jer shim oooo...ada otak pakai la shim oiiiii.jgn dok letak kat lutut....

Anonymous said...

December 11, 2016 at 3:07 PM Tabur fitnah, bila tiada hujah dan bukti..
Ikut perangai busuk UMNO..

bangnag!

Anonymous said...

Kepala hoya ang. Ko yang bangang tahap lahap dedak. Tunggu dan lihat sahaja.

Bangang!!!

Anonymous said...

Owh alahai Pan....parti yg dh tersilap langkah...disebabkan terburu buru membuat keputusan dek takutkan big boss mereka Dap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails