Friday, December 16, 2016

Aleppo: PAS Sedia Jadi Orang Tengah.




DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius dan penuh prihatian perkembangan yang sedang berlaku di Aleppo (Halab), Syria pada masa ini, yang baru sahaja menyaksikan berakhirnya pertempuran antara kumpulan-kumpulan penentang rejim Bashar al-Assad dengan pemerintah Syria yang disokong Rusia dan Iran.

DPPM menggesa semua pihak yang terlibat dan berkepentingan supaya tidak bertindak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa terutama orang awam.


Pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad wajib bertanggungjawab ke atas tindakan yang membawa kepada bencana kemanusiaan yang disaksikan pada masa ini. DPPM menggesa proses politik dalaman yang demokratik dilaksanakan selepas keadaan kembali reda.


Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Aleppo ialah satu peristiwa daripada isu lebih besar melibatkan pakatan antara negara-negara Arab dan Barat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dengan mengangkat senjata, yang natijah buruknya telah terzahir sejak lebih lima tahun lalu.


PAS konsisten dengan sikap menolak kezaliman pemerintah, tetapi pada masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam.


DPPM menyeru negara-negara Islam yang terlibat agar mengetepikan perbezaan politik dan mazhab untuk membantu memulihkan keadaan dan mencari penyelesaian akhir kepada konflik di Syria melalui jalan aman dan diplomasi.


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria. Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi prioriti utama dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab yang berpunca daripada kebangkitan dikenali Arab Spring.


Dalam usaha ke arah mencari penyelesaian, PAS bersedia untuk membantu menjadi orang tengah melalui kedudukan Presiden PAS sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia untuk membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan negara-negara Islam lain bagi menyelesaikan isu Syria.


DPPM berharap semua pihak mengambil pengajaran daripada krisis dan konflik yang telah memusnahkan ini dan segera mengambil tindakan berani untuk memulihkan keadaan.


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). – HARAKAHDAILY 15/12/2016

1 comment:

Anonymous said...

Dalam agama, duit haram, duit riba, duit rembat dan duit projek boleh diterima utk khusus bangunkan agama, bukan utk kepentingan diri. Jadi ini penting utk Hadi terima duit 90 juta dan 10 juta duit kuari ini jika untuk pembangunan parti.

Sbb parti PAS mmg xdak duit banyak, duit ini dpt digunakan utk pembangunan parti. Duit jual cerita Memali dah habis koyak rabak Tabung Memali. Berjuta siot. Ini pula PAS dah nyawa2 ikan. Harakah pun dah x laku. Jadi duit tu mmg penting.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails