Sunday, December 11, 2016

PAN Memegang Amanah Tangkis Kebencian Melayu Terhadap DAP




SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus memikul tugas dan tanggungjawab untuk menangkis persepsi buruk dan kebencian pengundi Melayu terhadap DAP.
Wakil dari Selangor Jamzuri Ardani berkata isu perkauman akan terus dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dengan DAP menjadi sasaran utama.
"Sasaran utama mereka tentulah DAP, mereka sedar bahawa isu ini adalah ‘soft spot’ dalam Pakatan Harapan dan isu inilah yang digunakan secara maksima dalam PRU-13 dan digunakan oleh Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat.
"Saya fikir Amanah perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bangsa Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Konvensyen Amanah di sini, Ahad.
Jamzuri berkata, Umno kini mempunyai ‘sekutu baharu mereka’ untuk terus memainkan isu perkauman dan politik kebencian terhadap DAP.
Justeru beliau menggesa seluruh kepimpinan dan perwakilan berhujah berdasarkan fakta bagi memberi penjelasan kepada pengundi bagi membetulkan persepsi mereka terhadap DAP.
"Kita perlu yakin, kita tak perlu bersikap apologetik dalam menangani isu ini, kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan oleh Umno dan sekutu baharu mereka.
"Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini adalah teras utama politik Amanah, yang ini kita kena faham," katanya. (mStar)

1 comment:

Anonymous said...

Org Melayu tak benci kaum Cina...orang Melayu benci Dap sebab sikap anti Islam. Orang Melayu benci Pan sbb menjadi munafik mempertahankan Dap.
Yang perlu dipertahankan ialah nasib dan masa hadapan kaum Cina bukannya masa hadapan Dap. Sikap parti spt Dap inilah yg bakal membuatkan kaum Cina susah dimasa depan sebab menjadi pencetus kpd masalah perkauman dan agama. Tapi lainlah jika KESEMUA org Cina menyokong ideologi Dap ini. Klu itu yg berlaku then ketika itu barulah boleh dideclare bhw generasi baru kaum Cina di Malaysia ini ialah penyokong gerakan anti Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails