Thursday, December 15, 2016

Muka Tak Malu! Ini Yang Pakatan Tidak Mengerti Mengenai PAS.

Hasil carian imej untuk pakatan
Oleh SENIK (TKO)

Assalamualaikum,  

Suara sumbang dalam PH dan Bersatu berkata, Pembangkang perlukan PAS untuk menang piliahraya dan menakluk Putra Jaya, kali ini saya tidak mengarut tetapi merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh  Rafizi, Tian Chua da Muhyidin Yassin.


Ketiga tiga menekankan perlunya PAS bersama pakatan pembangkang untuk menumbangkan BN.Tetapi PAN tidak berpendapat begitu malah dengan angkuhnya menyebut mereka mampu menawan Kelantan ialah dan Terengganu, dua negeri majoriti melayu.PAN tak perlukan PAS malah mahu menghancurkan PAS sama seperti mereka mahu menghancurkan Umno.

Persoalan pokok daripada apa yang dinyatakan sendiri dari dalam pakatan pembangkang ialah mereka tidak mampu meninggalkan PAS walaupun PAN tak mahu PAS. Tian Chua berkata PKR tak perlu meletakkan calon mereka pada PRU 14 kalau tanpa PAS bersama semasa DAP yang sudah awal awal ditolak PAS untuk bersama.

Pakatan pembangkang perlu menyinkirkan PAN dan DAP kalau mahu PAS bersama serta bersedia memberi laluan kepada PAS untuk melaksanakan peruntukkan Islam dalam negara.

Dalam masa yang sama, PAS dituduh nak ug dengan Umno oleh PAN dan DAP yang mewakili suara lain dalam pakatan pembangkang.Dari suara ini sebenarnya sudah ada kemungkinan yang jelas untuk PAS ke Putra Jaya tanpa bantuan dari pakatan pembangkang. 

Kalau PAS nak ke Putra Jaya sekarangpun boleh. PAS cuma perlu masuk BN seperti mana sudah dipersetujui oleh parti parti komponen BN sejak PAU Umno tahun lepas lagi dan sudahpun berada di Putra Jaya dengan beberapa orang menteri. Jalan terbuka luas untuk PAS ke Putra Jaya tanpa perlu tunggu PRU 14 dan tanpa berpekik terlolong di jalanan.

PAN nak kata apa kalau PAS sudah menyertai BN? Tapi PAS tetap seperti dulu, membawa imej pembangkang yang ditohmah memacam oleh PAN dan DAP terutamanya, tetap tidak UG dengan Umno sampai hari ini.

Bukti jelas yang ditolak PAN dan DAP sebaliknya menuduh PAS makan dedak dan terima $ dari Umno walaupun tak ada apa apa yang dimiliki oleh orang penting PAS sampai hari ini. PAN dan DAP tak mahu terima hakikat bahawa bukan Putra Jaya yang diingini PAS tetapi Islam yang mahu dimartabatkan, dan PAS dapati tak perlu ke Putra Jaya seperti pernah diungapkan oleh presiden PAN bahawa tunggu kita menang dulu baru kita laksana Islam.

Islam sudah boleh diusahakan sekarang tak perlu jadi kerajaan baru boleh usaha Islam. Itu yang PAS mahu yang tidak mahu dimengertikan oleh pakatan pembangkang.

Akhirnya timbul suasana di mana dalam mengeji PAS kerana nak ug dengan Umno, pakatan pembangkang juga masih memujuk PAS. Inilah orang kata muka tak malu....... Oleh SENIK (TKO)

14 comments:

Anonymous said...

hanya ada dua parti besar yang akan bertanding di PRU14 PH VS BN.. PIG akan menyibuk dan kacau undi..

Anonymous said...

Lebai senik ni dah senak perut ka. Takut dan genentar sbb akan meletakkan calunnya disemua kerisi PAS.

Ambik kau lobai2 yg sombong dan angkuh.
Suka sangat mengkafirkan org yg bukan tak sebulu dgn pendapat2 mereka.
Rakyat akan buat perubahan di Kelantan ddn Terengganu serta negeri2 lain.


Anonymous said...

Sebutkan berapa orang yang PAS kafirkan orang Islam? Sila nyatan namanya?

Bukti, senaraikan..

Kalau tak ada bukti, itu hujah bebal dan bodoh.

Anonymous said...

anon 10.22am

lebih kurang beginilah (tak mampu nak buat transkrip)

......."Kak Wan, Kak Wan kena sokong RUU355, Kalau Kak Wan tak Sokong, gugur iman, Tanam Jirat..."

katakanlah:
Haritu Hadi tak tangguh, (hihihi....kali ke 2 dah)
Kak Wan tak sokong...
semua MP Amanah tak sokong....
semua MP BN Melayu Islam tak sokong...
semua MP PKR tak sokong...

hang pikiaq jirat mana kita nak tanam mereka kalu mereka meninggai?

Yang selamat dan tanam kat perkuburan Islam kalau mereka meninggai hanyalah MP dri PAS dan mereka yang menyokong RUU355 ni

bro, clear?

Anonymous said...

anon 10.22 am

gua copy paste jer.

GEORGE TOWN, 29 SEP: Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mahu supaya umat Islam tidak mengkafirkan sesama Islam berikutan polemik melibatkan rang undang-undang pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang bakal dibentangkan di Parlimen pertengahan Oktober kelak.

lu nak bukti kan.....
gua dh kasi tu

Anonymous said...

Bila baca komen2 Pan ni nak tergelak pun ada. Tak paham apa yang cuba disampaikan dalam artikel ke atau baca terlalu laju?

ramli ali. said...

Cuba sebut siapa kafirkan siapa? Abd Hadi kafirkan wan Azizah? Mengapa Azizah tak saman malu?

Buktikan Abd Hadi atau PAS kafirkan siapa? Kalau tak boleh buktikan, jangan tuduh. Siapa kafirkan orng yang tak sokong RUU 355, seret dia ke mahkamah. Amanat Hj Hadi juga dituduh Hj Hadi kafirkan orang yan tolak undang-undang Islam, mengapa UMNO tidak bawa ke mahkamah sejak dulu lagi.

Lu udah ketinggalan zaman, sambungkan isu basi UMNO dulu. Karat UMNO msih menebal dalam diri kamu.

he he he. pecah tembelang busuk musang berbulu ayam. Sekadar membetul salah paham..

Anonymous said...

en Ramli Ali

Pertama: saya respond pada anon 10.22am. Jadi en kena bacalah ayat dia.

Kedua: saya tak kata pun Hadi kafirkan sesiapa. Adakah mana-mana ayat saya yang sebut nama Hadi?

Ketiga: Perenggan yang saya sebut di atas jelas menunjukkan seseorang sedang mengkafirkan seseorang.

En Ramli kena banyak membaca untuk memahami apa perkataan yang tertera dan mengerti maksudnya.

Jangan semborono ya pak


wakakakakkakakakakakakkakakakakak

lu mabuk ketum ke bro ramli?

Ramli Ali said...

Sambung di atas..

Ertinya PAS atau abd hadi tak kafirkan se siapa. Bagus, itulah jawapan sebenarnya.
Jangan ada lagi suara sumbang 'orang mabuk' tuduh kafir mengkafir.

Kalau begini, siapa-siapa pun tidak mabuk.

Maaf, aku hanya mabuk ingat dan sayangkan perjuangan ke jalan Allah SWT.

Anonymous said...

dey thambi ramli

apa mcm lu bole miss the epic speech of the year yang dibuat oleh salah seorang lu nyer YDP

itu dialog, gua angkat dri mulut mamat YDP PAS nyer speech lah

berapa lama daa kau duk bawah tempurung ni?

nanti kalau senang, gua antar youtube nye address

sana lu boleh dengar apa mamat tu cakap...serupa apa yg gua taip kat atas lah
lepas tu lu sendri nbuat kesimpulan...ni kafirkan orang ke idok?
bercakap dengan hati nurani ye bro

-pause-

inilah selalu luorang claim
..... mabuk dengan perjuangan Islam
mcm lah orang lain luar dri lu nyer kepompong , tak islamik

Anonymous said...

en ramli ali

ni kira saya belanja ya...

https://www.youtube.com/watch?v=0_VRozj8iM0

en cuba tgk baik baik, dengar hati-hati, renungi dan amati apa perkataan yang disampaikan oleh YDP PAS ini.

kemudian gunakanlah segala siku dan lutut untuk menangkis hujah saya
saya terima sebab dari situ saya boleh nilai en ni macam mana...





btw (Bagi Tau Wei)
YDP PAS sudah thousand apology sama itu Kak Wan




wakakakakkakakkakkakakakakkaka

cer cite?


Anonymous said...

Kalau dilihat secara pendek youtube tu. Memang saya sendiri tidak setuju dengan Ustaz Shaharuddin. Kafir ini boleh jatuh kepada kita, jika individu yang kita tuduh kafir itu tidak kafir disisi Allah. Itu asas yang paling penting.

Mungkin Ustaz itu ada penjelasan yang lebih mendalam. WBP dalam Ilmu agama ini, ada perkara yang tidak boleh sebarangan diajar secara umum. Ia dibimbangi mendapat tafsiran yang berbeza oleh pendengarnya. Mengambil kisah Wali Songo yang dihukum bunuh kerana ilmunya. Bukan kerana ilmunya sesat tetapi ianya ilmu yang tidak boleh diberikan secara umum demi menjaga maslahat. Boleh menimbulkan finah/kesesatan jika disalah tafsir pelbagai orang yang tidak sampai pemahamannya.

Perkara ini lebih kepada pengurusan method penyampaian Ilmu. Ianya sesuatu yang wajar ditegur. Jika Ustaz ini tidak mengulangi kembali kesilapan dan atau setidaknya menjelaskan lebih mendalam, saya rasa tiada apa yang perlu diperbesarkan. Niat baik namun caranya silap.

Tapi sokongan saya kepada Pas bukanlah bersandarkan pada kesilapan ini. Tidak adillah dgn kesilapan seorang, terus shj nak dihukum keseluruhan orang lain dalam Pas. Tambah pula bila saya dengar ustaz itu pun dah minta maaf....

Anonymous said...

Satu lagi, terima kasih juga kepada mereka yang sensitif dan mendedahkan kelemahan ini. Dimasa akan datang sekiranya ada lagi berlaku kesilapan2 seperti ini, diharapkan agar samada penyokong atau bukan penyokong jangan berasa ragu untuk menegur. Setiap teguran yang membawa kebaikan biasanya saya lihat Pas akan ambil berat dan tindakan. Memperbaiki kesilapan daripada teguran adalah kekuatan percuma yang Allah bagi jika diterima dan diambil iktibar...

Ramli Ali said...

t.kasih semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails